Program Lanjutan ILKKM : Login e-LDP, Permohonan Dan Semakan PDF

Pengenalan

Permohonan Program Lanjutan ILKKM sentiasa di tunggu oleh hampir kesemua pegawai jabatan kerajaan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) merupakan institusi yang terkemuka dalam menyediakan latihan dan pendidikan bagi anggota kesihatan di Malaysia.

ILKKM memainkan peranan penting dalam memastikan anggota kesihatan dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi. Ianya bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat. Salah satu program unggul yang ditawarkan oleh ILKKM adalah Program Lanjutan. Yang direka khusus untuk meningkatkan kemahiran profesional anggota kesihatan melalui latihan lanjutan dalam pelbagai disiplin.

Apa Itu Program Lanjutan ILKKM

Program Lanjutan di ILKKM (Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia) merujuk kepada kursus-kursus yang disediakan untuk latihan lanjut. Terutamannya dalam bidang kesihatan bagi anggota kesihatan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi anggota kesihatan melalui latihan lanjutan dalam pelbagai disiplin kesihatan. Berikut adalah beberapa ciri-ciri utama program lanjutan di ILKKM:

  1. Kursus-Kursus Khusus: Program ini menawarkan pelbagai kursus khusus yang merangkumi bidang-bidang seperti kejururawatan, farmasi, radiografi, teknologi makmal perubatan, dan banyak lagi.
  2. Peningkatan Kemahiran: Program ini direka untuk meningkatkan kemahiran praktikal dan teori anggota kesihatan, memastikan mereka sentiasa up-to-date dengan perkembangan terkini dalam bidang kesihatan.
  3. Kelayakan Profesional: Lulusan program lanjutan ini biasanya akan mendapat sijil atau diploma lanjutan yang diiktiraf, yang boleh meningkatkan kelayakan profesional mereka.
  4. Pembangunan Kerjaya: Program ini memberi peluang kepada anggota kesihatan untuk membangunkan kerjaya mereka, membuka peluang untuk kenaikan pangkat atau peralihan ke bidang kepakaran lain dalam kesihatan.
  5. Pembelajaran Sepanjang Hayat: Program ini juga menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat, memastikan anggota kesihatan terus belajar dan berkembang dalam profesion mereka.

Kelebihan Program Lanjutan ILKKM

  1. Peningkatan Kemahiran: Program ini menyediakan latihan intensif yang membantu peserta meningkatkan kemahiran praktikal dan pengetahuan teori mereka.
  2. Kelayakan Profesional: Lulusan program ini akan mendapat sijil atau diploma lanjutan yang diiktiraf, meningkatkan kelayakan profesional mereka dan membuka peluang untuk kenaikan pangkat atau peralihan ke bidang kepakaran lain dalam kesihatan.
  3. Pembangunan Kerjaya: Dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi, anggota kesihatan boleh membangunkan kerjaya mereka ke tahap yang lebih tinggi, membuka lebih banyak peluang dalam bidang perkhidmatan kesihatan.
  4. Pembelajaran Sepanjang Hayat: Program ini menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat, memastikan anggota kesihatan terus berkembang dan belajar sepanjang karier mereka.

Syarat Permohonan

Pegawai yang ingin memohon Program Lanjutan adalah tertakluk kepada syarat-syarat am dan khas yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Syarat-Syarat Am

