Pengenalan
Selangkah Wallet – Dalam era digital masa kini, teknologi terus berkembang dengan pesat, mempermudahkan pelbagai aspek kehidupan harian kita.
Salah satu inovasi terkini yang memberikan impak besar dalam pengurusan kewangan dan perkhidmatan kerajaan di Selangor adalah aplikasi Selangkah.
Dengan ciri-ciri canggih dan mesra pengguna, E-Wallet ini memudahkan urusan harian penduduk Selangor. Bukan sahaja dari transaksi kewangan malah sehingga kepada akses pelbagai bantuan kerajaan.
Aplikasi ini bukan sahaja menawarkan kemudahan dalam urusan pembayaran, tetapi juga menyediakan platform untuk pelbagai perkhidmatan kerajaan. Yang mungkin sebelum ini memerlukan lebih banyak masa dan usaha untuk diakses.
Artikel ini akan membincangkan secara terperinci cara untuk menggunakan aplikasi ini. Juga langkah untuk mengaktifkan akaun, dan bagaimana pengguna boleh memanfaatkan pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui aplikasi ini.
Selangkah bukan sekadar aplikasi dompet digital biasa, tetapi sebuah platform serba boleh. Ianya direka untuk memenuhi keperluan komuniti Selangor dengan lebih efisien dan efektif.
Dengan adanya Aplikasi ini, penduduk Selangor kini boleh menikmati pelbagai kemudahan digital. Yang disatukan dalam satu aplikasi, menjadikan urusan seharian lebih lancar dan teratur.
Baca juga : STPM 2024 : Semester 3 2023 Semakan Online & SMS, Rayuan
Apa itu Selangkah Wallet
Selangkah adalah sebuah inisiatif digital yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memudahkan pengurusan kesihatan dan perkhidmatan awam bagi penduduknya. Aplikasi Selangkah, yang boleh dimuat turun melalui Google PlayStore (android) dan AppStore (IOS), menawarkan pelbagai ciri yang direka khusus untuk memenuhi keperluan komuniti setempat dengan lebih efisien dan efektif.
Pada asalnya, Selangkah (atau “Langkah Masuk Dengan Selamat”) diperkenalkan sebagai sistem penjejakan kontak semasa pandemik COVID-19, bertujuan untuk memantau dan mengawal penyebaran virus tersebut. Dengan ciri imbasan QR di premis-premis, Selangkah membantu memastikan keselamatan dan kesihatan awam dengan mengesan pergerakan dan interaksi individu. Namun, fungsinya telah berkembang melangkaui penjejakan kontak.
Kini, Selangkah telah diperluaskan kepada pelbagai perkhidmatan lain, termasuk Selangkah Wallet. Selangkah Wallet adalah aplikasi dompet digital yang memudahkan urusan kewangan dan akses kepada pelbagai bantuan kerajaan negeri. Dengan aplikasi ini, pengguna boleh membuat pembayaran digital, mengurus akaun kewangan mereka, dan memohon serta menerima bantuan kerajaan dengan lebih mudah dan cepat.
Secara keseluruhannya, Selangkah bukan sahaja memudahkan pengurusan kesihatan semasa krisis, tetapi juga terus memberikan manfaat kepada penduduk Selangor dalam pelbagai aspek kehidupan harian mereka. Dengan teknologi yang terus berkembang, Selangkah menjadi contoh bagaimana inovasi digital dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan memperkukuhkan perkhidmatan awam.
Muat Turun Aplikasi Selangkah App
Selangkah boleh didapati di PlayStore, AppStore dan Huawei AppGallery. Di bawah ini kami kongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi ini mengikut sokongan alatan (device) anda.
- AppStore – https://apps.apple.com/my/app/selangkah/id1552552227
- Play Store – https://play.google.com/store/apps/details?id=sel.main.selangkah
- AppGallery – https://appgallery.huawei.com/#/app/C103917981
Cara Menggunakan Selangkah Wallet
Selepas anda berjaya memasangnya pada alatan anda (Telefon pintar, Tablet), Untuk menggunakan Aplikasi Selangkah ini. Sila ikuti beberapa langkah di bawah sebagai panduan jika anda masih tidak tahu cara daftar dan log masuk ke aplikasi ini.
Cara Daftar / Register Selangkah App
Selepas sahaja anda membuka aplikasi ini, paparan skrin Sign in / Sign Up akan dipaparkan, tekan sahaja di situ. Seterusnya, Jika anda merupakan pengguna baru sila tekan pada Sign Up.
