Permohonan MRSM 2025 : Tarikh, Syarat, Cara Mohon

Pengenalan

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2025 akan dibuka bermula dari 6 ogos sehingga 6 september 2024.

Kepada ibu bapa atau pelajar tingkatan 1 / tingkatan 4 yang mahu melanjutkan pelajaran ke MRSM. Anda boleh membaca artikel ini sebagai panduan atau cara bagi memohon bagi memasuki MRSM untuk tahun 2024.

MARA mengundang pelajar yang berakhlak baik, berdisiplin tinggi, cemerlang dalam akademik, dan aktif dalam kokurikulum untuk menyertai dan menghantar permohonan MRSM 2025. Program ini menawarkan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa untuk membantu pelajar mencapai potensi penuh mereka dalam pelajaran dan kegiatan luar kelas.

Matlamat MRSM adalah untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan aktif dalam kokurikulum, serta memiliki sahsiah dan kepimpinan yang tinggi. Program ini dirancang untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja pintar tetapi juga berdaya saing dan berakhlak mulia.

Apa Itu MRSM?

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan institusi pendidikan yang ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menyediakan peluang pendidikan berkualiti tinggi kepada pelajar bumiputera yang mempunyai kecerdasan dan kebolehan akademik serta intelektual yang luar biasa. MRSM menawarkan program pendidikan berfokuskan sains dan teknologi, yang bertujuan untuk membantu pelajar mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh. Institusi ini diharapkan dapat melahirkan generasi pelajar yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara melalui bidang-bidang kritikal ini.

Visi MRSM

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Visi MRSM adalah untuk menjadi pusat pendidikan yang cemerlang, inovatif, dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dengan menggabungkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang moden serta fasiliti yang canggih, MRSM bercita-cita untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan akademik dan peribadi pelajar.

Misi MRSM

Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Misi MRSM adalah untuk melahirkan pelajar bumiputera yang berkemahiran tinggi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Selain itu, MRSM juga memberi penekanan kepada pembangunan ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar. Dengan gabungan kecemerlangan akademik dan semangat keusahawanan, pelajar MRSM diharapkan dapat menjadi pemimpin masa depan yang inovatif dan berdaya saing dalam era globalisasi.

Program Yang Ada Di MRSM

Terdapat lima program utama yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) yang dilaksanakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Program-program ini dirancang untuk memberikan pelajar peluang yang luas dalam bidang-bidang yang kritikal ini, dengan tujuan membentuk generasi muda yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran dalam STEM. Program-program tersebut adalah seperti berikut :

Program Premier MRSM

Terdapat 33 buah MRSM yang menawarkan program Premier, yang menekankan kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum dengan menyediakan kemudahan pembelajaran yang canggih dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

  • MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Bitara MRSM

Sebanyak 3 buah MRSM yang menawarkan program Bitara. Yang memberi fokus kepada pelajar yang menunjukkan prestasi luar biasa dalam akademik dan sahsiah, serta berpotensi menjadi pemimpin masa depan.

  • Menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
  • Menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented). MRSM Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

Program Ulul Albab MRSM

Terdapat 8 buah MRSM yang menawarkan program Ulul Albab, yang menggabungkan pendidikan akademik dengan hafazan Al-Quran, bertujuan melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga mempunyai asas agama yang kukuh.

  • MRSM Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
  • Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz al-Quran yang bermatlamat melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Program IGCSE MRSM

Sebanyak 12 buah MRSM yang menawarkan program IGCSE (International General Certificate of Secondary Education). Yang memberikan pelajar peluang untuk mendapatkan kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, membuka pintu kepada peluang pendidikan dan kerjaya di luar negara.

  • MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajarpelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
  • Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level. Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa tingkatan 5.

Program Teknikal MRSM

Terdapat 1 buah MRSM yang menawarkan program Teknikal. Yang memberi penekanan kepada pendidikan teknikal dan vokasional, menyediakan pelajar dengan kemahiran praktikal yang relevan dengan industri dan pasaran kerja.

  • MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
  • Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil sama ada subjek Lukisan Kejuruteraan atau Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrikal sebagai subjek elektif pilihan wajib.

