Semakan Keputusan SVM 2024 [Sijil Vokasional Malaysia]

Pengenalan

Semakan Keputusan SVM dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP) akan mengumumkan keputusan peperiksaan SVM Semester 2 bagi Kohort 2023 pada Khamis, 27 Jun 2024.

Dan juga keputusan peperiksaan SVM Semester 4 bagi Kohort 2022 pada Khamis, 4 Julai 2024.

Semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka dari pihak Kolej Vokasional (KV) masing-masing bermula pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut.

Bagi calon Semester 2, semakan keputusan secara dalam talian boleh dilakukan mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Jun 2024. Sistem semakan ini akan ditutup pada jam 6:00 petang 3 Julai 2024.

Manakala, calon Semester 4 pula boleh membuat semakan keputusan mulai pukul 10:00 pagi pada 4 Julai 2024. Semakan ini akan dibuka sehingga pukul 6:00 petang pada 10 Julai 2024 melalui pautan yang sama.

Berikut adalah kenyataan media dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta butiran lanjut mengenai keputusan SVM untuk semester terkini.

Baca juga : Permohonan UPUOnline Rayuan Sesi 2024/2025

Semakan Keputusan SVM 2024

Berikut merupakan isi penting bagi semakan peperiksaan SVM 2024 ini.

Tarikh Pengumuman Keputusan

  1. SVM Semester 2 (Kohort 2023): Khamis, 27 Jun 2024
  2. SVM Semester 4 (Kohort 2022): Khamis, 4 Julai 2024

Masa Pengambilan Keputusan

Keputusan boleh diambil daripada pihak KV masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh berkenaan.

Semakan Keputusan SVM Dalam Talian

Untuk semakan keputusan dalam talian, calon-calon boleh melayari laman web rasmi semakan SVM. Laman web ini direka khusus untuk memudahkan calon mendapatkan keputusan peperiksaan mereka dengan cepat dan mudah. Dengan hanya beberapa klik, calon dapat mengakses keputusan mereka tanpa perlu hadir secara fizikal ke Kolej Vokasional masing-masing. Ini adalah satu usaha oleh pihak LP dan KPM untuk meningkatkan kemudahan dan keberkesanan proses semakan keputusan peperiksaan.

Untuk mengakses laman web semakan keputusan, sila layari URL berikut:

Layari – myresultsvm.moe.gov.my.

Calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian menerus laman web di atas mulai tarikh dan masa yang dinyatakan di atas.

Maklumat berkaitan yang diperlukan untuk semakan keputusan ialah :

  1. No. KP
  2. Angka Giliran

Pastikan anda melawat laman web tersebut dalam tempoh yang ditetapkan bagi setiap semester untuk memastikan anda dapat melihat keputusan anda. Dengan adanya kemudahan ini, diharapkan semua calon dapat memanfaatkan sepenuhnya dan memastikan mereka mengikuti arahan serta jadual semakan yang telah ditetapkan.

  • Calon Semester 2:
    • Semakan boleh dilakukan mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Jun 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 3 Julai 2024.
  • Calon Semester 4:
    • Semakan boleh dilakukan mulai pukul 10:00 pagi pada 4 Julai 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 10 Julai 2024.
Kongsi artikel kami ini ke :