Selepas anda memilih Sign Up paparan skrin di bawah akan dipaparkan. Isi kesemua maklumat diri anda iaitu Nama, Nombor telefon anda yang masih aktif dan digunakan, Kata laluan anda dan bahasa pilihan (bahasa ini akan digunakan semasa anda menggunakan aplikasi Selangkah, boleh ditukar semula nanti). Untuk tutorial kali ini saya memilih bahasa English.
Selepas selesai sila tekan Submit.
Sebaik sahaja anda menekan butang Submit, anda sepatutnya menerima satu SMS dari Selangkah yang akan memberi kod OTP bagi mengesahkan nombor telefon anda. Masukkan kod tersebut di paparan seperti di bawah dan tekan Next di bahagian bawah.
Selepas anda berjaya mengesahkan nombor telefon, itu bermakna anda sudah berjaya mendaftar sebagai akaun pengguna di aplikasi Selangkah ini.
Cara Aktifkan Selangkah Wallet
Selepas berjaya mendaftar sebagai pengguna di aplikasi ini, anda perlu mengaktifkan Selangkah Wallet bagi menggunakan fungsi Wallet yang ada pada aplikasi ini.
Cara aktifkan Selangkah Wallet ini amat mudah. Pada paparan skrin seperti di atas ini, klik pada banner ‘ACTIVATE NOW!’. Anda akan di bawa ke halaman pengesahan pengaktifan Wallet seperti di gambar bawah ini. Sila tekan butang Activate Now.
Isikan kesemua maklumat diri anda yang diminta, pastikan maklumat yang anda masukkan itu tepat. Selepas isi sila tekan butang Submit di bawah sekali.
Selepas itu anda perlu mengesahkan identiti anda menggunakan MyKad. Sediakan Mykad anda untuk proses ini.
Cari tempat yang anda rasakan mempunyai pencahayaan yang bagus, Halakan device anda pada MyKad anda dan gerakkan ke kanan dan kekiri secara perlahan.
Jika device anda meminta kebenaran camera atau lokasi, sila benarkan ini penting untuk aplikasi mengakses kamera bagi tujuan mengambil gambar.
Pastikan MyKad anda berada di tengah pada kotak camera semasa menggerakan device anda.
Selepas aplikasi ini berjaya mengesahkan MyKad anda tulen, anda akan di bawa ke halaman maklumat diri Anda. Anda tidak perlu mengisi apa-apa, sila pastikan maklumat diri anda tepat sebelum anda menekan butang Submit ID.
Jika anda merasakan kesemua maklumat diri anda tepat, sila tekan butang Submit ID.
Seterusnya adalah pengecaman wajah anda.
Sila tekan Next dan bersedia untuk mengambil video dari aplikasi ini. Umpama selfie, biarkan sahaja aplikasi ini mengambil video muka anda selama 3 saat.
Sekiranya pengesahan wajah anda berjaya, paparan berikut akan dipaparkan dan sekiranya diluluskan oleh aplikasi, anda akan melihat paparan skrin seperti di bawah kanan.
Ini bermakna Selangkah Wallet anda sudah berjaya diaktifkan. Anda boleh menetapkan pin bagi keselamatan Wallet anda. Sila tekan SET PIN dan masukkan 6 digit pin pilihan anda, sila ulangi bagi pengesahan pin.
Selepas berjaya menetapkan pin, paparan seperti di atas kanan akan dipaparkan menandakan nombor pin anda sudah berjaya dikemaskini.
Jika anda ke halaman utama aplikasi ini, di ruangan banner Wallet anda akan dipaparkan dan anda boleh melihat baki Wallet anda. Anda juga boleh menekan banner tersebut dan melihat kesemua fungsi yang boleh Selangkah Wallet lakukan.
Fungsi Hebat Lain Pada Selangkah Wallet
Selain dari menggunakan Selangkah Wallet sebagai pembayaran, di aplikasi Selangkah terlalu banyak fungsi yang berguna kepada kita.
Diantaranya adalah :
- Mendapatkan bantuan Teleperubatan
- Mendapatkan khidmat Kejururawatan & Fisio dari rumah
- Mendapatkan info lokasi klinik terdekat berdekatan lokasi anda.
- Menyimpan rekod perubatan.
- Khidmat Ambulans
- Hampir kesemua program bantuan Negeri Selangor ada disini
- Zakat
- Banyak lagi fungsi berguna yang lain
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai aplikasi ini, anda boleh mendapatkan bantuan dari pihak Selangkah Official.
Selangkah Facebook : https://www.facebook.com/SelangkahOFFICIAL
E-Mel : info[@]selangkah.my
Telegram : https://t.me/SELANGKAHMY_bot