Syarat Kelayakan Permohonan MRSM 2025

Terdapat dua jenis syarat iaitu syarat umum yang merangkumi syarat utama yang wajib diikuti, dan syarat khusus iaitu syarat yang perlu diikuti berdasarkan pemilihan program di MRSM.

Berikut merupakan syarat utama bagi permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2025.

Syarat Utama

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon memohon secara dalam talian (online).
  4. Calon WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan WAJIB menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2025.
  5. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2012 hingga 1 Jan 2013 bagi calon Tingkatan 1 2025 atau calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 4 2025.
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Khusus

  1. Program IGCSE – Calon WAJIB menduduki Ujian Khas IGCSE.
  2. Program Ulul Albab – Calon wajib menduduki Ujian Khas Ulul Albab.
  3. Program Teknikal – Calon wajib menduduki Ujian Khas Teknikal.

Lokasi MRSM Berdasarkan Program MRSM

Tingkatan 1 – PROGRAM PREMIER MRSM

JOHOR
MRSM Batu Pahat
MRSM Mersing
MRSM Muar
MRSM Tun Dr Ismail
PERAK
MRSM Gerik
MRSM Lenggong
MRSM Pasir Salak
MRSM Pengkalan Hulu
MRSM Sultan Azlan Shah
MRSM Felda Trolak
KEDAH
MRSM Baling
MRSM Merbok
MRSM PDRM Kulim
MRSM Pendang
PERLIS
MRSM Beseri
MRSM Arau
PULAU PINANG
MRSM Balik Pulau
MRSM Transkrian
KELANTAN
MRSM Jeli
MRSM Kuala Krai
MRSM Pasir Tumboh
TERENGGANU
MRSM Kuala Berang
MRSM Kuala Terengganu
MRSM Besut
MELAKA
MRSM Terendak
NEGERI SEMBILAN
MRSM Serting
PAHANG
MRSM Muadzam Shah
MRSM Tun Ghazali Shafie
SABAH
MRSM Kota Kinabalu
MRSM Tun Mustapha
MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens
MRSM Ranau
SARAWAK
MRSM Betong
MRSM Kuching
MRSM Mukah
MRSM Bintulu

Tingkatan 1 – PROGRAM IGCSE MRSM

MELAKA
MRSM Alor Gajah
NEGERI SEMBILAN
MRSM Kuala Klawang
SELANGOR
MRSM Kuala Kubu Bharu (KKB)
JOHOR
MRSM Johor Bahru
PERAK
MRSM Parit
KEDAH
MRSM Kubang Pasu
PAHANG
MRSM Kuantan
MRSM Tun Abdul Razak (TAR)
KELANTAN
MRSM Tumpat
SARAWAK
MRSM Kuching
SABAH
MRSM Kota Kinabalu

Tingkatan 1 – PROGRAM Ulul Albab MRSM

SELANGOR
MRSM Sungai Besar
NEGERI SEMBILAN
MRSM Gemencheh
PERAK
MRSM Bagan Datuk
MRSM Felda Trolak
PULAU PINANG
MRSM Kepala Batas
PAHANG
MRSM ATM Bera
TERENGGANU
MRSM Kota Putra
SABAH
MRSM Semporna

Tingkatan 1 – PROGRAM Teknikal MRSM

PULAU PINANG
MRSM TRANSKRIAN
PAHANG
MRSM BENTONG

Tingkatan 4 – PROGRAM PREMIER MRSM

JOHOR
MRSM Batu Pahat
MRSM Mersing
MRSM Muar
MRSM Tun Dr Ismail
PERAK
MRSM Gerik
MRSM Lenggong
MRSM Pasir Salak
MRSM Pengkalan Hulu
MRSM Sultan Azlan Shah
MRSM Felda Trolak
KEDAH
MRSM Baling
MRSM Merbok
MRSM PDRM Kulim
MRSM Pendang
PERLIS
MRSM Beseri
MRSM Arau
PULAU PINANG
MRSM Balik Pulau
MRSM Transkrian
KELANTAN
MRSM Jeli
MRSM Kuala Krai
MRSM Pasir Tumboh
TERENGGANU
MRSM Kuala Berang
MRSM Kuala Terengganu
MRSM Besut
MELAKA
MRSM Terendak
NEGERI SEMBILAN
MRSM Serting
PAHANG
MRSM Muadzam Shah
MRSM Tun Ghazali Shafie
SABAH
MRSM Kota Kinabalu
MRSM Tun Mustapha
MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens
MRSM Ranau
SARAWAK
MRSM Betong
MRSM Kuching
MRSM Mukah
MRSM Bintulu

