SISM40 : Skim Internet Bersubsidi Selangor Mula Dibuka 1 Julai

Utama \ info \ SISM40 : Skim Internet Bersubsidi Selangor Mula Dibuka 1 Julai

Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama dari syarikat terbesar rangkaian nombor 1 negara, TM akan menyediakan pelan rancangan internet bersubsidi bagi rakyat dalam kumpulan M40. Ia diberi nama sebagai SISM40 singkatan dari Skim Internet Selangor M40.

Skim ini menawarkan subsidi bulanan antara RM10-30 untuk langganan jalur lebar selama 12 bulan. Ini bakal memberikan penjimatan isi rumah golongan M40 sehingga hampir RM360 dalam setahun.

Skim ini terbuka kepada pelanggan baru sahaja. Untuk pelanggan sedia ada, terdapat syarat yang ditetapkan.

Kerajaan Negeri Selangor melalui MBI akan menawarkan Skim Internet Selangor khusus bagi golongan M40. Inisiatif yang pertama kali dilaksanakan bersama syarikat swasta negara iaitu Telekom Malaysia akan memperuntukkan subsidi internet khusus kepada rakyat negeri Selangor.

Melalui inisiatif ini terdapat 8 pakej yang ditawarkan iaitu Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas. Melalui langganan pakej-pakej tersebut, setiap isi rumah akan berpeluang menikmati subsidi di antara RM 10 – RM 30 sebulan dalam tempoh setahun.

SISM40 ini dibuka kepada rakyat Selangor bermula Julai 2021. Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan semua 56 Pejabat Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri Selangor dalam usaha memastikan dan mendapatkan seramai mungkin peserta-peserta yang layak untuk bantuan M40 yang telah dikategorikan dalam pakej ini. ~ Y.A.B DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI

SISM40

Apakah Syarat Bagi Memohon Skim SISM40?

Bagi memohon skim ini, terdapat beberapa syarat kelayakan.

  1. Anda merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  2. Berpendapatan isi rumah antara RM4800 sehingga RM11000.
  3. Jika ada merupakan seorang pelanggan sedia ada UniFi, anda tidak layak memohon skim ini namun anda layak jika anda adalah pelanggan sedia ada yang menggunakan plan Unifi Lite atau Streamyx.

Pakej Yang Ditawarkan Dalam Skim SISM40.

Skim ini keseluruhan mengandungi 8 jenis pelan. Ia terbahagi kepada 3 bahagian pakej iaitu Keluarga, Bujang dan Asas.

Pakej Keluarga.
Pakej Keluarga SISM40
Pakej Bujang.

Pakej Bujang SISM40

Pakej Asas.

SISM40 Pakej Asas

Cara Memohon / Mendaftar Skim SISM40.

  1. Anda boleh melayari sesawang rasmi Skim ini di alamat https://www.sism40.com.my
  2. Menghubungi talian bantuan  di 03-5030 4595/4596 (waktu pejabat sahaja)
  3. Menghadirkan diri di 56 buah pejabat DUN negeri Selangor
  4. Anda juga boleh menghantar email kepada [email protected]

Semakan Permohonan.

Layari sesawang dia pautan https://sism40.com.my/tetamu/semakan dan masukkan nombor pengenalan anda.

Tarikh Untuk Mula Mohon SISM40?

Skim ini akan dibuka selama 1 tahun sahaja iaitu bermula dari 1 julai 2021 sehingga 30 jun 2022. Manakala pendaftaran permulaan untuk skim ini akan dibuka bermula dari 1 Julai hingga 31 Disember 2021.

SOALAN LAZIM

Apakah itu SISM40?

SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 merupakan pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM)

Pakej ini menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun.

Pakej ini terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.

Siapa Yang Layak Memohon?

Permohonan SISM40 adalah terbuka untuk:

Semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya lima (5) tahun ke atas
Berumur 18 tahun dan ke atas
Tidak disenarai HITAM oleh mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi
Pakej ini adalah untuk langganan baharu sahaja dan TIDAK SAH untuk pelanggan jalur lebar unifi Home sedia ada (dalam kontrak)
Satu (1) isi rumah layak memohon satu (1) pakej sahaja
Bagaimanapun, pelanggan unifi Lite (streamyx) sedia ada boleh memohon pakej ini
Khusus untuk kumpulan M40 (Pendapatan isi rumah RM4,851 – RM10,970)

Adakah Saya Perlu Membuat Pembayaran Pendahuluan?

Ya, terdapat caj bayaran pendahulan untuk perkhidmatan jalur lebar unifi Home sebanyak RM100.

Bayaran pendahuluan perlu dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan. Pelanggan akan dimaklumkan mengenai pembayaran yang telah dibuat melalui SMS dan akan dipaparkan dalam bil mereka yang berikutnya.

Sementara itu, bayaran pendahuluan untuk pelan mudah alih perlu dibuat semasa pendaftaran (untuk nombor baharu) dan tiada caj bagi pengekalan nombor sedia ada (Mobile Number Portalibity – MNP).


Adakah Saya Akan Terikat Dengan Kontrak?

Ya, anda akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan.

Sekiranya anda memilih untuk menamatkan langganan pelan jalur lebar sebelum tempoh kontrak selama 24 bulan berakhir, bayaran penalti sebagai tambahan kepada baki bulan akan dikenakan.

Namun, tiada sebarang kontrak dikenakan bagi pelan mudah alih.

Bagaiman Jika Saya Mempunyai Pertanyaan Dan Bantuan?

Anda boleh menghubungi kami melalui saluran digital TM seperti:

  1. Sembang Langsung di https://unifi.com.my/chat/index.html atau melalui aplikasi myunifi
  2. Komuniti di https://community.unifi.com.my/
  3. Facebook di https://www.facebook.com/weareunifi/
  4. Twitter di @helpmeunifi
  5. Cawangan TMpoint yang terdekat