Result SPM 2023 Semakan Keputusan

Pengenalan

Result SPM 2023 bakal diumumkan pada 27 Mei ini bermula jam 10 pagi waktu malaysia. Para calon SPM 2023 yang menduduki peperiksaan ini pada boleh menyemak keputusan dan memperoleh keputusan dari sekolah masing-masing.

Cara Menyemak Result SPM 2023

Kami kongsikan di sini cara bagi menyemak keputusan SPM ini, terdapat beberapa cara anda boleh menyemak keputusan.

Result SPM 2023 : Cara Semakan

  1. Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
  2. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024.
  3. Secara sistem pesanan ringkas (SMS), untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPM<Jarak>No KP<Jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024.

Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan

UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 27 Mei 2024 (Isnin). Seramai 395,870 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2023 di 3,340 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

  • secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024; dan/atau
  • secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024.

KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menyumbang khidmat bakti kepada negara pada masa hadapan.

-TAMAT-

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

9 MEI 2024

Kongsi artikel kami ini ke :