Yang Tahu Je Tahu Astro Drama

Pengenalan

Peminat drama Malaysia bakal disajikan dengan sebuah lagi karya hebat terbitan Kl Motion Picture, berjudul Yang Tahu Je Tahu.

Drama ini menjanjikan jalan cerita yang penuh dengan ketegangan dan emosi yang akan memukau penonton setiap minggu. Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 8 episod, drama ini diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Wan Hasliza Zainudin, bersama Rashidi Ishak.

Kerjasama dua pengarah berbakat ini diharapkan dapat menghasilkan sebuah karya yang bukan sahaja menarik dari segi plot. Tetapi juga mendalam dari segi pembangunan watak.

Yang Tahu Je Tahu akan disiarkan setiap Jumaat, pukul 8:30 malam di Astro Ria. Dan juga boleh ditonton secara dalam talian melalui Astro Go. Slot waktu tayangan yang strategik ini dijangka akan menarik ramai penonton yang menantikan kisah yang sarat dengan drama, konflik, dan misteri. Dengan gabungan barisan pelakon yang berbakat dan skrip yang mantap, drama ini pasti akan menjadi salah satu siri yang paling dinantikan pada penghujung tahun ini.

Info Drama

TAJUKYang Tahu Je Tahu
JUMLAH EPISOD8 Episod
SALURANAstro RIA / Astro GO
SLOT
TARIKH MULA TAYANGAN22 Disember 2023
WAKTU SIARANJumaat, 8:30 malam
SKRIP
ARAHANWan Hasliza Zainudin & Rashidi Ishak
TERBITANKl Motion Picture Sdn Bhd
PARA PELAKONAreef Amran, Arabella, Idan Aedan, Darien Aeldra, Wafiy Aan, Shania Hendriks, Zanith Zalikha, Asyiqeen Rozlan, Farhana Fahizam, Kim Azzim, Zack Aiman, Hawa Rizwana, Jenjooz, Elyana, Amyza Aznan, Rashidi Ishak, Idzham Ismail, Haeriyanto Hassan
Info Drama

Pelakon / Cast Yang Tahu Je Tahu

PelakonWatak
Areef AmranBorhan
ArabellaSafira
Idan AedanAdi
Darien AeldraMarzuki
Wafiy AanHarris
Shania HendriksElisa
Zanith ZalikhaKartina
Asyiqeen RozlanJannah
Farhana FahizamMurni
Kim AzzimHaikal
Zack AimanZamani
Hawa RizwanaHana
Jenjooz
Elyana
Amyza Aznan
Rashidi Ishak
Idzham Ismail
Haeriyanto Hassan
Senarai Pelakon Dan Watak

Tonton Online Yang Tahu Je Tahu

Anda boleh menonton semula drama ini menerusi platform rasmi dari Astro

Layari https://astrogo.astro.com.my/

Sinopsis Yang Tahu Je Tahu

Yang Tahu Je Tahu mengisahkan tentang cubaan bunuh diri oleh Borhan yang berusia 17 tahun. Yang sebenarnya hanyalah satu helah untuk menutupi jenayah yang dilakukan oleh rakan-rakannya. Dalam kejadian tersebut, seorang pelajar bernama Haris dituduh sebagai pelaku utama. Namun, pihak polis merasakan bahawa kes ini melibatkan lebih daripada seorang pesalah. Kekurangan bukti menjadi halangan utama dalam usaha pihak polis untuk mencari siapa lagi yang terlibat dalam jenayah ini.

Selain itu, janji setia di antara penjenayah tersebut untuk tidak menyerahkan nama satu sama lain menjadikan tugas polis semakin sukar. Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam usaha membongkar kebenaran di sebalik jenayah tersebut. Drama ini akan membawa penonton menyelami dunia remaja yang penuh dengan konflik dalaman, persahabatan, dan pengkhianatan.

Dengan jalan cerita yang penuh misteri dan barisan pelakon yang hebat ini pasti akan menjadi drama yang dinantikan oleh penonton. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ini bermula 22 Disember 2023, setiap Jumaat, pukul 8:30 malam di Astro Ria dan Astro Go. Saksikan sendiri konflik, rahsia, dan pengkhianatan yang bakal dibongkar dalam drama ini.

Kongsi artikel kami ini ke :