Unifi 2024 : Panduan, Semak Unifi Di Kawasan Anda

Pengenalan

Unifi merupakan perkhidmatan internet / package / pakej yang masih relevan dan banyak digunakan di Malaysia pada tahun 2024 ini.

Dengan liputan yang luas dan kualiti perkhidmatan yang tinggi, Unifi telah menjadi tulang belakang / perkhidmatan internet utama rakyat Malaysia.

Unifi, yang dimiliki oleh Telekom Malaysia (TM), mula diperkenalkan pada tahun 2010 sebagai perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi. Sejak itu, ia telah melalui pelbagai transformasi dan penambahbaikan untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat saban tahun. Pada tahun 2024, Unifi menawarkan pelbagai pakej internet yang sesuai untuk pengguna individu, keluarga, dan perniagaan.

Kelebihan Unifi di Tahun 2024

Kelebihan Unifi di Tahun 2024
  1. Kelajuan dan Kestabilan
    • Unifi dikenali dengan kelajuan internet yang tinggi dan kestabilan sambungan yang konsisten. Ini penting bagi pengguna yang memerlukan sambungan internet untuk bekerja dari rumah, belajar secara dalam talian, atau menikmati hiburan digital.
  2. Liputan Luas
    • Dengan infrastruktur yang kukuh, Unifi mempunyai liputan yang meluas di seluruh negara, termasuk kawasan bandar dan luar bandar. Ini memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati akses kepada internet berkelajuan tinggi.
  3. Perkhidmatan Pelanggan yang Cemerlang
    • Unifi di tahun 2024 komited untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti. Mereka menawarkan sokongan teknikal yang efisien dan pelbagai saluran komunikasi untuk membantu pelanggan menyelesaikan sebarang isu yang dihadapi.
  4. Inovasi dan Teknologi Terkini
    • Unifi sentiasa berusaha untuk berada di barisan hadapan dalam penggunaan teknologi 2024 dan terkini. Ini termasuk pelaburan dalam teknologi fiber optik dan perkhidmatan internet gigabit yang menawarkan kelajuan lebih tinggi dan prestasi yang lebih baik.
  5. Kepuasan Pengguna
    • Berdasarkan data terkini, Unifi telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai sumber sebagai penyedia perkhidmatan internet terbaik di Malaysia dan dunia. Antara pencapaian yang menonjol adalah:
      • Penyedia Wi-Fi Terpantas di Malaysia: Mengikut Speedtest oleh Ookla, Unifi adalah penyedia Wi-Fi terpantas di Malaysia.
      • Kelajuan Muat Turun 5G Terpantas di Dunia: Berdasarkan OpenSignal, Unifi menawarkan kelajuan muat turun 5G terpantas di dunia.
      • Pelbagai Aplikasi Penstriman dan Saluran Premium: Unifi TV menawarkan pilihan terbesar aplikasi penstriman dan lebih 70 saluran premium.
      • Peranti Terkini untuk Seluruh Keluarga: Unifi menyediakan pelbagai peranti terkini yang sesuai untuk kegunaan semua ahli keluarga.

Senarai Pakej / Package Unifi (2024)

Untuk senarai pakej dan promosi terbaru bermula May 2024, unifi menawarkan 5 jenis plan kelajuan yang berbeza dengan pilihan harga yang berpatutan.

Kelajuan bermula dari :

Kelajuan / SpeedHarga / PriceHarga + Netflix
100MbpsRM89 / bulan (RM99)RM117 / bulan (RM127)
300MbpsRM139 / bulan (harga tetap + Netflix) (RM167)
500MbpsRM159 / bulan (RM209)RM198.90 / bulan (RM204)
1GbpsRM249 / bulan (RM289)RM288.90 / bulan (RM334)
2GbpsRM319 / bulanRM358.90 / bulan (RM364)
Senarai pakej (package) unifi 2024 terbaru

