Kronologi Pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah

Pengenalan

Kes kehilangan dan pembunuhan tragis Nur Farah Kartini Abdullah, seorang graduan pintar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari Sarawak, telah menggoncang hati masyarakat. Beliau merupakan anak perempuan bongsu daripada tujuh beradik. Berikut merupakan kronologi kejadian yang berlaku.

Biodata Farah Kartini

Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, merupakan graduan pintar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Pendidikan (Multimedia). Beliau berasal dari Sarawak dan merupakan anak perempuan bongsu daripada tujuh beradik. Selain bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat percetakan, beliau juga bekerja secara sambilan di sebuah syarikat kereta sewa.

Kronologi

10 Julai 2024

  • Nur Farah Kartini mula disedari hilang dan kali terakhir dilihat selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim kira-kira jam 8 pagi. Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung, dan berseluar hitam.

11 Julai 2024

  • Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini pada pukul 1.56 pagi.

15 Julai 2024

  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat Nur Farah Kartini ditemui di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang. Mangsa dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenali.
  • Polis telah merakam percakapan tujuh individu termasuk rakan sekerja dan wanita yang menyewa kereta pada hari kejadian.
  • Seorang lelaki penjawat awam berusia 26 tahun telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek ditangkap di Balai Polis Gedangsa.
  • Mangsa ditemui dengan kesan luka pada muka dan dada, menambah bukti bahawa beliau mengalami serangan fizikal sebelum kematiannya.

16 Julai 2024

  • Suspek, yang dipercayai kekasih Nur Farah Kartini, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu kira-kira pukul 8.53 pagi bagi permohonan reman. Lelaki tersebut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
  • Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dibawa pulang ke Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak, untuk proses pengebumian. Keputusan pengebumian akan ditentukan oleh ibu Allahyarham.

Penemuan dan Siasatan

  • Polis juga telah menggerakkan unit selam dan unit K9 ke lokasi penemuan mayat untuk mencari bukti seperti telefon bimbit dan rantai leher milik Nur Farah Kartini. Telefon bimbit mangsa dipercayai telah dijumpai berhampiran lokasi kejadian.
  • Polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota milik suspek untuk siasatan lanjut.

Berita Terkini

  • Laporan terbaru mendedahkan bahawa suspek yang ditahan adalah seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Slim River. Beliau merupakan kekasih mangsa dan kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Punca kematian masih belum dapat disahkan disebabkan keadaan mayat yang telah reput di bahagian dada dan muka. Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

Kes ini telah menarik perhatian ramai dan mencetuskan gelombang simpati serta doa daripada netizen di media sosial. Ramai yang mengharapkan agar keadilan dapat ditegakkan untuk Nur Farah Kartini Abdullah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kongsi artikel kami ini ke :