PAT-G Digital : Daftar Akaun, Semak Dan Muat Turun Aplikasi

Pengenalan

Dalam era digital ini, kemajuan teknologi telah mempermudah pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam sektor pertanian. Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah melancarkan sistem aplikasi yang dikenali sebagai PAT-G Digital. Sistem ini adalah sebagai satu inisiatif untuk memodenkan dan meningkatkan kecekapan industri getah di Malaysia.

Sistem ini bertujuan untuk memberikan pekebun kecil alat yang lebih berkesan untuk menguruskan transaksi jualan getah mereka. Dengan aplikasi ini, pekebun kecil kini dapat mendaftar akaun secara dalam talian, membuat semakan, dan memantau data mereka.

Sistem PAT-G Digital memainkan peranan penting dalam pembangunan pangkalan data yang komprehensif mengenai profil pekebun kecil di Malaysia. Dengan adanya data yang tepat dan terkini, LGM dapat merancang dan melaksanakan dasar yang lebih berkesan untuk menyokong pekebun kecil. Kemudahan untuk menyemak status permit dan proses pembaharuan yang mudah, akan memastikan pekebun kecil sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Aplikasi mudah alih ini memberikan kebebasan kepada pekebun kecil untuk menguruskan akaun mereka dan menerima notifikasi penting. Menjadikan pengurusan kebun lebih efisien dan responsif kepada perubahan yang berlaku dalam industri getah.

Baca juga : Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tahun 2024, Semakan Dan Permohonan

Apa itu PAT-G Digital?

PAT-G Digital LGM atau Permit Autoriti Transaksi-Getah adalah sistem yang diperkenalkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM). Ia bertujuan bagi memudahkan transaksi jualan getah bagi pekebun kecil. Terutamanya kepada pekebun kecil yang tinggal jauh dalam pendalaman atau jauh dari pejabat LGM. Sistem ini bertujuan untuk mengawasi dan memastikan kualiti serta kebolehkesanan getah dari peringkat ladang hingga ke pembeli berlesen.

Berikut adalah beberapa ciri utama PAT-G Digital:

  1. Pengenalan Pekebun Kecil: PAT-G memberikan satu mekanisme pengenalan kepada pekebun kecil getah. Pekebun kecil getah yang memiliki atau mengusahakan kebun getah berukuran kurang daripada 40.46 hektar. Kad ini diperlukan untuk menjual getah kepada pembeli berlesen.
  2. Permohonan dan Pembaharuan: Permohonan untuk mendapatkan atau memperbaharui PAT-G perlu dibuat di pejabat LGM, JPS, atau LIGS yang berhampiran. Buat masa ini, permohonan atas talian belum disediakan. Juga proses pembaharuan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen seperti geran tanah atau dokumen sokongan daripada agensi kerajaan berkaitan.
  3. Objektif: Kad PAT-G ini bertujuan untuk:
    – Memberikan kebenaran rasmi untuk menjual getah.
    – Mengawal kualiti dan kebolehkesanan getah.
    -Membangunkan pangkalan data profil pekebun kecil getah.
  4. Kesalahan Tanpa PAT-G: Menjual getah tanpa memiliki PAT-G adalah satu kesalahan di bawah peraturan LGM. Oleh itu, pekebun kecil disarankan untuk mendaftarkan diri mereka dan mendapatkan kad PAT-G secepat mungkin.

Muat Turun Aplikasi PAT-G Digital

Aplikasi ini kini boleh dimuat turun melalui Google Playstore untuk pengguna Android. Selain itu, pengguna juga boleh mengakses aplikasi ini melalui Progressive Web Apps (PWA) yang menawarkan pengalaman serupa seperti aplikasi natif.

Bagi pengguna iOS, kami ingin memaklumkan bahawa aplikasi ini sedang dalam proses pendaftaran di App Store oleh pihak LGM. Proses ini memerlukan sedikit masa untuk memastikan semua keperluan dan piawaian dipatuhi.

Kami akan segera mengumumkan apabila aplikasi ini sudah boleh dimuat turun di App Store.

Cara Menggunakan Aplikasi PAT-G Digital

Bagi pengguna Android anda boleh memuat turun aplikasi ini di : PAT-G LGM dan install seperti biasa.

Untuk pengguna selain Android, anda boleh mengakses menggunakan browser web biasa secara terus.

Sila layari https://patg.lgm.gov.my/patg-public/ bagi log masuk atau mendaftar.

Cara Mendaftar Akaun PAT-G

Seperti yang dinyatakan di atas, antara muka aplikasi android dan web adalah seakan sama sahaja, jadi anda tidak perlu risau untuk menggunakan aplikasi atau secara web bergantung kepada pilihan dan keselesaan anda.

Bagi mendaftar akaun anda, Sila ikuti langkah di bawah ini.

Langkah 1 : Tekan butang daftar pada halaman seperti di bawah dan isikan maklumat yang diminta.

      Cara Permohonan PAT-G (Permohonan Baru)

      1. Tekan butang daftar bagi mendaftar PAT-G.

      2. Lengkapkan semua Maklumat Pekebun dan tekan Seterusnya.

      3. Klik Tambah untuk memasukkan Maklumat Pekebun.

      4. Tentukan Kategori, Agensi, dan Syarat Tanah dalam bahagian Maklumat Tanah Pekebun.

      5. Isi semua Maklumat Kebun dan simpan, pastikan isi dengan lengkap.

      6. Muat naik Dokumen milikan kebun yang telah lengkap di isi dan pilih Simpan.

      7. Tekan butang Setuju & Hantar jika anda merasakan semua maklumat telah diisi dengan baik dan betul.

      8. Notifikasi akan diterima jika permohonan anda berjaya dihantar, dan notifikasi juga akan diterima jika permohonan anda sudah diluluskan.

      Cara Pembaharuan PAT-G (PAT-G Sedia Ada)

      Pembaharuan permit PAT-G boleh dilakukan dalam jangka masa satu (1) tahun sebelum tarikh tamat tempoh permit yang sedia ada. Jika permit PAT-G telah dibatalkan, pekebun kecil perlu mengemukakan permohonan baru untuk mendapatkan semula permit tersebut.

      Ikuti langkah di bawah ini bagi memperbaharui PAT-G menggunakan aplikasi ini.

      1. Masuk ke halaman utama aplikasi / web, klik pada Profil.

      2. Klik pada icon berlabel PAT-G, sistem akan memaparkan maklumat pemilik yang ada di aplikasi.

      3. Pilih PAT-G yang anda ingin perbaharui dan tekan Perbaharui

      4. Sekiranya anda ingin memuat naik semula Geran Tanah atau dokumen yang berkaitan dan terkini, anda boleh berbuat demikian semasa di Langkah 4.

      5. Anda akan mendapat notifikasi sekiranya permohonan anda berjaya dihantar dan juga jika permohonan anda ini diluluskan.

      Maklumat Lanjut

      Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai PAT-G Digital, anda boleh menghubungi pihak LGM di alamat dan nombor telefon berikut.

      Malaysian Rubber Board
      18th Floor Bangunan Getah Asli (Menara)
      148 Jalan Ampang
      50450 Kuala Lumpur

      Tel: 603-9206 2000
      Fax: 603-2163 4492
      Email: general[@]lgm.gov.my

      Kongsi artikel kami ini ke :