Salju Rindu Di Bumi Auckland Drama Tonton

Salju Rindu Di Bumi Auckland

Pengenalan

Tonton Original Series mempersembahkan sebuah drama bersiri bertajuk Salju Rindu di Bumi Auckland, yang diadaptasi daripada novel Salju Rindu Di Kota Edinburgh karya Haitun Kamarazaman.

Drama ini diterbitkan oleh Global Station dan diarahkan oleh Riza Baharudin, dengan Riena Diana dan Keith Foo sebagai pelakon utama. Anda boleh menikmati Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Tayangan bermula pada 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024, setiap Isnin hingga Khamis.

Info Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland

TAJUKSalju Rindu Di Bumi Auckland
JUMLAH EPISOD28 Episod
SALURANTonton
SLOTTonton Originals
TARIKH MULA TAYANGAN16 September 2024
WAKTU SIARANIsnin – Jumaat
SKRIPFara Alya Ashaari
ARAHANRiza Baharudin
TERBITANGlobal Station Sdn Bhd
PARA PELAKONRiena Diana, Keith Foo, Emelda Rosemila, Nabil Aqil, Husna Mustaffa, Kodi Rasheed, Shamsul Ghau Ghau, Rosnah Johari, Mas Anizan, Louisa Chong, Azhar Amir, Zera Hariz, Azwan Kombos, Ku Frisha, RJ Helmi, Alif Hadi
Salju Rindu Di Bumi Auckland

Pelakon Dan Watak

PelakonWatak
Riena DianaJuraini (muda) / Samantha
Keith FooNathan
Emelda RosemilaJuraini / Joanna
Nabil AqilImaan
Husna MustaffaSuri
Kodi RasheedAziz
Shamsul Ghau GhauPak Talib
Rosnah JohariMak Yam
Mas AnizanMak Su
Louisa ChongAnne
Azhar AmirAzman
Zera HarizZainun
Azwan KombosHidayat
Ku FrishaMaya
RJ HelmiDr Johan
Alif HadiFikhri
Pelakon Dan Watak

Sinopsis Salju Rindu Di Bumi Auckland

Drama bersiri ini mengisahkan tentang Juraini (lakonan Riena Diana), seorang gadis yang hidupnya terjerat dalam pelbagai rintangan kerana ketamakan bapanya terhadap wang. Sikap mementingkan diri ini membuatkan bapanya mengabaikan keluarga, menyebabkan Juraini terpaksa melarikan diri dari kampung untuk mencari kebahagiaan dan menemukan jati diri sebagai seorang wanita.

Juraini dibesarkan oleh bapanya, Pak Talib, yang sering menyalahgunakan agama demi memuaskan ketamakannya sendiri. Dalam keadaan tertekan, Juraini berkali-kali terpaksa berkorban untuk menanggung kebajikan keluarganya, yang turut diabaikan oleh Pak Talib. Kehidupannya menjadi semakin sukar, sehingga mendorongnya untuk mencari jalan keluar daripada situasi tersebut.

Ketika dalam menghadapi kesukaran, Juraini bertemu dengan Nathan (Keith Foo), seorang lelaki bukan Islam yang baik hati dan asalnya dari Auckland. Cinta mula berputik di antara mereka. Namun, kebahagiaan yang baru terbit itu tidak kekal lama apabila Juraini dikhianati oleh Azman, pengurus di tempatnya bekerja. Azman melakukan tindakan yang memalukan Juraini dan menyebabkan kehidupannya berantakan. Dalam keadaan terdesak, Juraini membuat keputusan untuk memulakan hidup baru bersama Nathan di Auckland, meninggalkan segala kesedihan di kampung halaman.

Walaupun kini menetap jauh dari kampung halaman, kenangan pahit dan peristiwa hitam yang dilaluinya terus menghantui Juraini. Dalam usahanya menghapuskan segala memori buruk, dia mengambil keputusan untuk mengubah identitinya. Juraini kini menjadi Joanna dan mula membina kehidupan baru bersama Nathan dan anak mereka, Samantha. Namun, di sebalik kebahagiaan yang dikecapi, Joanna masih merasakan kekosongan tanpa kehadiran keluarganya yang berada jauh di kampung.

Setelah bertahun-tahun meninggalkan tanah air, keluarga Joanna memutuskan untuk menghantar anak saudaranya, Imaan (Nabil Aqil), ke Auckland dengan misi untuk membawa Joanna kembali ke pangkuan keluarga. Adakah Imaan berjaya dalam usahanya menyatukan semula Joanna dengan keluarga yang telah lama terpisah? Saksikan perjalanan penuh emosi ini untuk mengetahui jawapannya.

Kongsi artikel kami ini ke :