Soalan Lazim Pakej – Package Unifi 2024

Berapakah tempoh kempen ini?
Kempen ini bermula dari 13 Mei 2024 sehingga diberitahu kelak.
Siapakah yang layak untuk tawaran ini?
Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan baru berdasarkan pakej yang dipilih.
Kempen ini juga terbuka kepada pelanggan sedia ada yang menaik taraf pelan mereka dan yang telah memenuhi tempoh kontrak sedia ada dengan tawaran kempen Unifi yang lain.
Adakah saya akan terikat dengan sebarang kontrak jika saya melanggan kempen ini?
Ya, semua pelan Unifi Home datang dengan tempoh kontrak minimum selama 24 bulan.
Saya sudah mempunyai langganan Netflix. Bagaimana saya menghubungkannya dengan kelayakan Netflix di Unifi Home?
Jika anda sudah mempunyai langganan Netflix, anda perlu menghubungkan akaun Netflix sedia ada anda dengan Unifi TV Pack anda dengan menyerahkan kelayakan akaun Netflix anda. Netflix akan terus mengenakan bayaran kepada anda secara berasingan untuk langganan sedia ada sehingga ia dihubungkan dengan Unifi TV Pack anda. Jika langganan Netflix sedia ada anda dibilkan melalui Apple, anda perlu membatalkan sendiri susunan ini untuk mengelakkan dikenakan bayaran dua kali apabila anda mengaktifkan pelan Netflix di Unifi TV.
Saya mempunyai akaun Netflix sedia ada. Adakah saya akan mengekalkan sejarah tontonan saya dalam aplikasi apabila saya mengaktifkan akses melalui Unifi?
Ya, anda akan dapat mengekalkan sejarah tontonan jika alamat e-mel yang didaftarkan dengan Unifi adalah sama dengan akaun Netflix sedia ada anda. Ini kerana anda masih mengekalkan kelayakan log masuk anda.
Bolehkah anda beritahu saya lebih lanjut tentang Baucar Shopee RM100 Eksklusif Dalam Talian?
Jadilah antara 1,000 pelanggan pertama yang menerima baucar Shopee RM100 PERCUMA apabila anda melanggan pelan UniVerse baru di laman web Unifi atau aplikasi MyUnifi. Gunakan kod “universe” semasa daftar keluar! Tawaran ini hanya sah untuk pelan terpilih.
Soalan Lazim (FAQ) Kempen Unifi / unifi package 2024

Cara Semak Coverage Unifi 2024

Semakan melalui laman web rasmi UniFi

Untuk menyemak coverage Unifi menggunakan laman web rasmi yang disediakan oleh pihak Unifi, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah.

Sebelum anda melakukan semakan ini, perlu diingatkan bahawa pemeriksa liputan fiber unifi ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak menjamin ketersediaan perkhidmatan di alamat anda.

Bermakna dengan semakan ini hanya membantu anda bagi mengesahkan terdapat perkhidmatan Unifi di kawasan tersebut namun ia tidak menjaminkan anda boleh menggunakan perkhidmatan ini. Kebiasaanya ini terjadi jika port fiber unifi sudah habis digunakan oleh pengguna kawasan itu.

Layari – https://unifi.com.my/check-coverage

Semak Coverage Unifi 2024

    Pilih Fibre Broadband (Pilih Mobile jika anda mahu menyemak liputan rangkaian Unifi Mobile sahaja).

    Masukkan nama Taman / bangunan anda / kawasan anda dan tekan CHECK NOW.

    Paparan ketersediaan perkhidmatan unifi di kawasan anda akan dipaparkan dari pengkalan data terkini (2024) oleh pihak Unifi.

    Semak Coverage Unifi 2024

    Bantuan Semakan Dari Ejen Unifi

    Jika anda tidak dapat mengakses kepada perkhidmatan semakan unifi seperti di atas ini, anda boleh mendapatkan bantuan dari ejen yang boleh didapati dari papan iklan unifi atau dari sebarang iklan di internet.

    Ejen boleh membantu anda mendapatkan info coverage di kawasan anda dan seterusnya mengesahkan ketersediaan fiber / port di kawasan terdekat anda.

    Semak Dan Tinjau Kawasan Anda

    Selain dari di atas, anda juga boleh mencuba untuk menyemak sendiri kawasan taman perumahan atau bangunan anda.

