Pengenalan
YPJ Bantuan Pendaftaran IPT – Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) terus komited dalam usaha mereka untuk menyokong pelajar dari negeri Johor. Yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Baca juga : MAIDAM Zakat Terengganu, Bantuan Awal Pengajian IPT
Bagi tahun 2024, YPJ menawarkan pelbagai bantuan dan sokongan kewangan khusus untuk pelajar pendaftaran Institut Pengajian Tinggi IPT. Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga mereka. Ianya bagi memastikan setiap anak Johor mempunyai peluang yang adil untuk mengejar impian akademik mereka.
YPJ Bantuan yang ditawarkan meliputi pelbagai bentuk, dari biasiswa penuh hingga bantuan Pendaftaran IPT, yuran pengajian dan elaun sara hidup. Namun ianya bergantung kepada keperluan dan kelayakan pemohon.
Artikel ini akan memberikan panduan lengkap mengenai YPJ bantuan pendaftaran IPT Johor 2024. Termasuk syarat permohonan dan dokumen yang diperlukan untuk proses.
Dengan maklumat ini, diharapkan pelajar dan ibu bapa dapat memahami dengan jelas langkah-langkah yang perlu diambil untuk memohon bantuan YPJ, Serta memanfaatkan peluang bantuan IPT yang disediakan.
Melalui inisiatif ini, YPJ terus berusaha untuk memastikan pendidikan yang berkualiti dapat dicapai oleh semua pelajar di negeri Johor, dengan bantuan IPT ini tanpa mengira latar belakang kewangan mereka.
Apa Itu Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ialah sebuah pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor. Melalui Enakmen YPJ No. 8 pada tahun 1982, Penubuhan YPJ bertujuan untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan rakyat Johor. Sebagai entiti yang berdedikasi kepada kemajuan pendidikan, YPJ telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program untuk meningkatkan taraf pendidikan. Serta memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua lapisan masyarakat.
Antara objektif utama YPJ adalah untuk menyediakan bantuan kewangan IPT dan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan mereka yang memerlukan. Melalui program biasiswa ini, YPJ membantu meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah. Dan memastikan anak-anak Johor mendapat peluang yang adil untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, YPJ turut menawarkan pelbagai program latihan dan kursus untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan tenaga kerja negeri Johor. Selaras dengan keperluan industri dan ekonomi semasa.
YPJ juga bekerjasama dengan institusi pendidikan tempatan dan antarabangsa untuk membawa teknologi dan metodologi pengajaran terkini kepada pelajar dan tenaga pengajar di negeri Johor. Inisiatif seperti ini memastikan bahawa pelajar Johor sentiasa berada di barisan hadapan dalam bidang akademik dan teknologi. Dengan komitmen yang tinggi terhadap pembangunan pendidikan, YPJ terus berusaha untuk membina masyarakat yang berilmu dan berdaya saing di peringkat global.
Apa Itu Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menyediakan Skim Bantuan Pendaftaran bagi penuntut baharu dengan pemberian sebanyak RM500 secara one-off kepada yang layak. Skim ini direka khusus untuk membantu pelajar yang baru mendaftar. Meliputi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih. Bantuan ini adalah usaha kerajaan negeri Johor untuk memastikan bahawa setiap anak Johor mendapat peluang yang sama rata. Dalam melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi tanpa halangan kewangan yang ketara.
Kerajaan Johor berharap bantuan menerusi YPJ ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan. Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang baru memulakan pengajian IPT. Dengan kos pendidikan yang semakin meningkat, YPJ bantuan pendaftaran ini diharapkan dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan awal IPT. Ianya merangkumi yuran pendaftaran, pembelian buku, atau keperluan asas lain yang diperlukan oleh pelajar.
Syarat Am Permohonan YPJ Bantuan Pendaftaran IPT
Berikut merupakan syarat AM bagi YPJ Bantuan Pendaftaran IPT ini. Ini adalah syarat wajib bagi pemohon,jika tidak tersenarai maka tidak layak untuk bantuan pendaftaran ini.
