Pengenalan
PSU 4.0 (Program Subsidi Upah) merupakan sebuah pakej bantuan dari kerajaan Malaysia kepada para pekerja yang terkesan dengan penularan wabak COVID19.
Menerusi pengumuman Perdana Menteri tadi, Inisiatif Program Subsidi Upah bakal dilanjutkan berikutan ramai yang masih memerlukan bantuan ini. Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 akan diperkenalkan dan ianya merupakan kesinambungan dari PSU 3.0 yang telah ditambah baik.
Inisiatif PSU Versi 4.0 yang telah dibentangkan Perdana Menteri Malaysia :
- Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap satu majikan dengan kadar sebanyak RM600 bagi seorang pekerja selama empat bulan.
- Pemansuhan syarat had gaji PSU 3.0 iaitu untuk PSU4.0, kini ianya tiada syarat had gaji. Majikan bolleh memohon PSU4.0 bagi pekerja yang bergaji melebihi RM4000.00
Tutorial PSU 4.0
Cara Memohon Atau Mengemaskini PSU 4.0
- Bagi majikan yang berminat untuk memohon atau mengemaskini profil pekerja, majikan boleh melayari laman sesawang PERKESO di alamat https://psu.perkeso.gov.my
- Masukkan nombor rujukan PSU4.0 dan e-mel yang didaftarkan semasa permohonan, klik seterusnya.
- Kemaskini status keaktifan perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem jika ada perubahan.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan(jika perlu).
- Setelah siap, klik simpan
Cara Menyemak Permohonan PSU 4.0
- Layari laman sesawang https://psu.perkeso.gov.my dan sila klik pada semakan
- Majikan boleh memilih jenis permohonan PSU. Disini terdapat beberapa jenis PSU iaitu Semakan PSU 1.0 , Semakan PSU 2.0 dan 3.0. Manakal bagi sistem semakan PSU 4.0 masih tidak dikemaskini. Jadi pihak Majikan perlu sentiasa melayari halaman ini untuk mendapatkan kemaskini.
- Selepas membuat pilihan jenis permohonan, majikan dikehendaki memasukkan nombor Rujukan Permohonan PSU beserta emel yang diisi pada borang Permohonan PSU sebelum ini.
- Melalui semakan ini, majikan dapat melihat butiran permohonan yang telah diisi, menyemak status permohonan untuk bulan tertentu dan menyemak jumlah pekerja yang diluluskan oleh PERKESO.
SOALAN LAZIM
Bila Permohonan untuk PSU 4.0 ini akan mula dibuka?
Setakat ini tiada pengumuman rasmi dari pihak PERKESO. Jangkaan pengemaskinian adalah bulan julai nanti. Sila ikuti kemaskini dari PERKESO samaada dari laman rasmi atau facebook rasmi mereka.
MAKLUMAT LANJUT
Bagi mendapatkan lebih pengetahuan atau lebih info, anda boleh menghubungi pihak PERKESO di talian 03-8091 5400 atau boleh melayari sesawang rasmi mereka (e-aduan) di https://eaduansip.perkeso.gov.my atau boleh menunggu pengumuman terkini melalui Facebook PERKESO di alamat https://www.facebook.com/PERKESO.Official