Sumbangan Tunai Rahmah 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) merupakan salah satu inisiatif utama kerajaan untuk meringankan kos sara hidup. Dan membantu golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Bantuan ini disasarkan kepada isi rumah yang benar-benar memerlukan. Ianya bagi memastikan kesejahteraan ekonomi rakyat terus terpelihara dalam menghadapi cabaran kos kehidupan yang semakin meningkat.
Pada belanjawan tahun 2025, kerajaan telah bertekad untuk mempertingkatkan STR dengan lebih banyak penambahbaikan melalui peruntukan Belanjawan 2025. Kementerian Kewangan memperuntukan sebanyak RM13 bilion, jumlah ini nampaknya meningkat (RM10 bilion pada tahun 2024). Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan bantuan ini sampai kepada golongan yang layak. Serta berpotensi untuk memberi impak positif dalam kehidupan mereka.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan memberikan manfaat besar kepada rakyat yang memerlukan. Sebanyak 5.4 juta penerima STR dalam kategori isi rumah akan menerima SARA sehingga RM100 setiap bulan. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKAD penerima, bermula pada April 2025, untuk memudahkan proses penerimaan bantuan.
Selain itu, kadar bantuan STR bagi kategori bujang juga telah ditingkatkan kepada RM600. Ini memberikan lebih sokongan kepada golongan bujang yang layak. Bagi isi rumah, kadar maksimum yang boleh diterima kini meningkat kepada RM4,600.
Inisiatif ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada penerima, malah turut mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat. Langkah ini membuktikan bahawa STR bukan sekadar bantuan kewangan. Tetapi satu usaha berterusan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan lebih mampan dan inklusif.
Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah / STR 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 ialah program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Dalam usaha meringankan beban kos hidup rakyat, khususnya golongan B40 dan M40. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada rangka Bantuan Rahmah yang menyasarkan mereka yang benar-benar memerlukan sokongan kewangan bagi meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.
Program STR ini meneruskan tradisi bantuan tunai kerajaan sebelum ini, seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), tetapi dengan penambahbaikan yang lebih menyeluruh. Tujuan utamanya adalah memastikan bantuan disalurkan dengan lebih tepat kepada kumpulan sasar yang paling terkesan oleh cabaran ekonomi semasa.
Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kesan pasca pandemik, dan ketidakstabilan ekonomi global. STR 2025 hadir sebagai salah satu langkah kerajaan untuk mengurangkan kesan ini serta membantu isi rumah menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
STR 2025 menawarkan bantuan tunai secara one-off kepada individu dan keluarga yang layak, di mana jumlah bantuan yang diberikan berbeza mengikut kategori penerima. Ini bertujuan memberi keadilan dalam pengagihan bantuan agar memenuhi keperluan khusus setiap golongan penerima.
Sebagai bukti komitmen kerajaan, peruntukan STR pada tahun 2025 dinaikkan kepada RM13 bilion, peningkatan ketara berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya. Ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah disalurkan melalui program ini.
Peningkatan STR bersama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini dijangka memberi manfaat kepada 9 juta penerima, merangkumi 60 peratus penduduk dewasa negara. Inisiatif ini sekali lagi menegaskan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terbela.
Syarat Kelayakan Permohonan STR 2025
Perlu diingatkan juga yang bahawa individu bujang berusia 21 tahun ke atas. Termasuklah mereka yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas, yang masih meneruskan pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya layak disenaraikan sebagai anak atau tanggungan dalam permohonan isi rumah.
Golongan ini tidak dibenarkan membuat permohonan secara individu di bawah kategori bujang. Sesuai dengan ketetapan program bantuan ini yang menitikberatkan keadilan dalam pengagihan kepada setiap penerima yang layak.
Kategori | Syarat Kelayakan |
---|---|
Isi Rumah | Berkahwin; atau |
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat | |
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah | |
Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat |
Had umur adalah 60 tahun dan ke atas | |
Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah | |
Bujang | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat |
Had umur adalah 21-59 tahun | |
Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas | |
Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa | |
Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah |
Permohonan STR 2025
Cara Permohonan Sumbangan STR 2025
Jika sebelum ini anda merupakan seorang penerima STR 2024, maka anda tidak perlu menghantar semula permohonan.
Berikut merupakan individu yang perlu menghantar permohonan baru untuk Sumbangan Tunai Rahmah STR 2025 ini.
- Pemohon yang tidak mempunyai rekod dalam sistem STR 2024, dan juga
- Pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 ke bawah, atau
- Pendapatan RM2,500 ke bawah untuk individu bujang, tiada pasangan, atau tiada anak yang memenuhi syarat kelayakan.
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 ini mempunyai dua cara sahaja.
Sama ada memohon secara online melalui portal rasmi STR 2025, atau berkunjung ke kaunter pejabat HASiL untuk menyerahkan borang secara manual.
