Pengenalan
Tabung MAE Maybank telah menjadi salah satu alat kewangan digital yang popular dalam kalangan pengguna di Malaysia.
Dengan kemajuan teknologi dan perkembangan perbankan digital, Maybank memperkenalkan aplikasi MAE yang membolehkan pengguna mengurus kewangan mereka. Menjadikan pengurusan kewangan mereka lebih mudah dan efisien.
Tabung MAE adalah salah satu ciri menarik dalam aplikasi ini yang membantu pengguna Maybank menabung untuk pelbagai tujuan. Antaranya seperti simpanan percutian, pembelian barang, atau kecemasan.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan secara mendalam mengenai cara guna dan cara mengeluarkan duit daripada Tabung ini.
Dengan memahami fungsi dan kelebihan Tabung MAE oleh Maybank ini, anda akan dapat memanfaatkannya dengan lebih baik dalam merancang kewangan peribadi anda.
Baca juga : Iltizam Selangor Sihat : Syarat, Benefits, Login, Semakan
Apa itu Tabung MAE Maybank
Tabung MAE adalah satu ciri inovatif yang diperkenalkan oleh Maybank melalui aplikasi MAE (Maybank Anytime, Everyone). Ciri ini direka untuk membantu pengguna Maybank menabung dengan lebih teratur dan sistematik.
Pengguna boleh mencipta pelbagai tabung untuk tujuan yang berbeza-beza seperti tabung percutian, tabung perkahwinan, atau tabung pembelian besar. Setiap tabung boleh ditetapkan dengan matlamat jumlah simpanan dan tarikh pencapaian, yang mana aplikasi akan membantu mengingatkan pengguna untuk menabung secara berkala.
Ciri utama Tabung MAE adalah kemampuannya untuk memisahkan duit yang ditabung daripada baki utama akaun bank Maybank. Ini bermakna, walaupun duit tersebut ada dalam akaun, ia tidak akan dikira sebagai baki yang boleh dibelanjakan.
Pengguna juga boleh menetapkan auto-debit dari akaun utama ke tabung secara berkala, memudahkan proses menabung tanpa perlu berfikir panjang.
Selain itu, pengguna boleh melihat perkembangan simpanan mereka melalui aplikasi MAE, yang mana ia menyediakan visualisasi graf dan peringatan untuk memastikan pengguna berada di landasan yang betul dalam mencapai matlamat simpanan Maybank mereka. Dengan Tabung MAE, Maybank menjadikan penyimpanan wang lebih mudah dan menyeronokkan, serta memberikan pengguna kawalan yang lebih baik terhadap kewangan mereka.
Cara Menggunakan Tabung MAE Maybank
Tabung MAE adalah salah satu cara yang paling mudah dan efisien untuk menyimpan wang secara berdisiplin dan teratur.
Dengan ciri ini, pengguna dapat menetapkan matlamat kewangan mereka dan memantau kemajuan simpanan dengan lebih mudah.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan Tabung MAE dengan berkesan.
Pasang (Install) Aplikasi MAE Maybank
Seperti biasa, pemasangan setiap aplikasi bergantung kepada alatan (device) yang anda gunakan. Ianya sama ada IOS Apple, Android atau Huawei OS, Aplikasi ini ada di gedung aplikasi mereka sendiri.
Apple (Iphone, Ipad) – https://apps.apple.com/mae-by-maybank2u/
Android (kecuali Huawei) – https://play.google.com/com.maybank2u.life
Huawei – https://appgallery.huawei.com/app/C104476551
Cara Buat Tabung MAE (Buka Tabung)
Setelah anda berjaya memasang dan membuat tetapan akaun anda pada MAE, Anda boleh meneruskan untuk membuka tabung MAE dengan langkah di bawah ini.
1. Masuk ke aplikasi MAE seperti biasa dan paparan seperti di bawah.
Jika fungsi ‘Tabung’ tiada di ‘Quick Actions’ anda perlu pilih View All dan fungsi ‘Tabung’ akan dipaparkan.
Pilih fungsi tersebut dan paparan berikut akan dipaparkan.
Masukkan nombor pin MAE anda atau boleh menggunakan fingerprint jika ada sudah menetapkan fungsi tersebut pada tetapan MAE.
Create Tabung (Cipta Tabung)
Pilih ‘Create Tabung’ untuk membuka tabung baru anda.
Pilih kategori tabung anda. Untuk panduan ini saya memilih ‘Shopping’ sebagai kategori tabung saya.
Selepas anda ‘Continue’, MAE akan membawa anda kepada paparan tarikh mula dan akhir simpanan. Tarikh mula adalah menandakan bermulanya simpanan anda iaitu hari duit ditolak dari akaun anda atau juga tarikh anda perlu memasukkan duit ke dalam tabung setiap bulan untuk pilihan bukan automatik.
Pilih Tarikh Mula Dan Akhir
Seperti gambar Tabung MAE di atas, saya memilih 1 Aug 2024 sebagai tarikh mula dan 31 Aug 2026 sebagai tarikh akhir, Ini bermakna 1 Aug 2024 akan menjadi permulaan duit dari akaun Maybank akan ditolak. Seterusnya 1 September 2024 akan ditolak lagi dan begitulah seterusnya sehingga tarikh akhir, 31 Aug 2026 tabung anda sudah penuh.
Selepas anda ‘Continue’, anda perlu memilih akaun mana yang anda mahu gunakan sebagai punca dana ke tabung. Selepas itu paparan ‘Confirmation’ akan dipaparkan.
