Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tahun 2024, Semakan Dan Permohonan

Pengenalan

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 kini dibuka mulai 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024. Bantuan ini khusus untuk Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak. Mereka boleh memohon serta mengemaskini maklumat permohonan di Portal Pekebun Kecil RISDA. Ini adalah langkah penting untuk memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini bagi melayakkan mereka menerima bantuan yang diperlukan.

Selain itu, mereka yang memerlukan bantuan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh hadir di mana-mana Pejabat RISDA berhampiran. Pegawai RISDA sedia membantu dalam proses permohonan dan memberikan panduan yang diperlukan. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan bantuan kewangan yang dapat meringankan beban anda pada musim tengkujuh ini.

Kadar Bayaran BMT 2024

Kadar Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebanyak RM800.00, dibayar secara berperingkat terus ke akaun penerima.

Tarikh Bayaran BMT 2024

Sumbangan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil berjumlah RM800 akan dibayar secara ansuran selama empat bulan pada tahun 2024 dan 2025 seperti berikut :-

  • RM400 pada November / Disember 2024
  • RM200 pada Januari 2025
  • RM200 pada Februari 2025

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2024

Tarikh permohonan dan pengemaskinian BMT adalah dari 1 Jun hingga 30 September 2024. Pekebun Kecil yang layak boleh memohon BMT di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan atau melalui portal online.

Bagi Penoreh Getah, permohonan ini hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA yang terletak di kawasan kebun yang ditoreh. Pastikan anda memohon dalam tempoh yang ditetapkan untuk mendapatkan bantuan kewangan ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

Hanya satu permohonan atas 1 lot tanah sahaja yang akan diambil kira sebagai layak bagi menerima bantuan ini. Ianya samada Pemilik Tanah atau Penama atau Penoreh Getah hanya salah seorang sahaja yang boleh memohon bagi 1 lot tanah getah.

Pekebun Kecil

Syarat utama pekebun kecil adalah kepada pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan / atau mengusahakan lot tanaman getah. Selain itu syarat kelayakan adalah seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
  3. Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar.
  4. Pemilik tanah yang sah.
  5. Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
  6. Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – WAJIB untuk peserta JPS dan JAKOA).

Penoreh Getah

Penoreh Getah adalah yang termasuk dalam golongan yang menoreh di kebun getah Pekebun Kecil dan BUKAN Pemilik Tanah. Selain itu syarat kelayakan adalah seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Penoreh berdaftar dengan RISDA.
  3. Menoreh di lot keluasan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar.
  4. Mendapat pengesahan pemilik tanah atau wakil yang sah.
  5. Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).

Cara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 boleh dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA di https://pekebunkecil.risda.gov.my/.

Bagi permohonan secara manual, sila kunjungi Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berhampiran. Anda perlu mengisi borang permohonan dan menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan.

Pastikan anda membawa semua dokumen yang diperlukan seperti disenaraikan di bawah ketika membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024.

Senarai Dokumen Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

Pekebun Kecil

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Geran asal tanah dan salinan;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan

Penoreh Getah (Bukan Pemilik)

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
  • Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer);
  • Salinan buku akaun bank yang aktif;
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai status kelayakan atau status permohonan anda, atau juga sebarang pertanyaan lain mengenai bantuan ini, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian :-

Kongsi artikel kami ini ke :