Gaji Penjawat Awam 2024 Jadual PDF Download

Pengenalan

Penjawat awam di Malaysia memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran dan perkhidmatan negara. Setiap tahun, kerajaan Malaysia menetapkan jadual pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi memastikan mereka menerima pendapatan bulanan secara teratur. Bagi tahun 2024, jadual gaji penjawat awam telah pun dikeluarkan, memberi panduan kepada kakitangan awam mengenai tarikh-tarikh penting pembayaran gaji. Dengan kemudahan teknologi hari ini, penjawat awam juga boleh memuat turun jadual ini dalam bentuk PDF bagi memudahkan akses dan rujukan masa hadapan.

Memuat turun jadual gaji dalam format PDF memberikan pelbagai kelebihan. Antaranya, format ini mudah dibuka di pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet, atau komputer. Selain itu, dokumen PDF lebih selamat disimpan, mudah dikongsi, dan boleh dicetak jika perlu. Bagi penjawat awam yang ingin memastikan mereka sentiasa peka dengan tarikh pembayaran gaji, mempunyai salinan jadual dalam bentuk PDF adalah langkah yang bijak. Ianya bagi perancangan kewangan yang lebih baik sepanjang tahun 2024.

Tarikh Pembayaran Emolumen Tahun 2024 Dan Peraturan

Gaji Penjawat Awam 2024 - Tarikh Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Surat Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan serta memberi panduan kepada Kementerian dan Jabatan berkenaan perkara berikut:

  1. Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024; dan
  2. Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian dan Jabatan untuk memastikan pengurusan bayaran emolumen dilaksanakan dengan tepat dan betul. Serta pembayaran dilakukan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Tarikh Pembayaran Emolumen 2024

    Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 telah ditetapkan mengikut Arahan Perbendaharaan (AP) 105. Penetapan ini dibuat bagi memastikan pembayaran gaji penjawat awam dijalankan dengan teratur dan mengikut peraturan yang telah digariskan. Kesemua pembayaran gaji tersebut perlu mematuhi peraturan kewangan yang sedia ada untuk memastikan ketelusan dan kecekapan dalam sistem pembayaran emolumen.

    Selain itu, penetapan tarikh pembayaran ini juga dirujuk kepada surat rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Dengan nombor rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12), bertarikh 1 November 2023. Surat tersebut memberikan panduan jelas mengenai peraturan dan jadual pembayaran emolumen bagi tahun 2024. Yang perlu dipatuhi oleh semua agensi kerajaan bagi memastikan kelancaran urusan kewangan kakitangan awam sepanjang tahun.

    Peraturan Pembayaran Emolumen 2024

    Surat Pekeliling ini perlu dibaca bersama dengan SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang sedang berkuat kuasa.

    Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)

    Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)
    Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) yang diterima daripada Pusat Pembayar Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
    Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (Late Cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut.
    Menyemak maklumat dalam laporan Fail Induk Gaji sebaik sahaja ePenyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.
    Memastikan semua arahan bagi potongan emolumen adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baru dan nombor rujukan potongan.
    Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan
    dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran emolumen melalui Arahan Pembayaran bagi keskes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

    (1) Butiran peribadi;
    (2) Nombor akaun bank; dan
    (3) Nombor rujukan:
    (i) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
    (ii) Cukai Pendapatan;
    (iii) Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;

    Tanggungjawab Pejabat Perakaunan

    Tanggungjawab Pejabat Perakaunan
    Menetapkan tarikh pemprosesan larian emolumen bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ)
    Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Arahan Pembayaran boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan.
    Selaras dengan AP105(a) yang berkuat kuasa, pembayaran emolumen bagi bulan Februari, Mei, Julai dan Ogos 2024 akan dibuat pada hari Jumaat. Sehubungan itu, Pejabat Perakaunan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor hendaklah memantau pengurusan bayaran emolumen pada hari berkenaan.
    Tanggungjawab Pegawai Awam
    Pegawai Awam (pemilik akaun) hendaklah merujuk kepada bank masing-masing sekiranya terdapat sekatan ke atas pembayaran emolumen di akaun bank pegawai yang mempunyai pembiayaan pinjaman dari bank berkenaan yang mana sekatan adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dimerterai di antara pegawai dan bank tersebut.
    Pegawai awam yang mempunyai akaun bank perlu menghubungi pihak bank jika ada sekatan terhadap pembayaran gaji atau emolumen dalam akaun mereka. Sekatan ini mungkin berlaku jika pegawai mempunyai pinjaman dengan bank tersebut, dan bank berhak mengenakan syarat tertentu berdasarkan perjanjian pinjaman yang telah dipersetujui antara pegawai dan bank.
    Sebagai contoh, jika seorang pegawai mempunyai pinjaman perumahan dengan bank, bank mungkin memotong sebahagian daripada gaji secara automatik setiap bulan untuk membayar pinjaman tersebut. Sekiranya berlaku perkara seperti ini, pegawai harus merujuk kepada bank untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

    Tanggungjawab Pegawai Awam

    Tanggungjawab Pegawai Awam
    Pegawai Awam (pemilik akaun) hendaklah merujuk kepada bank masing-masing sekiranya terdapat sekatan ke atas pembayaran emolumen di akaun bank pegawai yang mempunyai pembiayaan pinjaman dari bank berkenaan yang mana sekatan adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dimerterai di antara pegawai dan bank tersebut.
    Pegawai awam yang mempunyai akaun bank perlu menghubungi pihak bank jika ada sekatan terhadap pembayaran gaji atau emolumen dalam akaun mereka. Sekatan ini mungkin berlaku jika pegawai mempunyai pinjaman dengan bank tersebut, dan bank berhak mengenakan syarat tertentu berdasarkan perjanjian pinjaman yang telah dipersetujui antara pegawai dan bank.
    Sebagai contoh, jika seorang pegawai mempunyai pinjaman perumahan dengan bank, bank mungkin memotong sebahagian daripada gaji secara automatik setiap bulan untuk membayar pinjaman tersebut. Sekiranya berlaku perkara seperti ini, pegawai harus merujuk kepada bank untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

    Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari

    Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari
    Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan
    Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

    Pertanyaan Lanjut Mengenai Pekeliling

    Pertanyaan Lanjut Mengenai Pekeliling
    Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh
    dirujuk kepada pihak berikut:
    Pengarah
    Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
    Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
    No.1, Persiaran Perdana
    62594, Presint 2
    Putrajaya
    u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
    emel : unit_prestasi[@]anm.gov.my
    No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

    Tarikh Kuat Kuasa

    Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan.

    Pemakaian

    Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan peraturan yang ditetapkan dalam surat pekeliling ini dipatuhi. Peraturan surat pekeliling ini juga dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri. Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

    Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2024 PDF

    Jadual Tarikh Bayaran Gaji 2024

    BULANTARIKHHARICATATAN
    Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
    Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 (Sabtu & Ahad)
    Mac25.03.2024Isnin
    April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
    Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
    Jun13.06.2024KhamisHari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)
    Hari Raya Haji – 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
    Julai19.07.2024Jumaat
    Ogos23.08.2024Jumaat
    September25.09.2024Rabu
    Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis)
    November25.11.2024Isnin
    Disember19.12.2024KhamisHari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu)
    Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2024

    Muat Turun PDF Jadual Gaji 2024

    Untuk memuat turun jadual gaji ini, sila klik pada butang di bawah ini :

    Kongsi artikel kami ini ke :