WiFi Sebelah Rumah Disney+ Hotstar

Utama \ hiburan \ WiFi Sebelah Rumah Disney+ Hotstar

Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri drama terbaru lakonan Zul Ariffin dan Ruhainies yang ditawarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar. Drama 16 episod ini bakal memulakan tayangan bermula pada 25 jun 2021 nanti. Diterbitkan oleh produksi OrangeTree Production dan hasil arahan dari pengarah Shuhaimi Zulkefli.

Untuk pelanggan astro, anda boleh melanggan pakej ini secara terus dengan Astro. Sila layari https://product.astro.com.my/apps/disney untuk maklumat yang lebih lanjut.

INFO DRAMA WIFI SEBELAH RUMAH

EPISOD : 16 Episod
SALURAN : Disney+ Hotstar
SKRIP : Nasir Sulaiman, Nana Khalil, Zyza Backy
ARAHAN : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN / PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PARA PELAKON : Zul Ariffin, Ruhainies, Keith Foo, Nurin Afiqah, Fadlan Hazim, Asha Zainul, Ridzuan Hashim, Fazlina Ahmad, Ziana Zain

PELAKON DAN WATAK

Zul Ariffin – Ghaz
Ruhainies – Mira
Keith Foo – Fizi
Nurin Afiqah – Shasha
Fadlan Hazim – Fendi
Asha Zainul – Zana
Ridzuan Hashim – Uncle Sam
Fazlina Ahmad Daud – Kathy

SINOPSIS DRAMA WIFI SEBELAH RUMAH

Ghaz sering berkunjung ke sebuah cafe yang tidak jauh dari rumahnya hanya untuk mendapatkan akses internet kerana cafe tersebut menyediakan perkhidmatan Wifi secara percuma kepada pelanggan.

Rutin itu mempertemukan dia dengan seorang gadis dan jirannya yang cantik. Mira berkongsi kata laluan WiFi miliknya. Ghaz telah jatuh cinta dengan gadis tersebut dan menempuhi pelbagai cabaran bagi mendapatkan cinta dari Mira.