Pengenalan
Drama adaptasi novel Wanita Milik Kaiden karya Nuriffa akan mula menemui penonton pada 26 Disember 2024.
Tayangan dijadualkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3. Manakala di platform iQIYI, episod baharu akan tersedia untuk pengguna VIP pada jam 8.00 malam.
Bagi pengguna biasa, episod boleh ditonton secara percuma selepas 48 jam. Drama ini diterbitkan oleh Cinema Stage Production dengan arahan Jamal Khan. Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Iedil Dzuhrie Alaudin, Emma Maembong, Shahz Jaszle, Liza Abdullah, Dayang Areeda, dan Datin Sri Maria Farida.
Baca juga : Andai Tiada Dia Drama Astro
Info Drama Wanita Milik Kaiden
TAJUK | Wanita Milik Kaiden |
JUMLAH EPISOD | 25 Episod |
SALURAN | Akasia TV3 / iQIYI |
SLOT | Akasia |
TARIKH MULA TAYANGAN | 26 Disember 2024 |
WAKTU SIARAN | Isnin – Jumaat, 7 PM |
SKRIP | Siti Jasmina Ibrahim |
ARAHAN | Jamal Khan |
TERBITAN | Cinema Stage Production |
PARA PELAKON | Iedil Dzuhrie Alaudin, Emma Maembong, Shahz Jaszle, Wafariena Roslan, Dayang Areeda, Rasya Dean, Maria Farida, Liza Abdullah, Zaidi Omar, Rezza Shah, Kael, Aprena Manrose, Adrina Kamaruddin, Izzy Reef |
Pelakon Dan Watak
Pelakon | Watak |
---|---|
Iedil Dzuhrie Alaudin | Kaiden |
Emma Maembong | Haila |
Shahz Jaszle | Erman |
Dayang Areeda | Katrina |
Wafariena Roslan | Dilla |
Rasya Dean | Sarah |
Maria Farida | Pn Sri Atillia |
Liza Abdullah | Pn Kamariah |
Zaidi Omar | Madi |
Rezza Shah | Edlan |
Aprena Manrose | Liana |
Kael | Akmal |
Adrina Kamaruddin | Haila |
Izzy Reef | Kaiden |
Sinopsis Wanita Milik Kaiden
Kisah bermula dengan pertemuan yang tidak disangka antara Haila (Emma Maembong) dan Erman (Shahz Jaszle), yang menjadi titik awal hubungan mereka. Namun, tanpa pengetahuan Haila, Erman sebenarnya menyimpan rahsia besar—dia telah bertunang dengan Sarah (Rasya Dean), seorang gadis pilihan ibunya. Untuk menawan hati Haila, Erman menyembunyikan status pertunangannya. Dalam situasi ini, Kaiden (Iedil Dzuhrie Alaudin), sahabat baik Erman sejak zaman universiti, secara tidak terduga memiliki kisah silam dengan Haila. Mereka pernah berkawan rapat sewaktu di kampung, namun tragedi dalam keluarga Haila menyebabkan Kaiden menjauhkan diri daripadanya.
Kehadiran Haila dalam hidup Erman membawa banyak perubahan, tetapi sikap Erman yang gemar bermain dengan perasaan wanita mula menimbulkan keraguan dalam diri Kaiden. Keadaan bertambah rumit apabila Sarah, yang sedang mengandung, menuntut Erman bertanggungjawab. Dalam masa yang sama, ibu Erman, Puan Kamariah (Liza Abdullah), berusaha menyatukan Erman dan Sarah. Ianya sebagai tanda penghargaan kepada keluarga Sarah yang telah membantu menyelesaikan masalah kewangannya. Haila pula, sebagai gadis yatim piatu, merasakan kasih sayang Erman adalah sesuatu yang amat berharga, tanpa menyedari konflik besar yang sedang berlaku di sebalik hubungan itu.
Kaiden berada dalam dilema apabila mengetahui rancangan perkahwinan antara Haila dan Erman. Sebagai sahabat yang tahu sisi gelap Erman, Kaiden terpaksa memilih sama ada untuk melindungi Haila daripada menjadi mangsa atau menerima nasib cintanya yang tidak terbalas. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Kaiden sedar perasaannya terhadap Haila tidak pernah pudar sejak zaman persekolahan. Mampukah Kaiden menyelamatkan Haila dan menghalang Erman daripada melukakannya, atau takdir cinta mereka tetap berakhir dengan kekecewaan?
Tonton Online Drama Wanita Milik Kaiden
Anda boleh menonton drama ini secara online menerusi laman web iQIYI menerusi pautan di bawah.