    Semak talian fiber atau cari kotak TM Malaysia (Final Distributor Port – FDP) seperti di bawah.

    Jika di kawasan anda mempunyai ketiga kotak ini, anda boleh mendapatkan bantuan dari Unifi Authorised Reseller (Ejen Unifi) untuk mengetahui ketersediaan perkhidmatan (ketersediaan fiber port).

    Jangan lupa untuk mencatat nombor tiang dan nombor pada kotak ini untuk diberikan kepada Ejen Unifi yang anda hubungi. Ini bagi memudahkan mereka menyemak perkhidmatan di kawasan itu.

    Cara Semak Kod Kawasan Unifi

    Jika anda memerlukan bantuan dari Unifi sama ada anda menghubungi talian 100 atau anda LIVE chat, kebiasaannya anda akan diminta memberikan Kod Kawasan Unifi bagi proses semakan.

    Bagaimana cara bagi mendapatkan kod kawasan ini?

    Berikut merupakan jadual bagi senarai Kod Kawasan Unifi dan lokasi.

    Kod KawasanLokasi
    03Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Genting Highlands (Pahang)
    04Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan Utara Perak
    05Perak dan Cameron Highlands (Pahang)
    06Negeri Sembilan, Melaka, dan Muar (Johor)
    07Johor (selain Muar)
    09Kelantan, Terengganu, Pahang (selain Cameron Highlands dan Genting Highlands)
    08X: Sabah dan Sarawak
    082Kuching
    083Kota Samarahan
    084Sibu
    085Miri
    086Bintulu
    087Labuan
    088Kota Kinabalu
    089Sandakan, Lahad Datu, Tawau
    Kod Kawasan telefon TM bagi seluruh negeri

    Penerangan Kepada Kod Kawasan Unifi 2024

    1. 03 – Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Genting Highlands (Pahang):
      • Meliputi kawasan metropolitan utama di Malaysia termasuk ibu kota Kuala Lumpur, bandar-bandar utama di Selangor seperti Petaling Jaya dan Shah Alam, serta pusat pentadbiran Putrajaya.
    2. 04 – Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan Utara Perak:
      • Meliputi kawasan-kawasan di utara semenanjung Malaysia termasuk bandar seperti Alor Setar, Kangar, George Town, dan Taiping.
    3. 05 – Perak dan Cameron Highlands (Pahang):
      • Merangkumi bandar-bandar di Perak seperti Ipoh, Teluk Intan, dan kawasan peranginan Cameron Highlands di Pahang.
    4. 06 – Negeri Sembilan, Melaka, dan Muar (Johor):
      • Meliputi bandar-bandar utama seperti Seremban di Negeri Sembilan, Melaka Tengah di Melaka, dan Muar di Johor.
    5. 07 – Johor (selain Muar):
      • Merangkumi bandar-bandar utama di Johor seperti Johor Bahru, Batu Pahat, dan Kluang.
    6. 08X – Sabah dan Sarawak:
      • 082 – Kuching: Meliputi ibu negeri Sarawak.
      • 083 – Kota Samarahan: Meliputi kawasan Kota Samarahan.
      • 084 – Sibu: Meliputi kawasan Sibu.
      • 085 – Miri: Meliputi kawasan Miri.
      • 086 – Bintulu: Meliputi kawasan Bintulu.
      • 087 – Labuan: Meliputi Wilayah Persekutuan Labuan.
      • 088 – Kota Kinabalu: Meliputi ibu negeri Sabah.
      • 089 – Sandakan, Lahad Datu, Tawau: Meliputi kawasan-kawasan utama di timur Sabah.
    7. 09 – Kelantan, Terengganu, Pahang (selain Cameron Highlands dan Genting Highlands):
      • Meliputi bandar-bandar utama di pantai timur Malaysia seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu, dan Kuantan.

    Senarai di atas merupakan panduan untuk kod kawasan telefon di Malaysia dan mungkin berguna untuk pelbagai tujuan, termasuk mengenal pasti kawasan liputan perkhidmatan telekomunikasi seperti Unifi.

    Kongsi artikel kami ini ke :