Tingkatan 4 – PROGRAM BITARA MRSM

PERAK
MRSM Taiping
MELAKA
MRSM Tun Ghafar Baba
KELANTAN
MRSM Pengkalan Chepa

Tarikh Permohonan MRSM 2025

Menurut sumber rasmi yang telah diumumkan oleh pihak MARA sendiri menerusi platform online mereka. Bermula pada 6 Ogos 2024 sehingga 6 September 2024 merupakan tarikh bagi menghantar permohonan pelajar.

Para pelajar atau ibu bapa boleh mula menghantar permohonan menerusi online bermula dari tarikh ini.

Cara Permohonan MRSM 2025

Untuk menghantar permohonan MRSM 2025 ini, Sila layari web rasmi MRSM di alamat

https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Tick pada kotak setuju

Tanda pada kotak dan tekan Setuju. Paparan berikut akan dipaparkan, sila pilih permohonan anda. Klik pada ikon Edit / Permohonan.

Permohonan MRSM 2025

Anda akan di bawa ke paparan log masuk, disini anda perlu memasukkan maklumat akaun MRSM anda. Jika anda masih tidak mempunyai akaun pengguna di web MRSM, anda perlu mendaftarkan akaun terlebih dahulu.

Sila klik kepada [Daftar Pengguna] atau layari pautan di bawah.

Daftar akaun MRSM tingkatan 1 – https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/frmDaftarPengguna.aspx

Daftar akaun MRSM tingkatan 4 – https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/frmDaftarPenggunaF4.aspx

Permohonan MRSM 2025 Isi Maklumat

Isikan maklumat diri dan maklumat sekolah anda dan tekan hantar. Sekiranya berjaya, mesej bersama kata laluan popup akan dipaparkan seperti di bawah.

    Jika anda sudah berjaya mendaftar, anda perlu log masuk semula menggunakan kata laluan yang telah di berikan seperti di atas ini.

    Setelah anda berjaya log masuk ke sistem, sila lengkapkan maklumat pemohon, pastikan kesemua maklumat diisi dengan tepat. Ini bagi mengelakkan kesusahan anda jika terdapat maklumat tidak benar.

    Halaman Maklumat Pemohon

    Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon di ruangan yang disediakan.

    Peringatan

    1. Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.
    2. Nombor telefon bimbit yang diisi mestilah nombor yang aktif supaya makluman dapat dihantar melalui Khidmat Pesanan Ringkas atau Short Message Service (SMS).
    3. E-mel ibu/ bapa atau penjaga juga perlu dinyatakan (sekiranya ada).
    4. Bagi calon OKU, sila nyatakan nombor kad OKU dan kategori OKU.
    5. Bagi calon yang mempunyai penyakit kronik, sila pilih jenis penyakit berkenaan di senarai yang disediakan. Sekiranya tiada penyakit kronik dalam senarai pemohon perlu nyatakan di ruangan yang tersedia.
    6. Pemohon dikehendaki mengisi maklumat Pentaksiran Bilik Darjah bagi subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Matematik (keputusan PBD yang terkini)
    7. Pemohon dikehendaki mengisi maklumat Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kesihatan

      Untuk mengetahui panduan permohonan dengan lebih lanjut, anda boleh memuat turun fail PDF rasmi dari MRSM menerusi pautan di bawah ini.

