Semakan Keluar Negara : Panduan Lengkap & Sebab Disenarai Hitam

Pengenalan

Adakah anda sedang merancang untuk pergi ke luar negara? Sangat penting untuk membuat semakan keluar negara terlebih dahulu. Langkah ini memastikan bahawa nama anda tidak mempunyai sebarang halangan yang boleh menghalang perjalanan anda.

Terdapat banyak kes di mana individu telah membeli tiket penerbangan. Dan mereka merancang perjalanan mereka dengan teliti, tetapi malangnya tidak dapat berangkat kerana nama mereka disenarai hitam atas pelbagai sebab.

Dengan membuat semakan awal, anda boleh mengelakkan sebarang masalah dan memastikan perjalanan anda berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Sebab Disenarai Hitam Keluar Negara

Terdapat pelbagai sebab nama seseorang individu boleh disenarai hitam oleh pihak Imigresen daripada ke luar negara, antaranya:

  1. Arahan Mahkamah:
    – Disebabkan oleh jenayah dan seumpamanya.
  2. Culas dalam Tanggungjawab:
    – Individu yang mengelak dari tanggungjawab tertentu juga boleh dikenakan larangan ke luar negara.
  3. Tunggakan Cukai:
    – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyatakan sekatan perjalanan dikenakan sebagai tindakan terakhir jika pembayar cukai gagal membayar baki cukai tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis.
  4. Penyelesaian Tunggakan Cukai:
    – Jika nama anda disenarai hitam akibat masalah pembayaran cukai, anda diminta untuk:
    * Membuat bayaran cukai tertunggak.
    * Menghubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai untuk membuat rundingan bayaran ansuran.
  5. Pinjaman PTPTN:
    – Peminjam PTPTN yang culas membayar balik pinjaman juga boleh disenarai hitam daripada ke luar negara.

    Ini bagi membolehkan anda meneruskan perjalanan ke luar negara tanpa halangan.

    Cara Semakan Keluar Negara Secara Online

    Sistem Semakan Keluar Negara Imigresen Malaysia

    Semakan status keluar negara boleh dilakukan secara dalam talian melalui Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia. Anda boleh mengakses halaman semakan ini menggunakan peranti mudah alih dengan sambungan internet.

    Untuk membuat semakan ini sila layari laman web :-

    https://sspi.imi.gov.my/sspi/index.php?page=sspi/bm

    Langkah-langkah untuk membuat semakan adalah seperti berikut:

    1. Masukkan nombor kad pengenalan.
    2. Klik butang “Semak”.
    3. Hasil semakan akan dipaparkan.

    Laman web ini memudahkan warganegara Malaysia menyemak status dokumen perjalanan dan status kelulusan untuk ke luar negara. Untuk kemasukan ke Sabah dan Sarawak, ia tertakluk kepada undang-undang kerajaan negeri masing-masing.

    Maklumat Lanjut

    Jika anda menghadapi masalah dengan pembayaran cukai, anda boleh mendapatkan bantuan melalui beberapa saluran berikut:

    1. Hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (untuk luar negara).
    2. Gunakan HASiL Live Chat.
    3. Isi Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL.

    Jika anda mempunyai masalah dengan pembayaran balik pinjaman PTPTN, anda boleh menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 untuk mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut.

    Kongsi artikel kami ini ke :