MAIDAM Zakat Terengganu, Bantuan Awal Pengajian IPT

Pengenalan

Bantuan Pengajian Awal IPT MAIDAM

MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu) Terengganu adalah sebuah institusi yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal agama Islam. Mereka juga bertangungjawab dalam menjaga dan memelihara adat Melayu di negeri Terengganu.

Salah satu peranannya yang paling penting adalah pengurusan zakat Iaitu salah satu daripada Rukun Islam. Ianya mewajibkan umat Islam yang berkemampuan untuk menyumbangkan sebahagian kecil daripada harta mereka kepada golongan yang memerlukan.

Bagi bantuan pengajian awal IPT MAIDAM ini, ia meliputi kesemua pelajar yang layak dalam syaratnya. Tidak mengira di mana tempat pengajian yang bakal para pelajar berdaftar, sama ada di dalam mahu pun luar negara.

Apa Itu MAIDAM Zakat Terengganu?

Zakat yang dikutip oleh MAIDAM bukan sahaja disalurkan kepada asnaf yang memerlukan, tetapi juga digunakan untuk menyokong pelbagai program. Yang bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam di Terengganu.

Antaranya ialah Bantuan Awal Pengajian IPT, yang dirangka khusus untuk membantu pelajar. Para pelajar yang baru sahaja diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri mahupun luar negeri.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh pelajar dan keluarga mereka. Dan membolehkan mereka memulakan pengajian dengan lebih tenang dan fokus.

MAIDAM Zakat Terengganu bukan sahaja memastikan pengagihan zakat dilakukan dengan adil dan saksama, tetapi juga mengadakan pelbagai program kesedaran dan pendidikan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan zakat.

Dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada masyarakat, MAIDAM terus berusaha untuk mencapai visinya iaitu membina masyarakat Islam yang sejahtera dan berdaya saing di negeri Terengganu.

Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM

Bantuan Awal Pengajian IPT yang disediakan oleh MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu) adalah inisiatif penting untuk membantu pelajar-pelajar dari negeri Terengganu.

Bantuan ini diberikan kepada mereka yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi. Sama ada Peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master), dan juga Doktor Falsafah (PhD).

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh para pelajar dan keluarga mereka, sekaligus membolehkan mereka memulakan pengajian dengan lebih tenang dan fokus.

Bantuan ini diberikan secara one-off, yang bermaksud setiap pelajar hanya menerima bantuan ini sekali sahaja bagi setiap peringkat pengajian. Kadar bantuan yang diberikan berbeza mengikut peringkat pengajian dan ditentukan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Program ini menunjukkan komitmen MAIDAM dalam menyokong pendidikan anak-anak Terengganu, memastikan mereka mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran tanpa halangan kewangan.

Dengan adanya sokongan ini, MAIDAM berharap dapat melihat lebih ramai anak Terengganu berjaya dalam bidang akademik dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara. Inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada usaha MAIDAM untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui pendidikan, selaras dengan matlamat mereka untuk membina masyarakat Islam yang berilmu dan berdaya saing.

Kadar Bayaran Bantuan MAIDAM

Tahap PengajianDalam NegaraLuar Negara
SijilRM 600
DiplomaRM 800RM 800
Ijazah Sarjana MudaRM 1000RM 2000
SarjanaRM 1200RM 2500
PhDRM 1500

Syarat Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM

Untuk memohon Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM sama ada pengajian dalam atau luar negara, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat berikut:

  1. Status Pemohon dan Ibu Bapa/Penjaga:
    – Pemohon dan ibu bapa/penjaga adalah rakyat negeri Terengganu yang telah menetap di negeri ini sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pengajian.
    – Alternatifnya, pemohon dan ibu bapa/penjaga mestilah pemastautin tetap di negeri Terengganu selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pengajian.
  2. Agama dan Kelayakan:
    – Pemohon mestilah beragama Islam, baligh, dan berakal.
  3. Status Pelajar:
    – Bantuan ini hanya terbuka kepada pelajar baharu yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dan permohonan mesti dibuat dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.
  4. Tahap Pengajian:
    – Tahap pengajian yang layak dipertimbangkan termasuk Sijil, Pra-Diploma, Asasi, Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master), dan Doktor Falsafah (PhD). Bantuan hanya boleh diberikan sekali sahaja bagi setiap tahap pengajian secara berturut-turut.
  5. Bidang Pengajian:
    – Bantuan tidak diberikan untuk bidang pengajian yang berkaitan dengan industri hiburan.
  6. Institusi Pengajian:
    – Pemohon mestilah telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi di dalam atau luar negara, atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  7. Tempoh Pengajian:
    – Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada enam (6) bulan. Keutamaan diberikan kepada pengajian sepenuh masa, namun pengajian separuh masa juga boleh dipertimbangkan.
  8. Zakat:
    – Permohonan bantuan tidak akan dipertimbangkan jika ibu dan bapa pemohon yang bekerja di Negeri Terengganu tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada MAIDAM.

