Semak Halal JAKIM : Cara Semak Gunakan Apps

Pengenalan

Semak Halal JAKIM – Status Halal produk di Malaysia merupakan sebuah pensijilan Halal (Halal Certified) oleh badan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM. JAKIM merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengawal selia dan memastikan produk atau perkhidmatan adalah berlandaskan dengan syariah Islam.

Pensijilan ini diakui secara meluas dan memiliki reputasi yang tinggi di peringkat antarabangsa, menjadikannya salah satu pensijilan halal yang paling dipercayai dan dihormati di seluruh dunia. Badan-badan antarabangsa serta pengguna global mempercayai sijil ini sebagai penanda aras kepatuhan terhadap syariat Islam dalam produk dan perkhidmatan.

Adakah anda tahu bagaimana cara untuk menyemak status Halal pada sesuatu produk secara terus menerusi telefon pintar anda?

Kali ini kami akan berkongsi mengenai dua buah aplikasi telefon pintar, inisiatif aplikasi ini bertujuan bagi memudahkan pengguna memeriksa produk. Selain dari itu juga, banyak lagi fungsi lain yang anda boleh gunakan di aplikasi ini.

Semak Halal JAKIM Menggunakan Aplikasi

Terdapat dua buah aplikasi yang anda boleh gunakan iaitu Smart Halal dan Verify Halal.

Kedua aplikasi ini menyokong sistem operasi Android dan IOS dan boleh didapati di AppStore (IOS) dan PlayStore (Android).

  1. Smart Halal – Muat turun di AppStore | Muat turun di Playstore
  2. Verify Halal – Muat turun di AppStore | Muat turun di Playstore

Semak Halal JAKIM : Smart Halal

Semak Halal JAKIM Smart Halal

SmartHalal merupakan aplikasi yang direka untuk memudahkan pengguna dalam menyemak status halal bagi pelbagai kategori produk dan perkhidmatan.

Melalui aplikasi ini, pengguna dapat memeriksa status halal produk makanan dan minuman, premis makanan, rumah sembelih, bahan habis pakai, kosmetik, produk farmaseutikal, serta perkhidmatan logistik yang telah disahkan halal oleh Persijilan Halal Malaysia.

Aplikasi ini memberikan akses mudah kepada maklumat terkini mengenai status halal dan memastikan bahawa produk serta perkhidmatan yang digunakan mematuhi standard yang ditetapkan oleh JAKIM.

Dengan adanya SmartHalal, pengguna boleh membuat pilihan yang lebih berinformasi dan yakin bahawa mereka mematuhi syariat Islam dalam penggunaan harian mereka.

Semak Halal JAKIM : Verify Halal

Semak Halal JAKIM Verify Halal

Aplikasi Verify Halal membolehkan pengguna membuat keputusan yang berinformasi ketika membeli produk halal atau mencari restoran halal.

Pengguna boleh mengimbas produk yang menjadi ahli Verify Halal atau mencari produk dan premis halal melalui bar carian. Bar carian ini juga membantu pengguna mencari berdasarkan kategori yang boleh dipilih menggunakan pilihan penapis di sebelah kanan bar carian.

Satu ciri menarik iaitu ‘Found it Here/Sell it Here’ juga ditambah, di mana pengguna atau penjual boleh menandakan lokasi produk dari halaman butiran produk.

Apabila pengguna mengklik pada ‘Found it Here’ atau ‘Sell it Here’, skrin akan terbuka menunjukkan lokasi semasa pengguna di peta. Pengguna boleh menyimpan lokasi dengan mengklik butang Pin, memasukkan nama kedai, dan mengesahkannya.

Semasa konvensyen badan pensijilan Halal, Serunai telah menandatangani MOU dengan 16 badan pensijilan dari Filipina, India, Austria, New Zealand, Ireland, Afrika Selatan, Sri Lanka, Taiwan, dan Jepun di bawah JAKIM Malaysia untuk berhubung dengan Verify Halal supaya pengguna dapat mencari produk dari negara-negara tersebut.

Aplikasi Verify Halal adalah inisiatif di bawah JAKIM Malaysia untuk membina repositori halal berkualiti. Semua produk yang disenaraikan adalah daripada badan pensijilan yang diakreditasi dan diiktiraf oleh JAKIM.

Status halal dan kesahihan maklumat yang terkandung adalah berdasarkan garis panduan dari Bahagian Halal JAKIM, yang menyelenggara direktori Halal terkini untuk Malaysia serta senarai Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM, yang boleh dilihat di bawah maklumat Halal dalam Aplikasi Verify Halal.

Cara Semak Halal JAKIM

Aplikasi Verify Halal

1. Muat turun dan pasang aplikasi Verify Halal di AppStore (IOS) atau PlayStore (Android)

2. Akses masuk ke aplikasi Verify Halal dan klik pada butang di tengah skrin seperti gambar di bawah.

3. Selepas itu anda boleh memilih apa yang anda mahu lakukan untuk menyemak sesuatu produk. Sama ada secara Scan Barcode / QR Code atau yang lain (Pastikan anda memberi keizinan kepada aplikasi bagi mengakses kamera telefon anda).

4. Gambar di bawah adalah contoh bagi produk SUP Tulang Adabi bersama butiran lengkap produk tersebut.

Aplikasi Smart Halal

1. Muat turun dan pasang aplikasi Smart Halal di AppStore (IOS) atau PlayStore (Android) (altenatif – Smart Halal APKCombo).

2. Akses masuk ke aplikasi Smart Halal dan klik pada ikon Cari pada kiri bawah skrin seperti gambar di bawah.

3. Taip nama produk yang anda mahu, segala butiran akan ada di situ.

Aduan Halal Kepada JAKIM

Untuk membuat aduan mengenai penyalahgunaan logo dan ungkapan halal atau sebarang isu-isu berkaitan halal, pengadu perlu memberikan maklumat yang terperinci.

Ini termasuk butiran seperti nama produk, nama syarikat, lokasi kejadian, dan sebarang bukti yang berkaitan.

Maklumat ini penting bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut dapat dijalankan dengan berkesan.

Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan dan tidak akan didedahkan kepada umum untuk menjaga privasi dan keselamatan pengadu.

Beri Aduan anda di sini – Borang Aduan JAKIM

Kongsi artikel kami ini ke :