      Buku Panduan Permohonan MRSM.pdf

      Soalan Lazim Permohonan MRSM 2025

      Bahagian 1

      1. BILAKAH PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 DAN 4 MRSM 2025 DIBUKA DAN BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN?
      JAWAPAN:
      Permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2025 dibuka pada 6 Ogos hingga 6 September 2024 menerusi iklan dalam Portal Rasmi dan media sosial rasmi MARA.
      Sila layari pautan https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ untuk membuat pendaftaran pengguna bagi mewujudkan kata laluan sebelum membuat permohonan kemasukan ke MRSM. Pemohon perlu merujuk Buku Panduan Permohonan MRSM terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

      2. APAKAH SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN 4 MRSM 2025?
      JAWAPAN:
      Syarat Kemasukan:
      i. Calon warganegara Malaysia.
      ii. Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
      iii. Calon perlu memohon dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2025.
      iv. Calon Program Khas wajib menduduki:

      • Ujian Teknikal bagi pilihan MRSM Program Teknikal, atau
      • Ujian Khas Ulul Albab bagi pilihan MRSM Program Ulul Albab atau
      • Ujian Khas IGCSE bagi pilihan MRSM Program IGCSE
      • Ujian Kognitif Bitara bagi pilihan MRSM Program Bitara Tingkatan 4
        v. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
        vi. Umur Persekolahan Calon:
      • Tingkatan 1 2025 adalah bagi calon yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013, atau
      • Tingkatan 4 2025 adalah bagi calon yang lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010.
        vii. Ibu bapa/ penjaga tidak disenaraihitamkan (blacklisted) oleh MARA.
        viii. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

      3. APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEKIRANYA TARIKH LAHIR SAYA BUKAN SEPERTI PENETAPAN SYARAT KEMASUKAN MRSM?
      JAWAPAN:
      Sekiranya pemohon tidak memenuhi syarat umur yang ditetapkan, pemohon dikehendaki e-melkan dokumen tersebut kepada [email protected]
      Dokumen yang diperlukan:
      i. Salinan sijil kelahiran calon
      ii. Salinan dokumen pengesahan kohort umur

      4. ADAKAH SAYA BOLEH MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN?
      JAWAPAN:
      Boleh, tetapi pemohon perlu memastikan dapat melihat keseluruhan paparan dalam setiap halaman permohonan. Pemohon boleh menggunakan kaedah putar (rotate) telefon bimbit secara melintang.
      Walau bagaimanapun, pemohon digalakkan menggunakan komputer/ desktop/ komputer riba dengan pelayar (browser) yang terkini.

      Bahagian 2

      5. SAYA CUBA UNTUK MENDAFTAR PERMOHONAN TETAPI TERDAPAT POP-UP “SILA MASUKKAN NOMBOR KAD PENGENALAN (12 DIGIT) YANG BETUL”, APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN?
      JAWAPAN:
      Pemohon hendaklah memastikan bilangan nombor kad pengenalan calon yang diisi mencukupi 12 digit tanpa tanda (-).
      Contoh: No kad pengenalan : 120101010101

      6. SAYA CUBA UNTUK MENDAFTAR PERMOHONAN TETAPI TERDAPAT POP-UP “TIDAK MEMENUHI SYARAT PERMOHONAN MRSM”, APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN?
      JAWAPAN:
      Pemohon perlu memastikan memenuhi syarat kemasukan seperti yang tertera dalam iklan permohonan MRSM 2025.

      7. IBU ATAU BAPA KANDUNG SAYA BERSTATUS BUKAN WARGANEGARA DAN TIDAK DAPAT MENGISI NOMBOR PASSPORT KERANA RUANGAN KAD PENGENALAN MEMERLUKAN 12 DIGIT, BOLEHKAH SAYA MEMBUAT PERMOHONAN?
      JAWAPAN:
      Boleh, salah seorang ibu atau bapa kandung mestilah warganegara. Bagi permohonan yang menggunakan nombor passport (bukan nombor kad pengenalan) perlu lengkapkan 12 digit pada ruangan nombor kad pengenalan dengan menambahkan digit kosong (0) di belakang nombor passport. Contoh AG3215670000.

      8. SAYA MERUPAKAN ANAK ANGKAT KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPA, BOLEHKAH SAYA MEMBUAT PERMOHONAN SEPERTI PEMOHON YANG LAIN?
      JAWAPAN:
      Boleh, sekiranya pemohon adalah warganegara dan salah seorang ibu atau bapa kandung mestilah warganegara.
      Bagi memastikan permohonan boleh diisi secara dalam talian (online), pemohon dikehendaki menghantar dokumen seperti senarai di bawah bagi tujuan pengesahan status warganegara ibu/ bapa pemohon.

