Sekam Di Dada (SAMARINDA TV3)

Pengenalan

Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri ‘Sekam Di Dada’, yang bakal mengisi slot Samarinda di TV3 mulai 12 Mac 2025. Drama ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pada jam 10.00 malam.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adi Putra, Amyra Rosli, Josiah Hogan, Puteri Sarah Liyana, Auni Yusri, Apich Lo, Qistina Khaled, Nadia Brian, dan Arash Mohd, naskhah ini pastinya menjanjikan jalan cerita yang menarik.

Drama terbitan Saphire Screen Sdn Bhd ini diarahkan oleh Zamri Zakaria, dengan skrip hasil karya Wan Mahani Wan Hassan. Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan kisah penuh emosi ini!

Info Drama Sekam Di Dada

TAJUKSekam Di Dada
JUMLAH EPISOD20 Episod
SALURANTV3
SLOTSamarinda
TARIKH MULA TAYANGAN12 Mac 2025
WAKTU SIARANIsnin – Jumaat, 10 PM
SKRIPWan Mahani Wan Hassan
ARAHANZamri Zakaria
TERBITANSaphire Screen Sdn Bhd
PARA PELAKONAmyra Rosli,Adi Putra,Josiah Hogan,Puteri Sarah Liyana,Auni Yusri,Apich Lo,Qistina Khaled,Arash Mohd,Nadia Brian,Izuan Razali,Ieda Moin,Syazuwan Hassan

Pelakon Dan Watak

PelakonWatak
Amyra RosliOrkid
Adi PutraNasir
Josiah HoganArif
Puteri Sarah LiyanaRozi
Auni YusriSara
Apich LoNazman
Qistina KhaledNoreen
Arash MohdAzman
Nadia BrianSuri
Izuan RazaliRizal
Ieda MoinMunah
Syazuwan HassanHisham

Sinopsis Sekam Di Dada

Orkid (Amyra Rosli) terperangkap dalam perkahwinan penuh derita bersama suaminya, Nasir (Adi Putra). Dari luar, Nasir kelihatan seperti seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab, namun di sebalik pintu rumah mereka, Orkid hidup dalam tekanan mental yang semakin menghimpit.

Satu peristiwa mengubah segalanya apabila Nasir disahkan menghidap jangkitan kuman pada saraf tunjang sehingga menyebabkan dia kehilangan keupayaan untuk berjalan. Pada saat yang tidak dijangka, Orkid membuat keputusan mengejutkan—dia mahu menuntut cerai! Keputusan ini bukan sahaja mengundang kemarahan Nasir, malah menimbulkan rasa tidak percaya dalam kalangan anak-anak mereka, Nazman (Apich Lo) dan Sara (Auni Yusri).

Nazman langsung tidak dapat menerima keputusan ibunya. Baginya, Orkid seorang wanita kejam yang mementingkan diri sendiri dan cuba melarikan diri dari tanggungjawab. Namun, adik-beradiknya, Noreen (Qistina Khaled) dan Sara, percaya pasti ada sebab kuat yang mendorong ibu mereka bertindak demikian. Tapi apakah rahsia besar yang Orkid sembunyikan selama ini? Kenapa dia memilih untuk pergi ketika suaminya berada dalam keadaan paling teruk?

Ketegangan semakin memuncak apabila Nazman mendapat tahu Orkid bercita-cita untuk menyambung pelajaran. Dia melihatnya sebagai satu pengkhianatan terhadap keluarga dan percaya seorang isteri harus berkorban sepenuhnya demi suami serta anak-anak. Rasa marah yang membuak-buak membuatkan dia memperlekehkan impian ibunya, hingga Orkid akhirnya hilang dari rumah tanpa sebarang berita.

Tanpa kehadiran Orkid, beban menjaga Nasir kini terletak di bahu Nazman, Noreen, dan Sara. Baru kini mereka menyedari betapa sukar untuk menghadapi sikap Nasir yang tidak mudah dikawal, cepat marah, dan sering menuntut perhatian. Ketika itulah mereka mula memahami mengapa Orkid memilih untuk pergi.

Namun, Nasir tetap berkeras mahu isterinya kembali. Apabila Orkid akhirnya pulang, dia datang dengan satu tuntutan—perpisahan secara baik. Malangnya, Nasir enggan melepaskannya begitu sahaja, sekali lagi mencetuskan konflik yang lebih besar.

Keadaan semakin rumit apabila Arif (Josiah Hogan), lelaki dari masa silam Orkid, tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Bersama isterinya, Rozi (Puteri Sarah Liyana), mereka membawa rahsia yang mampu mengubah segalanya. Apakah rahsia besar yang bakal terbongkar? Dan mampukah Orkid akhirnya membebaskan diri dari perkahwinan toksik yang telah lama menjeratnya?

Galeri

Kongsi artikel kami ini ke :