Pengenalan
Dalam dunia pendidikan, takwim sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam merancang dan mengatur sesi pembelajaran setiap tahun. Bagi takwim sekolah tahun 2025 dan 2026, Telah disusun dengan teliti untuk memastikan bahawa setiap pelajar mendapat peluang yang optimum untuk belajar dan berkembang. Takwim sekolah 2025 ini bukan sahaja merangkumi tarikh penting seperti permulaan dan penutupan sesi persekolahan. Ianya juga tercatat hari cuti umum, cuti sekolah, serta aktiviti-aktiviti penting yang akan dilaksanakan sepanjang tahun. Dengan memahami takwim ini, ibu bapa dan pelajar dapat merancang aktiviti harian dan cuti dengan lebih efektif, sekaligus memastikan mereka tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran.
Untuk memudahkan akses kepada maklumat ini, artikel ini akan menyediakan pautan untuk memuat turun takwim sekolah dalam format PDF. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentang penggal persekolahan dan jadual yang berkaitan. Artikel ini bertujuan untuk membantu semua pihak, termasuk pelajar, ibu bapa, dan guru, dalam merancang tahun akademik yang lebih teratur dan berkesan.
Takwim Sekolah 2025 / 2026 KPM
Kumpulan A
Kumpulan A merangkumi kesemua sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Penggal | Mula Persekolahan | Akhir Persekolahan | Jumlah Hari | Jumlah Minggu |
---|---|---|---|---|
1 | 16.02.2025 | 28.02.2025 | 10 | 15 |
01.03.2025 | 31.03.2025 | 20 | ||
01.04.2025 | 30.04.2025 | 19 | ||
01.05.2025 | 28.05.2025 | 18 | ||
Jumlah Hari | 67 | |||
Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026 (29.05.2025 – 09.06.2025) | ||||
2 | 10.06.2025 | 30.06.2025 | 15 | 14 |
01.07.2025 | 31.07.2025 | 23 | ||
01.08.2025 | 31.08.2025 | 20 | ||
01.09.2025 | 11.09.2025 | 9 | ||
Jumlah Hari | 67 | |||
Cuti Penggal 2, Sesi 2025/2026 (12.09.2025 – 20.09.2025) | ||||
3 | 21.09.2025 | 30.09.2025 | 8 | 13 |
01.10.2025 | 31.10.2025 | 19 | ||
01.11.2025 | 30.11.2025 | 21 | ||
01.12.2025 | 18.12.2025 | 14 | ||
Jumlah Hari | 62 | |||
Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026 (19.12.2025 – 10.01.2026) |
Kumpulan B
Kumpulan B merangkumi kesemua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Penggal | Mula Persekolahan | Akhir Persekolahan | Jumlah Hari | Jumlah Minggu |
---|---|---|---|---|
1 | 17.02.2025 | 28.02.2025 | 10 | 15 |
01.03.2025 | 31.03.2025 | 20 | ||
01.04.2025 | 30.04.2025 | 18 | ||
01.05.2025 | 28.05.2025 | 18 | ||
Jumlah Hari | 66 | |||
Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026 (29.05.2025 – 09.06.2025) | ||||
2 | 10.06.2025 | 30.06.2025 | 14 | 14 |
01.07.2025 | 31.07.2025 | 23 | ||
01.08.2025 | 31.08.2025 | 21 | ||
01.09.2025 | 12.09.2025 | 8 | ||
Jumlah Hari | 66 | |||
Cuti Penggal 2, Sesi 2025/2026 (13.09.2025 – 21.09.2025) | ||||
3 | 22.09.2025 | 30.09.2025 | 7 | 13 |
01.10.2025 | 31.10.2025 | 20 | ||
01.11.2025 | 30.11.2025 | 20 | ||
01.12.2025 | 19.12.2025 | 15 | ||
Jumlah Hari | 62 | |||
Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026 (20.12.2025 – 11.01.2026) |
Cuti Sekolah Bagi Perayaan 2025 / 2026
Cuti Perayaan | Kumpulan A | Kumpulan B | Catatan |
---|---|---|---|
Hari Raya Aidilfitri 31.03.2025 (Isnin) dan 01.04.2025 (Selasa) | 30.03.2025 (Ahad) | 02.04.2025 (Rabu) | Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B |
02.04.2025 (Rabu) | 03.04.2025 (Khamis) | ||
03.04.2025 (Khamis) | 04.04.2025 (Jumaat) | ||
Hari Deepavali 20.10.2025 (Isnin) (kecuali Negeri Sarawak) | 19.10.2025 (Ahad) dan 21.10.2025 (Selasa) | 21.10.2025 (Selasa) dan 22.10.2025 (Rabu) | Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B |
20.10.2025 (Isnin) – Negeri Sarawak sahaja | Satu (1) Hari Cuti Peruntukan KPM |
Catatan
KUMPULAN A:
Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
KUMPULAN B:
Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Perayaan Tahun Baru Cina 2025: 29 & 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024/2025)
- Pesta Kaamatan (Sabah & Labuan sahaja): 30 & 31 Mei 2025 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
- Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 1 & 2 Jun 2025 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
- Hari Krismas: 25 Disember 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026)
Download PDF Takwim Sekolah 2025
Untuk memuat turun fail PDF Takwim Sekolah 2025, sila tekan butang di bawah ini.
Berikut merupakan isi kandungan pdf.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai jadual persekolahan sesi 2025/2026, termasuk tarikh penggal, cuti perayaan, dan panduan terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia, anda boleh melayari laman rasmi kementerian atau portal pendidikan yang berkaitan. Pautan seperti ini sering menyediakan maklumat tambahan dan dokumen dalam format PDF untuk rujukan yang mudah.
Laman web Rasmi
https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik
Facebook Rasmi