Vivy Yusof : Biodata Pengasas Bersama FashionValet

Pengenalan

Vivy Yusof merupakan salah seorang ikon fesyen dan usahawan Malaysia yang berjaya. Beliau dikenali kerana kejayaannya dalam mengubah landskap industri fesyen tempatan. Sebagai pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group, Vivy dan suaminya, Dato’ Fadzarudin Shah Anuar. Telah berjaya mengangkat jenama tempatan ke pentas yang lebih luas.

FashionValet, yang diasaskan pada tahun 2010, pada mulanya bertujuan menjadi platform untuk memperkasakan pereka tempatan. Serta memudahkan akses pengguna kepada fesyen Asia Tenggara. Seiring perkembangan masa, FashionValet menjadi salah satu platform e-dagang terbesar dalam industri ini, sebelum ditutup pada tahun 2022. Ia bertujuan untuk memberi fokus kepada jenama dalaman mereka, seperti dUCk dan LILIT.

Di samping kejayaannya dalam perniagaan, Vivy juga merupakan personaliti media sosial yang berpengaruh. Beliau mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram, di mana beliau berkongsi gaya hidup, pandangan, dan inspirasi yang sering menjadi tumpuan.

Biodata Vivy Yusof

Vivy Yusof, dilahirkan pada 11 Disember 1987 di Kajang, Selangor. Anak perempuan kelahiran Dato’ Yusof Jusoh dan dan Datin Aishah Jelani ini merupakan seorang usahawan wanita yang disegani di Malaysia.

Anak bongsu daripada dua beradik perempuan, Vivy dibesarkan dalam keluarga yang sangat menitikberatkan pendidikan. Beliau menghabiskan pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, kemudian bersekolah di Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Sri Cempaka.

Selepas tamat SPM, beliau meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang di London School of Economics (LSE) di United Kingdom. Di mana pemikiran dan bakat kepimpinannya semakin berkembang.

Pada tahun 2012, Vivy mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Fadzarudin Shah Anuar, rakan sekolej yang kini menjadi rakan kongsi dalam perniagaan. Pasangan ini telah dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Daniel Azim Shah yang lahir pada 2013, Mariam Iman Shah pada 2015, Sarah Ilham Shah pada 2018, dan Idris Ali Shah pada 2021.

Selain daripada peranan beliau dalam dunia perniagaan, Vivy turut dikenali sebagai ikon media sosial, dengan pengikut yang ramai di Instagram. Di sana, beliau berkongsi pelbagai aspek kehidupan, termasuk perjalanan keibuannya, pandangan hidup, dan usaha mencapai keseimbangan antara perniagaan dan keluarga, yang menjadikannya inspirasi kepada ramai wanita moden hari ini.

Kehidupan Permulaan Kerjaya

Vivy Yusof memulakan perjalanan perniagaannya pada tahun 2010, ketika beliau bersama suaminya, Dato’ Fadzarudin Shah Anuar, melancarkan FashionValet, satu platform e-dagang yang direka untuk memudahkan akses kepada jenama-jenama fesyen tempatan dan membantu pereka fesyen Malaysia memasarkan produk mereka. Ideanya tercetus daripada kesukarannya sendiri untuk mendapatkan fesyen tempatan dengan mudah. Dari kecil, FashionValet berkembang pesat dan menjadi salah satu platform terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara, menarik perhatian ramai peminat fesyen dan pelabur.

Pada tahun 2014, Vivy Yusof mengambil langkah besar dengan memperkenalkan jenama dalaman beliau. Iaitu The dUCk Group, yang berfokuskan gaya hidup dan fesyen. Jenama dUCk merangkumi pelbagai produk seperti tudung, alat tulis, kosmetik, dan aksesori yang segera mendapat sambutan ramai dengan gaya rekaan moden dan elegan. The dUCk Group terus berkembang pesat, menjadi simbol jenama yang ikonik dalam kalangan wanita muda yang berkerjaya.

Namun, pada tahun 2022, Vivy Yusof dan Fadza membuat keputusan untuk menutup operasi FashionValet, memilih untuk memberi fokus sepenuhnya kepada dUCk dan LILIT, satu lagi jenama di bawah kendalian mereka yang berfokus kepada pakaian sopan dan mesra Muslimah. Keputusan ini dibuat dengan tujuan untuk memajukan jenama dalaman dan meningkatkan pengalaman pelanggan secara menyeluruh. Vivy melihat langkah ini sebagai satu cara untuk lebih menumpukan perhatian kepada membina jenama yang lebih mampan dan kukuh, sejajar dengan nilai dan keperluan pasaran tempatan.

Sehingga kini, Vivy Yusof terus berperanan aktif sebagai ikon perniagaan yang berjaya dan inspirasi kepada wanita muda. Selain itu, beliau sering berkongsi pengalamannya di media sosial, menggalakkan lebih ramai wanita untuk mengejar impian perniagaan mereka. Vivy telah berjaya membina empayar perniagaan yang bukan sahaja memberi impak dalam dunia fesyen, tetapi juga membawa inspirasi kepada wanita untuk menjadi berdikari dan berani menghadapi cabaran dalam dunia keusahawanan.

Senarai Anugerah Dan Pencapaian Vivy Yusof

Berikut adalah senarai anugerah dan pencapaian yang telah diraih oleh Vivy Yusof sepanjang kerjayanya.

Anugerah dan pencapaian ini mencerminkan dedikasi dan sumbangan Vivy Yusof dalam industri fesyen dan keusahawanan di Malaysia.

TahunAnugerah Dan Pencapaian
2013Bella Business Award
2014Ikon Wanita Puteri UMNO
2015Tersenarai dalam “Top 40 Under 40” oleh majalah Prestige Malaysia
2016Young Entrepreneur Award dari Tribute to Women Malaysia, disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah
2017Tersenarai dalam Forbes’ 30 Under 30 Asia
2017Disenaraikan dalam “Asia’s Top 50 Rising Tech Stars” oleh Tatler Malaysia
2018Women Icon of Malaysia oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia
2018Tersenarai dalam Young Global Leaders List oleh World Economic Forum
2019Entrepreneur Par Excellence Award daripada Malaysia Tatler Ball Awards
2019YouTube Silver Play Button Award
2022Menerbitkan autobiografi “The First Decade: My Journey from Blogger to Entrepreneur”

Media Sosial Vivy Yusof

PlatformPautan Ke Akaun
Facebookhttps://www.facebook.com/vivyyusof
Instagramhttps://www.instagram.com/vivyyusof/
TikTokhttps://www.tiktok.com/@vivyyusof_
Kongsi artikel kami ini ke :