Dengan memenuhi syarat-syarat ini, pemohon layak untuk memohon Bantuan Awal Pengajian IPT daripada MAIDAM, yang bertujuan meringankan beban kewangan dan menyokong perkembangan akademik pelajar-pelajar dari negeri Terengganu.

Permohonan Bantuan Pengajian Awal IPT MAIDAM

Cara Memohon Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM

Permohonan untuk Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web Yayasan Pendidikan MAIDAM di https://yp.maidam.gov.my/iptonline. Berikut adalah panduan terperinci untuk permohonan:

Proses Permohonan Online:

    • Pemohon perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman sesawang Yayasan Pendidikan MAIDAM.
    • Semua dokumen yang diperlukan perlu dimuat naik ke dalam sistem semasa membuat permohonan.

    Dokumen yang Diperlukan:

      • Salinan Kad Pengenalan:
        • Kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga, serta adik-beradik dalam tanggungan perlu disertakan. Ini hanya diperlukan untuk permohonan kali pertama atau jika ada tambahan tanggungan.
      • Slip Gaji atau Akuan Pendapatan:
        • Slip gaji terkini ibu dan bapa/penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri, penyata pencen, atau kad pesara (untuk pesara kerajaan) perlu disertakan.
      • Surat Tawaran Belajar:
        • Surat tawaran belajar yang rasmi dari institusi pengajian.
      • Sijil-Sijil Akademik:
        • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sijil berhenti sekolah, atau sijil-sijil berkaitan. Ini hanya diperlukan untuk permohonan kali pertama.
      • Surat Pengesahan Mastautin:
        • Surat pengesahan mastautin terkini diperlukan bagi pemohon yang bukan rakyat negeri Terengganu tetapi telah bermastautin di negeri Terengganu selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut.
        • Slip permohonan dan surat mastautin mesti disahkan oleh pihak berautoriti di kawasan berkenaan seperti Amil Zakat, Pengerusi Masjid, Ketua Kampung, atau Penghulu.
      • Salinan Tiket Penerbangan:
        • Bagi pelajar yang akan belajar di luar negara, salinan tiket penerbangan perlu disertakan.
      • Dokumen Lain:
        • Salinan sijil kematian atau penceraian ibu bapa jika berkenaan.
        • Dokumen lain yang berkaitan yang mungkin diperlukan untuk menyokong permohonan.

      Dengan mengikuti panduan ini, pemohon boleh memastikan bahawa permohonan mereka lengkap dan mempunyai semua dokumen yang diperlukan untuk dipertimbangkan bagi Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM.

      Maklumat Lanjut

      Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM, sila rujuk manual permohonan berikut:

      Pertanyaan:

      Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pusat Urusan Zakat Daerah yang berdekatan:

      • Kuala Terengganu: 09-630 30 30
      • Marang: 09-618 33 17
      • Hulu Terengganu: 09-681 78 09
      • Dungun: 09-845 28 10
      • Kemaman: 09-859 45 45
      • Setiu: 09-609 03 07
      • Besut: 09-697 53 23
      • Kerteh: 09-826 64 63
      • Kuala Nerus: 09-662 2910

      Atau lawati mereka di alamat :

      Yayasan Pendidikan MAIDAM
      Lot 9 & 10 Tingkat 1,
      Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,
      20100 Kuala Terengganu,
      Terengganu Darul Iman.

      Email:

      • info[@]ypmaidam.my
      • aduan[@]ypmaidam.my

      No. Tel:

      • 09-6223500
      • 09-6225600

      Untuk mendapatkan pelbagai info Yayasan Pendidikan MAIDAM, layari: linktr.ee/yayasanpendidikanmaidam

      Kongsi artikel kami ini ke :