Permohonan Secara Online – Anda boleh mengakses Portal STR 2025 melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my. Pastikan anda sudah berdaftar untuk log masuk ke portal ini, bagi yang sudah berdaftar sebelum ini anda tidak perlu mendaftar semula.
Permohonan Manual – Bagi yang lebih selesa membuat permohonan secara fizikal, anda boleh menghantar borang permohonan terus ke pejabat HASiL yang berhampiran dengan anda.
Borang Permohonan Manual STR 2025
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma sama ada menerusi portal rasmi STR (muat turun borang) atau di semua pejabat HASiL yang berdekatan. Anda hanya perlu hadir ke pejabat HASiL untuk mendapatkan borang ini tanpa sebarang bayaran.
Anda juga boleh muat turun borang BK-01 ini menerusi pautan di bawah. Sila tekan butang di bawah untuk download borang BK-01 dalam format PDF.
Senarai Dokumen Permohonan STR 2025
Dokumen Sokongan | Jenis Dokumen |
---|---|
Pemohon | Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN |
Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN | |
Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN | |
Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah | |
Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2025 | |
Pasangan | Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan |
Anak (Anak Kandung) | Salinan Sijil Lahir |
Salinan MyKad / MyKid | |
Anak (Anak Angkat) | Salinan MyKad / MyKid |
Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN | |
Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) | Borang ini perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan ke Pejabat LHDNM atau dimuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian. Muat turun borang BK-04 |
Tarikh Tutup Permohonan STR 2025
Permohonan Fasa 1 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 akan ditutup pada 30 November 2024. Untuk memastikan kelayakan menerima STR Fasa 1, pemohon yang memenuhi syarat perlu menghantar permohonan sebelum tarikh akhir ini. Permohonan yang lewat mungkin tidak diproses dalam fasa pertama, jadi pastikan semua maklumat dihantar dengan lengkap sebelum tarikh tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah.
Namun, bagi yang terlepas permohonan Fasa 1, usah risau kerana permohonan untuk fasa-fasa berikutnya akan terus dibuka sepanjang tahun bermula dari 19 Oktober 2024.
Ini memberi peluang kepada pemohon yang layak untuk mendapatkan bantuan dalam fasa yang seterusnya. Kerajaan komited untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan, dan pemohon digalakkan untuk sentiasa memantau tarikh penting serta menyediakan dokumen yang diperlukan bagi kelancaran proses permohonan.
Kemaskini Permohonan STR 2025
Sekiranya anda adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan belum pernah mengemaskini data peribadi dalam portal MySTR. Anda disarankan untuk melakukannya jika tempoh kemaskini anda sudah mencapai tiga tahun berturut-turut tanpa sebarang perubahan.
Kemaskini ini penting bagi memastikan semua maklumat anda sentiasa tepat dan terkini. Sekali gus mengelakkan sebarang masalah atau kesulitan di masa hadapan.
Jumlah Bayaran STR 2025
Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut :-
Selain itu, penerima STR 2025 yang layak untuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mendapat tambahan RM100 sebulan untuk Kategori Isi Rumah. Bagi kategori Warga Emas Tiada Pasangan, tambahan sebanyak RM50 sebulan akan diberikan. Bantuan ini akan diterima selama 9 bulan berturut-turut.
Berikut merupakan jadual Bantuan Sumbangan Asas Rahmah :-
Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah
Jika anda masih tidak mendapatkan maklumat yang anda inginkan menerusi artikel ini, anda boleh meneruskan dengan bacaan FAQ rasmi dari portal MySTR. Sila muat turun PDF menerusi pautan di bawah ini.
Soalan Lazim (Permohonan) menyasarkan permasalahan atau persoalan bagi menghantar permohonan anda menerusi portal MySTR atau secara manual ke kaunter HASiL.
Soalan Lazim (STR 2025) pula menjawab persoalan anda mengenai Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2025. Ia merangkumi persoalan kelayakan, tarikh buka permohonan, dan jumlah bayaran yang akan diterima.
Soalan Lazim (Portal MySTR) pula akan menjelaskan cara daftar,log masuk ke portal MySTR. Atau lebih dengan kata mudah lagi adalah tatacara penggunaan portal MySTR.
Soalan Lazim (Semakan Status STR) menjelaskan tatacara semakan status permohonan anda dan juga sebab kenapa permohonan anda lulus, ditolak atau tidak lulus.
Soalan Lazim (Permohonan) – SOALAN LAZIM (FAQ) PERMOHONAN STR 2025.pdf
Soalan Lazim (STR 2025) – SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2025.pdf
Soalan Lazim (Portal MySTR) – SOALAN LAZIM (FAQ) MYSTR 2025.pdf
Soalan Lazim (Semakan Status) – FAQ SEMAKAN STATUS STR 2025.pdf
Maklumat Lanjut
Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
- Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.