MySiswaPlace : Cara Dapatkan Baucar Buku MADANI

Pengenalan

Bagi anda yang layak memohon Baucar Buku Madani MySiswaPlace tetapi masih belum pasti cara untuk mendapatkan atau menebus baucar ini, kami menyediakan panduan langkah demi langkah yang mudah untuk diikuti. Baucar Buku Madani ini bernilai RM100 dan boleh digunakan untuk pembelian bahan bacaan, sesuai bagi mereka yang ingin menambah koleksi buku atau memperluas pengetahuan.

Sebelum meneruskan proses penebusan, amat penting untuk anda memastikan bahawa anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Hal ini kerana hanya mereka yang layak sahaja boleh menebus baucar ini. Untuk memudahkan anda menyemak kelayakan, kami telah menyediakan panduan terperinci dalam artikel ini. Anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah ringkas yang telah disediakan bagi memastikan kelayakan anda.

Dengan mengikuti panduan ini, anda akan lebih mudah memahami proses penebusan dan memastikan anda tidak terlepas peluang untuk memanfaatkan baucar buku ini.

Apakah MySiswaPlace?

MySiswaPlace ialah platform yang disediakan oleh Yayasan Perkasa Siswa untuk berkomunikasi, mengenal pasti, dan menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada pelajar yang layak. Ia juga berfungsi sebagai intervensi tambahan untuk membantu meningkatkan prestasi dan potensi pelajar di institusi pengajian tinggi.

MySiswaPlace Semak Kelayakan

Untuk menyemak kelayakan anda dengan menggunakan sistem MySiswaPlace ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Untuk mendaftar akaun di MySiswaPlace, Sila ikut beberapa langkah mudah di bawah ini.

Pastikan anda mempunyai email yang aktif dan anda boleh log masuk ke akaun email tersebut. Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan terhadap proses anda di langkah seterusnya.

Daftar Akaun MySiswaPlace

1. Layari MySiswaPlace untuk mendaftar atau anda boleh ke pautan ini – https://mysswaplace.my/sign-up, paparan berikut akan dipaparkan.

Daftar akaun MySiswaPlace
Register / Sign up MySiswaPlace

2. Masukkan alamat email dan nombor telefon anda, pastikan email dan nombor telefon yang anda masukkan adalah tepat. Tekan Submit.

Daftar Akaun MySiswaPlace

3. Setelah anda memasukkan data, anda perlu mengesahkan alamat email yang anda masukkan tadi. Sila tekan Send Code.

4. Semak peti masuk Email anda tadi, dan tekan pautan yang dihantar dari Portal MySiswaPlace. Kini akaun anda telah berjaya disahkan.

5. Namun, jika anda tidak berjaya mendapatkan email dari portal, anda boleh menggunakan akaun Google secara terus tanpa perlu pengesahan Email. Pastikan anda log masuk akaun google anda pada browser yang anda gunakan. Pastikan itu adalah akaun Google kepunyaan anda bukan pihak ketiga.

6. Layari sekali lagi pautan – https://mysswaplace.my/sign-up, dan paparan seperti biasa akan dipaparkan. Tekan ‘Continue’ pada popup sebelah atas kanan yang bertajuk Sign in with Google.

Daftar Akaun MySiswaPlace Menggunakan Akaun Google

7. Sebaik sahaja anda mendaftar menggunakan google, anda akan dibawa terus kepada halaman akaun anda. Sila kemaskini nombor telefon anda pada bahagian ‘My Profile’ dan tekan ‘UPDATE‘.

Tebus Baucar Buku RM100 Madani

8. Bagi mendapatkan atau membuat tuntutan Baucar buku, layari pautan ini : https://mysswaplace.my/myvoucher. Isi maklumat diri anda seperti di bawah ini.

Baucar buku madani isi maklumat institusi dan matrik nombor

Isi semua maklumat dan tekan NEXT.

Baucar buku madani isi maklumat institusi

Sila tekan Submit sebaik sahaja anda mengisi jenis institusi dan nama institusi pilihan anda. Jika anda berkelayakan, baucar buku anda akan di ‘claim’ secara automatik. Baucar buku ini akan digunakan semasa anda membayar pembelian anda di portal MySiswaPlace.

