Jangan Takut, Kau Takut Aku Pun Takut

Jangan Takut Kau Takut Aku Pun Takut merupakan sebuah filem seram komedia terbaru yang bakal ditayangkan menerusi saluran Astro First. Tayangan filem ini dijadualkan bermula pada 8 julai ini.

Menampilkan gandingan lakonan Mark Adam, Amerul Affendi dan Syuk Sahar sebagai watak utama, diarahkan oleh pengarah Nazir Jamaluddin. Filem ini diterbitkan oleh CMA Media Sdn Bhd dengan usahasama Astro Shaw.

INFO JANGAN TAKUT KAU TAKUT AKU PUN TAKUT

TARIKH MULA TAYANGAN : 8 Julai 2021

SALURAN : Astro First

SKRIP : Nur Farhana Mohamad Fauri

ARAHAN : Nazir Jamaluddin

TERBITAN / PRODUKSI : CMA Media Sdn Bhd, Astro Shaw

PARA PELAKON : Mark Adam, Amerul Affendi, Syuk Sahar, Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Delimawati, Ropie, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Melati Zero, Azlee Senario, Ucop Cecupak, Aiyuni Hashim, Kamarul Yusof, Donna Muslim, Along Eyzendy

PELAKON DAN WATAK

Amerul Affendi – Dol
Syuk Balas – Leman
Mark Adam – Sarip
Tasha Shilla – Malaika
Wan Hanafi Su – Atok Sarip
Dalimawati – Nenek Dol
Ropie – Ayah Leman
Jasmin Hamid – Mak Leman
Melati Zero – Orang Minyak
Aiyuni Hashim – Melati
Kamarul Yusof – Tuan Director
Bell Ngasri – Production Manager
Donna Muslim – Suami Malaika
Azlee Senario – Tok Bomoh
Ucop Cecupak – Pembantu Bomoh
Along Eyzendy – Pemandu Kereta Buruk

SINOPSIS

Sarip, Dol dan Leman merupakan tiga sahabat yang amat nakal dan selalu menyakat masyarakat setempat, dan kadang-kadang mereka melakukan perkara yang tidak patut seperti mencuri harta orang kampung.

Perbuatan tidak bermoral yang dilakukan mereka ini membuatkan ahli keluarga mereka malu. Kegagalan mereka melakukan kegiatan itu di sebuah rumah milik seorang Tok Bomoh menyebabkan mereka telah dihalau oleh penduduk kampung yang sudah lama membenci.

Mereka bertiga tekad meneruskan kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur. Bermulalah kisah perjalanan pemuda bertiga ini ke Kuala Lumpur. Semasa perjalanan ke Kuala Lumpur mereka menumpang kereta seorang gadis bernama Malaika.

Di dalam perjalanan ke kotaraya, Sarip mula mengajak mereka menceritakan kisah seram yang diketahui mereka dengan syarat jika ada sesiapa yang takut, orang itu perlu keluar dari kereta tersebut.

Mereka bertiga masin-masing menceritakan kisah seram mereka, namun kesemua kisah yang diceritkan mereka langsung tidak mendatangkan perasaan takut atau seram malah mereka terhibur dengan kesemua kisah-kisah tersebut.

Tiba saat Malaika memulakan cerita, akhirnya mereka mula seram dengan kisah yang diceritakan gadis tersebut.

Jangan Takut Kau Takut Aku Pun Takut

Kongsi artikel kami ini ke :