      9. BOLEHKAH SAYA MENGEMAS KINI PERMOHONAN SAYA SELEPAS PERMOHONAN DIHANTAR? BAGAIMANAKAH UNTUK MEMASTIKAN PERMOHONAN SAYA BERJAYA DIHANTAR?
      JAWAPAN:
      Boleh, permohonan yang telah dihantar boleh dikemas kini sehingga tarikh tutup permohonan pada 6 September 2024. Calon akan menerima “pop-up” Permohonan telah berjaya dihantar” sejurus selepas menekan butang hantar dan mencetak permohonan untuk simpanan dan rujukan calon dan ibu bapa.

      Bahagian 3

      10. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SAYA MENGEMAS KINI MAKLUMAT NAMA CALON/ E-MEL/ NAMA SEKOLAH/ ALIRAN SEKOLAH SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN?
      JAWAPAN:
      Pemohon perlu e-melkan maklumat lengkap calon (nama serta nombor kad pengenalan) dan maklumat yang ingin dikemas kini kepada [email protected].
      Contoh :
      PERKARA: KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN (AWANG)
      Nama : Awang bin Seman
      No kad Pengenalan: 121111111111
      Maklumat untuk kemaskini: ………

      11. BAGAIMANA CARA UNTUK SAYA MENDAPATKAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KESIHATAN (PAJSK)?
      JAWAPAN:
      Pemohon boleh mendapatkan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kesihatan (PAJSK) yang terkini daripada pihak sekolah.

      12. ANAK SAYA TIDAK MEMOHON SECARA DALAM TALIAN. ADAKAH PERMOHONAN BERSURAT AKAN DITERIMA?
      JAWAPAN:
      Tidak, hanya permohonan secara dalam talian sahaja diterima dan akan diproses.

      13. SAYA MERUPAKAN PELAJAR MRSM SEDIA ADA TINGKATAN 3. ADAKAH SAYA BOLEH MENGISI PERMOHONAN SEPERTI PELAJAR BAHARU YANG LAIN?
      JAWAPAN:
      Bagi permohonan pelajar sedia ada Tingkatan 3 MRSM hanya terbuka kepada pelajar program Premier sahaja. Pemohon perlu:

      • Mengisi permohonan secara online melalui pautan: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
      • Mengisi Borang Permohonan Penempatan ke Tingkatan 4 MRSM Bitara 2025 dengan pengesahan ibu bapa (rujuk MRSM)
      • Menyerahkan borang permohonan dalam talian dan Borang Permohonan Penempatan ke Ting 4 MRSM Bitara 2025 dengan pengesahan ibu bapa kepada pihak MRSM.
      • Sebarang pertanyaan berkenaan pengisian permohonan MRSM 2024 boleh rujuk kepada maktab masing-masing.

      Bahagian 4

      14. SAYA TELAH MENGISI PERMOHONAN DALAM TALIAN, PERLUKAH SAYA MENGHANTAR SALINAN PERMOHONAN YANG DICETAK KEPADA BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH?
      JAWAPAN:
      Salinan permohonan TIDAK PERLU dihantar ke Bahagian Pendidikan Menengah.

      15. APAKAH UKKM DAN SIAPA YANG PERLU MENDUDUKI UKKM?
      JAWAPAN:
      UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian dan semua pemohon yang telah mengisi permohonan secara dalam talian wajib menduduki UKKM.

      16. SEKIRANYA NAMA IBU DAN/ ATAU BAPA TELAH DISENARAIHITAMKAN OLEH PIHAK MARA, ADAKAH SAYA MASIH BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN DALAM TALIAN?
      JAWAPAN:
      Pemohon boleh membuat permohonan MRSM tetapi dalam masa yang sama, ibu dan/ atau bapa perlulah membuat semakan status senarai hitam dan pemutihan status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA.

      17. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SAYA MENGHUBUNGI PIHAK MARA JIKA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN MRSM?
      JAWAPAN:
      Sebarang persoalan berkaitan permohonan MRSM boleh disalurkan melalui:
      a) E-mel [email protected] atau
      b) Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA: 03-26134533/ 25/ 16/ 17/ 78/ 65/ 34/ 39/ 40/ 37/ 31/ 32/ 34494/ 35073
      (Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang sahaja)

      Kongsi artikel kami ini ke :