Hatimu Sedingin Salju [Akasia TV3]

Hatimu Sedingin Salju merupakan sebuah drama terbaru bakal muncul menerusi saluran TV3. Drama bersiri di slot Akasia ini menampilkan gandingan pelakon Hisyam Hamid dan Apreena Manrose dan turut dibantu oleh Hafeez Mikail dan Bella Dowanna. Drama 28 episod ini bakal menemui penonton bermula pada 24 jun 2021, ditayangkan setiap hari isnin hingga jumaat di jam 7 malam.

Anda juga boleh menonton episod drama ini menerusi aplikasi iQiyi pada setiap hari sejam selepas tayangan di kaca tv.

Tonton Hatimu Sendingin Salju Disini.

https://www.iq.com/play/hatimu-sedingin-salju-25ulb3n15nd

TAJUK

HATIMU SEDINGIN SALJU

iQiyi Rating : 8.7 / 10
EPISOD : 28 Episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 24 JUN 2021 / 7 PM
WAKTU TAYANGAN : Isnin Hingga Khamis
SLOT : Akasia
SALURAN : TV3
SKRIP : Shida Zali, Mia Marziah Manaf, Ema Shamsuri, Azril Hamzah
ARAHAN : Bahri Uma
TERBITAN PRODUKSI : Orangetree Production
PARA PELAKON : Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Mustafa Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Khaty Azian, Scha Eliana, Zaefrul Nordin, Aleza Shadan, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Mathni Razak, Ziema Din, Liza Semron, Omar Rizal, Saifullah Mohd Yunus, Natasha Elyzza, Alif Hilman, Ezzaman Othman

Pelakon Dan Watak

Hisyam Hamid – Arman
Apreena Manrose – Rania
Hafeez Mikail – Nabil
Bella Dowanna – Syena
Fadlan Hazim – Haikal
Mustafa Kamal – Datuk Jamal
Maria Farida – Datin Mimi
Rahim Jailani – Mahfuz
Zila Bakarin – Noraini
Khaty Azian – Normala
Scha Eliana – Melissa
Zaefrul Nordin – Datuk Hisyam
Aleza Shadan – Datin Afifa
Idzham Ismail – Huzair
Mathni Razak – Rizki
Ziema Din – Sarah
Liza Semron – Mira

Sinopsis Hatimu Sedingin Salju

Mengisahkan tentang Arman (Hisham Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania lakonan Aprena Menrose selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.
Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.
Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu.
Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania.
Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?
Kongsi artikel kami ini ke :