Pengenalan
Semakan Pemilik Kenderaan – Dalam era digital yang semakin berkembang pesat ini, pelbagai urusan harian kita menjadi lebih mudah dengan kemudahan teknologi dalam talian.
Salah satu kemudahan yang semakin mendapat perhatian ialah kemampuan untuk menyemak pemilik kenderaan melalui nombor plat secara dalam talian.
Sebelum ini, proses ini memerlukan individu untuk berkunjung ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau agensi berkaitan dan menunggu lama.
Namun, dengan perkembangan teknologi dan internet, maklumat yang diperlukan kini boleh diperoleh hanya dengan beberapa klik sahaja.
Kemudahan menyemak pemilik kenderaan secara dalam talian ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pengguna.
Baca Juga : Senarai Lokasi Dan Alamat JPJ Seluruh Malaysia
Bagi mereka yang ingin membeli kenderaan terpakai, contohnya, maklumat mengenai pemilik asal boleh menjadi penentu penting dalam membuat keputusan pembelian.
Selain itu, ia juga membantu dalam pelbagai situasi lain seperti menyelesaikan kes kemalangan. Melaporkan kenderaan hilang, atau sekadar ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai kenderaan yang dilihat di jalan raya.
Tujuan Semakan Pemilik No Kenderaan
Terkadang, ramai yang berdepan dengan pelbagai masalah secara tiba-tiba tanpa disangka dan memerlukan maklumat tentang kenderaan tertentu dengan kadar segera. Situasi-situasi tersebut biasanya termasuk:
- Semak laporan kecurian: Apabila seseorang menyedari kenderaannya hilang atau dicuri, adalah penting untuk segera menyemak laporan kecurian bagi memastikan tindakan lanjut boleh diambil dengan pantas.
- Total lost kenderaan: Dalam kes kemalangan teruk di mana kenderaan mengalami kerosakan menyeluruh atau “total lost,” pemilik kenderaan perlu mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut untuk proses tuntutan insurans.
- Semak % NCD kenderaan: No Claim Discount (NCD) atau diskaun tanpa tuntutan merupakan faktor penting dalam menentukan kadar premium insurans. Menyemak % NCD kenderaan membantu pemilik mengetahui jumlah diskaun yang layak mereka terima.
- Semak harga semasa kenderaan: Sebelum membeli atau menjual kenderaan, mengetahui harga pasaran semasa adalah penting untuk memastikan transaksi yang adil dan berbaloi.
- Untuk cover note insurans: Cover note insurans adalah dokumen sementara yang membuktikan kenderaan telah diinsuranskan. Semakan segera diperlukan apabila ingin mendapatkan atau memperbaharui cover note insurans kenderaan.
Dengan adanya kemudahan menyemak maklumat kenderaan secara dalam talian, pengguna dapat menangani situasi-situasi ini dengan lebih efisien dan berkesan.
Cara Semakan Pemilik Kenderaan Dari No Plat
Terdapat beberapa cara untuk melakukan semakan pemilik no kenderaan. Antaranya adalah :
- Membuat laporan Polis tentang kesalahan trafik ke atas diri anda yang membabitkan pihak ketiga. Pihak Polis mempunyai pengkalan data yang boleh menyemak pemilik kenderaan berdasarkan nombor plat kenderaan.
- Menggunakan sistem online Myeg. Namun cara ini mungkin sudah tidak boleh digunapakai lagi kerana sistem yang ada sudah di ubah pautan kepada MySaman PDRM.
- Menggunakan sistem online MyCarInfo. Sistem ini masih boleh digunapakai setakat ini namun penggunaan sistem ini adalah berbayar. Setakat artikel ini ditulis mereka mengenakan cas sebanyak RM6 sahaja bagi transaksi 1 plat kenderaan.
Semakan Pemilik Kenderaan Menggunakan MyCarInfo
Bagi menggunakan portal ini, anda tidak perlu berdaftar sebagai pengguna jika hanya mahu menggunakan Pelan Asas kerana ianya hanya Percuma sahaja. Namun sebaiknya anda terus mendaftar di laman web ini jika mahu menggunakan fungsi berbayar.
Pendaftaran MyCarInfo
Pendaftaran portal ini cukup mudah. Anda boleh layari pautan di bawah dan mendaftar.
https://www.mycarinfo.com.my/Account/Register
Dan isikan kesemua maklumat yang diminta seperti gambar di bawah. Pastikan anda memasukkan alamat E-Mel yang betul bagi mengelakkan kegagalan menerima pengesahan akaun anda nanti.
Untuk password, anda perlu menggunakan password yang berformat seperti :
Farizmy123@
MyCarInfo menetapkan password perlu mempunyai paling kurang 8 perkataan dan mempunyai sekurangnya 1 nombor dan 1 simbol (!@#$%^&*).
Sebaik sahaja anda meneka butang REGISTER, Anda akan menerima satu E-mel pengesahan dari MyCarInfo. Sila semak E-mel anda dan klik pada pautan pengesahan yang diberi oleh MyCarInfo.
Selepas anda berjaya membuat pengesahan E-Mel, anda boleh terus Log masuk ke akaun pengguna anda di :
https://www.mycarinfo.com.my/Account/Login
Masukkan alamat E-Mel dan kata laluan yang sudah anda tetapkan semasa pendaftaran sebentar tadi.
Semakan Pemilik No Kenderaan
Untuk melakukan semakan mengguna sistem MyCarInfo ini, seperti yang diberitahu sistem ini merupakan sistem berbayar bagi setiap servis yang dibekalkan.
Pastikan anda mempunyai baki credit yang mencukupi di dalam akaun MyCarInfo untuk mencari pemilik kenderaan yang anda mahu.
Sila layari ke pautan berikut untuk melakukan semakan.
https://www.mycarinfo.com.my/ISearch
Selepas itu semakan dan carian akan dipaparkan.
Masukkan maklumat Vehicle Reg. No iaitu nombor plat kenderaan yang anda ingin dapatkan maklumat tersebut.
Pastikan alamat E-mel anda yang dipaparkan adalah tepat ini kerana laporan akan dihantar terus ke peti masuk selepas sahaja anda menghantar permintaan ini.
Pihak MyCarInfo akan menghantar terus ke E-mel anda iaitu maklumat nombor polisi insurans, tarikh mula insurans dan tarikh tamat insurans kereta yang anda mahu.