Pengenalan
Nuh Dan Nayla merupakan sebuah drama adaptasi dari novel popular karya Ieya Sya yang akan datang di slot Akasia TV3.
Drama ini diterbitkan oleh Suhan Movies dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Menampilkan gandingan Jazmy Juma dan Scha Elinnea sebagai pelakon utama, drama ini dijangka menyajikan lakonan yang mantap dan penuh emosi.
Saksikan drama Nuh Dan Nayla yang mula ditayangkan pada 1 Julai 2024. Setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam di TV3. Bagi pengguna berbayar tonton, anda menstrim episod baru 24 jam lebih awal di Tonton. Sama ada melalui aplikasi Tonton atau website watch.tonton.com.my.
Baca juga : Dua Darjat Drama Terbaru Akasia TV3
Info Drama Nuh Dan Nayla
TAJUK | Nuh dan Nayla |
JUMLAH EPISOD | 28 Episod |
TARIKH MULA TAYANGAN | 1 Julai 2024 |
WAKTU SIARAN | Isnin – Jumaat, 7:00 malam |
SLOT | Akasia |
SALURAN | TV3 / Tonton |
SKRIP | Nieza Nahar |
ARAHAN | Idora Abdul Rahman |
TERBITAN | Suhan Movies & Trading Sdn Bhd |
PARA PELAKON | Jazmy Juma, Scha Elinnea, Yusof Hashim, Ezzanie Jasny, Arfie Shah, Puteri Khareeza, Zizi Hazirah, Hana Tiha, Syefik, Khalida Balqis, Hilal Azman, Hafiz Halim, Azhar Amir, Zila Bakarin, Lisdawati, Ayu Azlina |
Pelakon Dan Watak
Pelakon | Watak |
---|---|
Jazmy Juma | Nuh |
Scha Elinnea | Nayla |
Yusof Hashim | Faqeel |
Ezzanie Jasny | Jiha |
Arfie Shah | Luth |
Puteri Khareeza | Fatimah |
Zizi Hazirah | Farina |
Hana Tiha | Felicia |
Syefik | Ishak |
Khalida Balqis | Maryam |
Hilal Azman | |
Hafiz Halim | |
Azhar Amir | |
Zila Bakarin | |
Lisdawati | |
Ayu Azlina |
Sinopsis Drama Nuh Dan Nayla
Nuh & Nayla mengisahkan Nuh (Jazmy Juma), seorang jejaka ‘gentlemen’ yang menyebabkan Jiha (Ezzany Jasny) jatuh cinta kepadanya. Namun, apabila cintanya ditolak, Jiha memerangkap Nuh sehingga mereka terpaksa berkahwin. Nuh membawa Jiha jauh ke Kazakhstan, tetapi sikapnya mula berubah dan tidak lagi seperti dahulu. Sebulan selepas berkahwin, Jiha mengandung dua bulan, menyebabkan Nuh bertambah marah apabila mengetahui dirinya dijadikan kambing hitam. Akhirnya, Nuh menceraikan Jiha.
Jiha kemudian menjemput Nayla (Scha Elinnea) ke Kazakhstan untuk menjadi temannya mengadu. Mereka mendapati Jiha menghidap penyakit kronik. Jiha meminta Nuh untuk mengahwini Nayla supaya mereka dapat menjaga anaknya kelak. Selepas kematian Jiha, Mereka pulang ke Malaysia untuk menjaga anak Jiha, Addin. Namun, umur Addin tidak panjang dan dia meninggal dunia.
Selepas kematian Addin, Nayla meminta Nuh untuk melepaskannya, tetapi Nuh berpegang teguh pada janjinya kepada Jiha untuk menjaga Nayla. Dengan segala konflik dan emosi yang melanda, Drama ini membawa penonton menyelami kisah cinta yang penuh liku-liku, pengorbanan, dan tanggungjawab. Saksikan perjalanan hidup mereka yang penuh cabaran dan bagaimana mereka menghadapinya dengan tabah.
Sinopsis Novel Nuh & Nayla
Nuh, yang dulunya seorang pendosa dan kurang akan ilmu agama menyebabkan Nayla membencinya. Namun, takdir mempertemukan mereka dalam perkahwinan rahsia. Mereka akhirnya memilih untuk berpisah tanpa lafaz talak, mencari jalan masing-masing tanpa mengikat satu sama lain.
Takdir sekali lagi menemukan mereka dalam keadaan berbeza, antara pembantu dan cucu majikan. Nuh, yang pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami, kini bertekad untuk berubah dan menebus kesalahannya kepada Nayla.
Hati Nayla sekeras besi, tidak peduli, malah menyokong Nuh untuk menerima Fatimah. Menghormati keputusan Nayla, Nuh bersetuju walaupun hatinya tidak berdetak untuk gadis itu. Keputusan itu diterima dengan hati yang berat, namun Nuh menghargai permintaan Nayla yang tampaknya begitu teguh.
Namun, semuanya berubah apabila Nayla menyedari kesilapannya. Dia tiba-tiba berpaling tadah, dan Nuh harus dia pertahankan. Perasaan Nayla yang sebenar mula tersingkap, dan dia tidak lagi dapat menahan rasa yang terpendam.
“Saya nak awak terus jadi suami saya, Nuh,” kata Nayla, penuh dengan tekad dan kejujuran.
Di sebalik pengakuan itu, ada kisah hitam dan rahsia yang disimpan Nayla. Dia menanggung derita dan mempunyai kaitan dengan bakal jodoh Nuh. Derita yang tidak pernah terungkap, menyebabkan Nayla bertindak sedemikian. Mungkinkah niat Nayla menghalang perjodohan Nuh adalah kerana cinta yang mendalam, atau sebenarnya ada dendam yang tersimpan?
Siapa sebenarnya Fatimah, dan apakah hubungan dia dengan masa lalu Nayla? Adakah Fatimah hanya seorang gadis biasa, atau ada sesuatu yang lebih rumit di sebalik identitinya? Dapatkah ikatan perkahwinan antara Nuh & Nayla bertahan menghadapi segala cabaran ini?
Mampukah Nuh & Nayla mengatasi segala rintangan dan menjalani kehidupan bersama, atau adakah mereka akan kembali berpisah seperti dahulu? Saksikan bagaimana perjalanan hidup mereka yang penuh liku-liku dan emosi ini terungkap.
Tonton Online Episod Nuh Dan Nayla
Untuk menonton kesemua episod ini Drama Nuh & Nayla, anda perlu mendaftar kepada akaun Tonton terlebih dahulu. Layari senarai episod ini di:
https://watch.tonton.com.my/#/shows/nuh-nayla-series