Tol Free Deepavali 2024 Mula 29 – 30 Oktober

Pengenalan

Kerajaan Malaysia mengumumkan tol free sempena perayaan Deepavali 2024. Selaras dengan inisiatif untuk meringankan beban rakyat dan menggalakkan perpaduan melalui pelbagai bantuan khusus pada musim perayaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menyatakan bahawa inisiatif ini diambil untuk memudahkan perjalanan. Seterusnya mengurangkan kos bagi warga yang melakukan perjalanan jauh dalam tempoh cuti perayaan.

Di samping itu, ia memberi peluang kepada masyarakat untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih baik. Disamping mengelakkan kesesakan, dan menikmati perjalanan yang lebih selesa di sepanjang lebuh raya negara.

Kenyataan Rasmi Tol Free Deepavali 2024

Tarikh Mula Tol Free Deepavali 2024

Tol percuma akan bermula pada 29 Oktober 2024 tepat jam 12:01 tengah malam dan berakhir pada 30 Oktober 2024 jam 11:59 malam.

Tarikh Mula Tol Free Deepavali 2024

Tempoh ini meliputi dua hari, memberikan kelonggaran kepada pengguna untuk memilih masa perjalanan yang terbaik.

Berdasarkan pengalaman lalu, kerajaan memilih tarikh ini kerana ia membantu mengagihkan trafik secara lebih efisien. Jumlah kenderaan dijangka meningkat secara drastik, dengan anggaran 11.8 juta kenderaan menggunakan lebuh raya sepanjang tempoh ini.

Kenderaan Yang Layak Tol Free Deepavali 2024

Pengecualian tol sempena Deepavali 2024 hanya diberikan kepada kenderaan Kelas 1 iaitu kenderaan persendirian, di semua plaza tol lebuh raya utama di Malaysia. Namun, terdapat pengecualian untuk plaza tol tertentu di sempadan negara; pengecualian ini tidak meliputi:

  • Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Johor
  • Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Johor

Langkah ini bertujuan memfokuskan bantuan kepada kenderaan persendirian yang lazimnya digunakan oleh pengguna yang pulang bercuti atau beraya.

Petikan dari pengumuman rasmi Kementerian Kerja Raya iaitu Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Pengecualian tol hanya diberi kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor.

Pemberian tol percuma ini adalah selaras teras utama kerajaan Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat, di samping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Tol Free Deepavali 2024 ini bukan sahaja meringankan beban rakyat dari segi kewangan tetapi juga selari dengan hasrat kerajaan dalam memupuk perpaduan masyarakat. Tambahan pula, ia mengurangkan tekanan lalu lintas pada hari-hari sibuk perayaan, dengan menjadikan perjalanan lebih teratur dan selamat. Inisiatif ini mengekalkan tradisi pengecualian tol yang telah beberapa kali dilaksanakan pada perayaan utama seperti Aidilfitri dan Tahun Baru Cina, sejajar dengan pendekatan kerajaan untuk menyokong rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Secara keseluruhannya, tol percuma ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kewangan tetapi turut meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, di samping memberi peluang untuk merancang perjalanan yang selamat dan mudah.

Kongsi artikel kami ini ke :