- Kelahiran atau Tempat Tinggal
Pemohon mesti lahir atau menetap di Negeri Johor. - Pengajian Semester Pertama
Terbuka kepada pelajar semester pertama yang melanjutkan pengajian ke Asasi, Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, dan Kolej di bawah KP YPJ, bermula dari Januari 2024 hingga Disember 2024. - Tempoh Kursus
Kursus yang diikuti mesti berdurasi sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih. - Bantuan Lain
Pemohon tidak boleh menerima bantuan pendaftaran dari agensi lain. - Kelayakan Bantuan
Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja untuk setiap tahap pengajian. - Pendapatan Keluarga
Tiada had pendapatan bagi ibu bapa atau penjaga. - Borang Sokongan SBP
Pemohon wajib mengisi Borang Sokongan SBP, yang boleh dimuat turun, dan mendapatkan tandatangan serta cop pengesahan di kawasan DUN masing-masing. - Kelulusan Permohonan
Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.
Dengan mematuhi syarat-syarat ini, pemohon dapat memastikan permohonan mereka diproses dengan lancar. Seterusnya mendapat manfaat penuh dari bantuan yang disediakan oleh Yayasan Pelajaran Johor untuk tahun 2024.
Dokumen Lampiran Yang Wajib
Ini merupakan senarai dokumen yang wajib para pelajar sertakan bersama permohonan YPJ Bantuan Pendaftaran IPT ini.
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
Dokumen pengenalan rasmi pelajar. - Salinan Sijil Kelahiran Pelajar
Bukti kelahiran pelajar. - Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga
Dokumen pengenalan rasmi ibu, bapa, atau penjaga pelajar. - Salinan Surat Tawaran Kemasukan
Surat tawaran kemasukan ke IPTA, Kolej Yayasan Pelajaran Johor, atau Kolej Komuniti. - Salinan Akaun Bank Pelajar
Nombor akaun bank pelajar untuk tujuan pembayaran bantuan. - Borang Sokongan SBP
Borang yang telah diisi, dengan cop pengesahan dan tandatangan oleh Pusat Khidmat DUN masing-masing.
Dengan menyediakan dokumen-dokumen ini, pemohon dapat memastikan permohonan bantuan pendaftaran mereka diproses dengan cepat dan tepat oleh Yayasan Pelajaran Johor.
* Pengesahan lampiran dokumen-dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Gred 41 & Ke Atas / Pegawai Kategori A / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya
Cara Membuat Permohonan YPJ Bantuan Pendaftaran IPT
- Muat Turun Borang Sokongan SBP
Muat turun Borang Sokongan SBP dari laman web rasmi di Borang Sokongan SBP - Pengesahan Borang Sokongan SBP
Pastikan Borang Sokongan SBP telah dicop pengesahan dan ditandatangani oleh Pusat Khidmat DUN masing-masing. - Layari Portal Permohonan SBP 2024
Layari portal permohonan di: https://bantuan-ypj.com. - Pendaftaran
Klik “DAFTAR” dan isi segala maklumat yang diperlukan. - Muat Naik Dokumen Sokongan
Muat naik dokumen-dokumen sokongan permohonan yang telah disahkan.
Dokumen-dokumen sokongan perlu disahkan oleh Pegawai Profesional Gred 41 ke atas, Pegawai Kategori A, Penghulu, Ketua Kampung, atau yang setaraf dengannya. - Selesai
Setelah semua langkah di atas selesai, permohonan anda akan diproses.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran IPT Johor, anda boleh merujuk kepada medium berikut:
- Facebook: Yayasan Pelajaran Johor
- Instagram: Yayasan Pelajaran Johor
- Portal Rasmi: Yayasan Pelajaran Johor
Melalui platform-platform ini, anda boleh mendapatkan informasi terkini, panduan, serta sebarang pertanyaan berkenaan skim bantuan ini.