  1. Umur
    • Berumur tidak melebihi 48 tahun pada tarikh tutup tawaran.
  2. Tempoh Perkhidmatan:
    • Berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun bagi pegawai Kerajaan & Badan Berkanun dan dua (2) tahun bagi pegawai swasta pada tarikh tutup tawaran.
  3. Pengesahan Dalam Skim Perkhidmatan:
    • Pegawai telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
  4. Penilaian Prestasi:
    • Mencapai purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
    • Bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL), pegawai perlu disahkan dalam skim perkhidmatan terkini dan mencapai purata LNPT 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun dalam skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut (2021, 2022, 2023). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  5. Tatakelakuan:
    • Pegawai bersih/bebas daripada sebarang pertuduhan/prosiding dan tindakan tatatertib, siasatan dan/atau dalam proses dakwaan mahkamah.
  6. Perakuan:
    • Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
  7. Pemeriksaan Kesihatan:
    • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (termasuk ujian Hepatitis B, Hepatitis C & HIV/AIDS dan U.P.T) selepas pegawai terpilih untuk mengikuti Program Lanjutan. Sekiranya keputusan pemeriksaan perubatan tidak lulus, tawaran adalah terbatal dengan sendiri dan latihan ditamatkan.
    • Pegawai bebas daripada penyakit yang boleh menjejaskan keupayaan untuk mengamalkan perubatan (unfit to practice) dari segi fizikal dan mental seperti di Lampiran A.
  8. Penarikan Diri:
    • Pegawai Kerajaan yang menarik diri dari mengikuti latihan setelah menandatangani kontrak dengan Kerajaan Malaysia akan dikenakan penalti dan tidak layak memohon selagi ikatan kontrak dengan Kerajaan masih berjalan seperti dijelaskan dalam Perkara 18.
    • Pegawai yang menolak tawaran kursus bagi sesi sebelum ini tanpa alasan yang munasabah adalah tidak layak memohon dalam tempoh dua (2) tahun terakhir.
  9. Tempoh Permohonan:
    • Pegawai yang telah mengikuti mana-mana tawaran Program Lanjutan dalam tempoh dua (2) tahun terakhir adalah tidak layak memohon.
  10. Kehamilan:
    • Pegawai wanita hamil tidak layak untuk memohon. Pegawai juga tidak dibenarkan hamil sepanjang tempoh pengajian.
  11. Sijil Amalan Profesional:
    • Memiliki Sijil Amalan Profesional yang masih sah (sekiranya berkenaan).
  12. Permohonan Pertukaran:
    • Pegawai yang telah mengemukakan permohonan pertukaran/dalam proses pertukaran tempat bertugas tidak layak dipertimbangkan untuk mengikuti Program Lanjutan.

Syarat Khusus

Untuk syarat khas / khusus anda boleh merujuk kepada PDF yang telah disediakan oleh pihak ILKKM. Anda boleh memuat turun PDF ini di bawah artikel ini.

Permohonan Program Lanjutan ILKKM

Permohonan untuk menyertai Program Lanjutan di ILKKM adalah mudah dan terbuka kepada semua anggota kesihatan yang memenuhi syarat kelayakan. Proses permohonan biasanya melibatkan beberapa langkah mudah.

Untuk menghantar permohonan, anda perlu berdaftar dan login ke e-LDP di alamat http://eldp.moh.gov.my/

Seterusnya anda boleh mengikuti langkah-langkah di dalam fail PDF ini bagi menghantar permohonan ini. Sila muat turun PDF ini menggunakan pautan di bawah

Manual Sistem Permohonan Kursus Lanjutan.pdf

Ikuti langkah-langkah terbaru yang disediakan.

Kemaskini Permohonan Program Lanjutan ILKKM

Anda juga boleh mengemaskini maklumat anda menggunakan laman web http://eldp.moh.gov.my/.

Kemaskini Permohonan Program Lanjutan ILKKM
Kemaskini permohonan anda

Semakan Permohonan Program Lanjutan ILKKM

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan tawaran bagi mengikuti Program Lanjutan Sesi September 2024 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) boleh disemak mulai pada 15 Julai 2024 jam 8.00 pagi.

Untuk membuat semakan permohonan bagi program ini, anda juga perlu menggunakan laman web e-LDP.

  1. Login / Log masuk kepada akaun e-LDP anda di http://eldp.moh.gov.my/login
  2. Klik pada menu ‘Semakan’
  3. Kesemua maklumat permohonan anda akan dipaparkan di halaman ini.

Muat Turun PDF Permohonan Program Lanjutan ILKKM

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan lebih jelas mengenai program ini, anda boleh memuat turun kesemua PDF yang disediakan secara rasmi oleh pihak ILKKM.

Manual Sistem Permohonan Kursus Lanjutan.pdf

Garis Panduan Kursus Lanjutan KKM Versi September 2024.pdf

Senarai Kursus Dan ILKKM Sesi Sept 2024.pdf

Syarat Khusus Khas Sesi Sept 2024.pdf

Tawaran Iklan KKM Sesi Sept 2024.pdf

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program ini atau mahu mengetahu dengan lebih lanjut mengenai panduan Program Lanjutan ILKKM ini. Anda boleh menghubungi:

Bahagian Pengurusan Latihan

Hot Line : 03-8885 0600
Emel : kursuslanjutan[@]moh.gov.my

Kongsi artikel kami ini ke :