* Saving with merupakan fungsi untuk anda menabung bersama akaun pihak lain. Contohnya Pasangan anda, Anak, Adik beradik atau kenalan dengan hanya memilih nombor telefon mereka dalam contact anda. Pastikan mereka sedar tentang tabung ini untuk mereka ‘Approved’ tabungan bersama dengan anda.
Pengesahan Buka Tabung
Untuk memilih akaun ini, terdapat dua pilihan sama ada anda mahu menabung secara penolakan automatik dana dari akaun anda atau secara manual pindahan dana ke tabung. Anda boleh memilih seperti di bawah.
Berjaya Buka Tabung
Selepas menekan butang ‘Create Tabung’, MAE akan meminta pengesahan ‘verification’ Secure2u Maybank seperti biasa. Tekan Approve bagi mengesahkan pembukaan tabung MAE ini.
Anda kini sudah berjaya membuka tabung MAE baru anda. Sila pastikan dana akaun yang anda pilih mencukupi pada setiap tarikh pilihan anda untuk penolakan automatik.
Cara Keluarkan Duit Dari Tabung MAE Maybank
Untuk mengeluarkan dana dari tabung yang telah anda buka tadi, anda perlu menggunakan fungsi tabung juga.
Seterusnya pilh ‘active tabung’ yang anda mahu keluarkan duit seperti gambar di bawah.
Selepas memilih tabung, perhatikan bahagian atas titik tiga, tekan di butang itu dan paparan ‘option’ akan dipaparkan.
Pilih Withdraw Funds dan selepas itu tekan butang Withdraw seperti gambar di atas.
Masukkan jumlah yang anda mahu keluarkan, pilih akaun yang anda mahu masukkan duit dari tabung dan selepas itu tekan butang Withdraw Funds seperti biasa.
Sahkan Secure2u dan status pengeluaran anda ke akaun anda sudah berjaya.
Fungsi Boosters Pada Tabung MAE Maybank
Tabung MAE mempunyai fungsi yang amat baik untuk menambahkan simpanan tabung anda secara cepat. Dengan fungsi khas Tabung MAE dari Maybank ini, ianya akan membantu simpanan tabung anda lebih cepat mencapai target anda.
Spare Change
Spare Change dalam Tabung MAE dari Maybank ini berfungsi seperti memasukkan duit baki ke dalam tabung syiling. Fitur ini akan membulatkan jumlah transaksi Scan & Pay anda ke nilai yang ditetapkan dan menyalurkan baki tersebut ke dalam Tabung anda.
Sebagai contoh, jika anda membuat pembelian bernilai RM12.50, aplikasi akan membulatkan jumlah tersebut kepada RM13.00 dan menyalurkan baki RM0.50 ke dalam Tabung anda.
Guilty Pleasure
Guilty Pleasure dalam Tabung MAE menjadikan pembelian anda lebih bermakna, Jika anda berbelanja melebihi had kategori tertentu, sejumlah wang yang telah ditetapkan oleh anda pada akaun Maybank akan disalurkan ke dalam Tabung anda.
Contohnya, jika anda menetapkan had perbelanjaan harian untuk makanan dan minuman sebanyak RM20, dan anda berbelanja RM25 pada hari tersebut, aplikasi akan menyalurkan RM5 ke dalam Tabung anda menggunakan dana dari akaun anda. Had perbelanjaan harian ini boleh disesuaikan dan diaktifkan atau dinyahaktifkan pada bila-bila masa.
Scan & Save
Dengan Scan & Save, anda boleh menyimpan perbezaan jumlah daripada transaksi Scan & Pay anda ke dalam Tabung MAE, Sentiasa nantikan promosi Maybank untuk mendapatkan tawaran menarik yang membolehkan anda menabung secara automatik.
Contohnya, jika terdapat promosi yang memberikan diskaun RM5 untuk pembelian tertentu, perbezaan tersebut akan disimpan ke dalam Tabung anda selepas transaksi selesai.
Soalan Lazim
Boleh keluarkan wang bila-bila masa atau perlu cukupkan jumlah dahulu?
Ya, anda boleh mengeluarkan wang dari Tabung MAE Maybank pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu sehingga jumlah tabung MAE mencukupi.
Bolehkah menukar potongan kepada setiap hari?
Tidak, pilihan yang tersedia oleh Maybank hanya mingguan dan bulanan sahaja.
Adakah Tabung MAE akan memotong secara automatik dari akaun M2U kita?
Untuk potongan automatik, anda boleh menetapkannya. Jika anda ingin mengaktifkan potongan automatik, anda boleh memilihnya dengan menandakan kotak kuning.
Jika potongan seterusnya adalah pada 27 Februari tetapi saya mematikan potongan automatik, adakah ia tetap akan ditolak?
Jika anda telah mematikan potongan automatik, potongan tidak akan berlaku lagi. Anda boleh membuat potongan secara manual dari akaun anda.
Adakah terdapat caj bayaran untuk perkhidmatan Tabung MAE?
Tiada caj dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan Tabung MAE.
Apa perbezaan antara Tabung MAE dan Goal di Maybank?
Tabung MAE terdapat di dalam aplikasi MAE, manakala Goal melalui laman web Maybank2u. Selain itu, Goal memberikan faedah (interest) daripada Maybank, tetapi Tabung MAE tidak memberikan faedah.
Bila Tabung MAE akan melakukan potongan?
Potongan akan dilakukan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.