Permohonan Subsidi Diesel Individu BUDI Madani 2024

Pengenalan

Permohonan Subsidi Diesel Individu BUDI Madani | Untuk memastikan kesejahteraan rakyat yang lebih inklusif dan terarah, program BUDI MADANI telah dilancarkan sebagai inisiatif terbaru untuk menyelaraskan subsidi diesel kepada individu yang benar-benar memerlukan.

Permohonan Subsidi Diesel Individu BUDI Madani 2024

Melalui program ini, individu terpilih dapat memohon subsidi diesel untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu juga akan terus menerima subsidi, memastikan kestabilan harga barangan di pasaran.

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Petikan dari laman web rasmi BUDI Madani 2024

Penerima BUDI Madani 2024 – Permohonan Subsidi Diesel Individu BUDI Madani

BUDI MADANI merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan subsidi disalurkan dengan lebih tepat kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Dalam Belanjawan 2024 yang baru diumumkan, kerajaan bertekad untuk menyelaraskan kembali subsidi bahan api bagi mengatasi masalah penyeludupan dan penyalahgunaan subsidi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.

Melalui pendekatan ini, subsidi akan lebih berfokus, memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran, sambil meminimumkan ketirisan dan meningkatkan kecekapan pengagihan.

Kategori Penerima

Terdapat 3 kategori utama bagi penerima di dalam BUDI Madani 2024 iaitu :-

  • MySubsidi Diesel
  • BUDI Agri-Komoditi
  • BUDI Individu.

Budi Individu – Permohonan Subsidi Diesel Individu BUDI Madani

Permohonan BUDI Individu akan dibuka bermula dari 28 mei 2024 dan akan kekal dibuka sepanjang tahun 2024 ini.

BUDI Individu adalah bentuk bantuan tunai yang disalurkan oleh Kerajaan sebagai lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel.

Program ini ditujukan khusus untuk individu yang bukan tergolong dalam kumpulan pendapatan T20 dan memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk memastikan subsidi yang diberikan benar-benar sampai kepada golongan yang layak, membantu mengurangkan beban kos sara hidup mereka dan meminimumkan ketirisan dalam pemberian subsidi.

Jumlah Bayaran BUDI Madani 2024

Individu yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak RM200 setiap bulan selaras dengan pelaksanaan program subsidi diesel.

Dana akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan dalam sistem BUDI MADANI atau diberikan secara tunai di cawangan BSN terdekat jika penerima tidak memiliki akaun bank.

Tarikh Pembayaran BUDI Madani 2024

Permohonan yang dikemukakan dan disetujui sebelum 3 Jun 2024 akan menerima pembayaran pertama pada pertengahan Jun 2024, dengan pembayaran berikutnya diteruskan setiap bulan.

Sebaliknya, bagi permohonan yang disetujui selepas 3 Jun 2024, pembayaran pertama akan dilakukan dalam masa 2 minggu, diikuti dengan pembayaran bulanan seterusnya.

Syarat Dan Cara Permohonan BUDI Individu

Syarat Permohonan

Permohonan Subsidi Diesel Individu BUDI Madani

Syarat dan kelayakan bagi anda memohon BUDI Individu ini adalah seperti di bawah ini :-

  1. Butir Peribadi Pemohon
    – Merupakan Warganegara Malaysia
    – Mempunyai pendapatan kurang daripada RM100 ribu atau ke bawah, pendapatan ini akan diambil kira dari data LHDN yang ada
    – Anda perlu menghantar sendiri permohonan anda menerusi talian web BUDI Madani
  2. Syarat Pemilikan Kenderaan
    – Kenderaan diesel digunakan untuk keperluan peribadi;
    – Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) masih aktif;
    – Kenderaan diesel didaftarkan di Semenanjung Malaysia; dan
    – Kenderaan berdaftar dengan JPJ menggunakan nombor MyKad pemilik.
  3. Kriteria Tambahan yang Tidak Layak untuk BUDI Individu ini adalah :-
    – Motosikal yang menggunakan diesel;
    – Kenderaan diesel peribadi yang didaftarkan atas nama syarikat atau organisasi;
    – Kenderaan mewah yang berusia kurang dari 10 tahun;
    – Kenderaan yang didaftarkan untuk perkhidmatan e-hailing; atau
    – Jenis kenderaan seperti karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

Cara Permohonan

Untuk menghantar permohonan anda boleh melayari laman web rasmi bagi program bantuan ini di alamat :-

https://budimadani.gov.my

Untuk langkah menghantar permohonan sila baca cara di bawah ini :-

  1. Daftar sebagai pengguna baru di laman ini, boleh klik disini untuk daftar secara terus :-
    https://budimadani.gov.my/DaftarAkaun2.aspx
  2. Sila klik pada butang Mohon disini, butang ini boleh ditemui di halaman hadapan web ini seperti di bawah senarai ini.
  3. Masukkan kesemua maklumat diri anda yang diminta seperti :-
    – No MyKad anda
    – No Telefon
    – No. Akaun bank anda (Sila pastikan diisi dengan tepat untuk mengelakkan kepayahan kemudian hari)
    – Maklumat kenderaan persendirian diesel anda.
Permohonan Subsidi Diesel Individu BUDI Madani

Semakan Permohonan – Permohonan Subsidi Diesel Individu BUDI Madani

Status kelayakan anda akan diketahui selepas anda menghantar permohonan dan dinilai oleh pendtadbir. Anda juga boleh menyemak permohonan anda menerusi laman web rasmi BUDI Madani ini di alamat :-

https://budimadani.gov.my

Apabila permohonan tidak diterima walaupun pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon berhak untuk mengajukan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Proses rayuan akan dimulakan pada awal Jun 2024.

Maklumat Lanjut – Permohonan Subsidi Diesel Individu BUDI Madani

Soalan Lazim

Anda boleh memuat turun dokumen PDF rasmi soalan lazim di alamat di bawah :-

PDF BUDI Individu – https://budimadani.gov.my/Download/Faq/FAQ_BUDI_Individu.pdf

PDF BUDI Komoditi – https://budimadani.gov.my/Download/Faq/FAQ_BUDI_Agri-Komoditi.pdf

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF. Waktu operasi adalah dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat melalui nombor berikut:

Permohonan Subsidi Diesel Individu BUDI Madani
Kongsi artikel kami ini ke :