Baucar buku berjaya dituntut claim

Tahniah, dengan mengikuti langkah yang telah kami jelaskan di atas, anda kini berjaya ‘Claim’ baucar buku Madani RM100 anda.

Berapa Buku Yang Boleh Dibeli

Menerusi portal MySiswaPlace, jumlah buku yang anda boleh beli menggunakan baucar adalah tidak ditentukan mengikut kuantiti. Anda boleh membeli sebanyak mungkin kuantiti buku namun hanya RM100 yang anda boleh gunakan untuk menebus baucar, selebihnya anda perlu membayar nilai buku seperti biasa.

Pembelian Buku Menggunakan Baucar

Bagi menggunakan baucar buku yang anda telah tuntut tadi, anda boleh terus melakukan pembelian buku. Jika anda masih belum memahami cara pembelian buku menggunakan baucar / penebusan baucar, sila ikuti langkah bergambar yang ada di bawah ini.

Pilih mana-mana sahaja buku yang anda perlukan / mahu beli, tambahkan pada bakul (cart) akaun anda.

Pembelian di MySiswaPlace menggunakan baucar

Setelah anda menambah buku yang anda mahu ke cart, tekan pada cart dan anda akan dibawa ke halaman pembayaran seperti di bawah.

Pembelian di MySiswaPlace menggunakan baucar

      Seperti yang anda boleh lihat di gambar ini, baucar yang telah anda tebus akan digunakan sebaik sahaja anda melakukan pembayaran. Seperti di gambar ini, baki baucar akan dipaparkan jika pembelian anda kurang dari RM100 dan anda boleh melakukan pembelian buku yang lain menggunakan baki tersebut.

      Sila tekan ‘Place Order’ untuk mengesahkan pembelian anda di laman ini.

      Tahniah anda telah berjaya menebus baucar buku RM100 Madani dan membeli buku menerusi portal MySiswaPlace ini!

      Soalan Lazim (FAQ) MySiswaPlace

      Bahagian 1

      Bagaimana cara untuk mendaftar?
      Klik butang Daftar di bahagian atas kanan halaman anda. Untuk akses dari telefon pintar, anda boleh klik simbol “tiga garis” (hamburger) untuk membuka menu.

      Bolehkah saya log masuk tanpa email?
      Tidak, anda tidak boleh. Anda memerlukan email atau akaun Google (email google) bagi mengesahkan pendaftaran akaun anda.

      Apakah nilai Baucar Buku Madani?
      Untuk tahun 2024, nilai baucar buku yang diperuntukkan bagi setiap pelajar adalah RM100.

      Siapakah yang layak menerima Baucar Buku Madani?
      Pelajar yang memenuhi semua kriteria berikut layak menerima e-Baucar Buku:

      • Warganegara Malaysia;
      • Status pelajar aktif sehingga 31 Mac 2024;
      • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran, atau kursus profesional di peringkat diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan profesional;
      • Berdaftar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), termasuk Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, dan IPT Swasta (IPTS);
      • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa;
      • Pelajar yang telah menerima baucar daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak layak menerima baucar di bawah KPT;
      • Pelajar IPT yang telah menerima baucar daripada KPT pada fasa pertama pada 1 Jun 2024 tidak layak untuk fasa kedua.

      Bahagian 2

      Adakah bantuan ini turut diberikan kepada pelajar Malaysia yang belajar di luar negara?
      Tidak, bantuan ini hanya untuk pelajar yang belajar di Malaysia.

      Bagaimana pelajar boleh memohon dan menyemak status kelayakan mereka?
      Semua pelajar boleh menyemak status kelayakan melalui portal ini mulai 10:00 pagi pada 30 Oktober 2024 (Rabu). Semasa membuat permohonan, pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan ID pelajar mereka. Pelajar yang layak akan melihat baki baucar mereka disimpan di platform atas nama mereka dan boleh terus membuat pembelian.

      Bagaimanakah baucar ini ditebus?
      Baucar bernilai RM100 ini hanya boleh digunakan untuk pembelian buku dalam talian di platform ini (MySiswaPlace) bagi fasa kedua atau di BookCapital bagi pelajar yang telah menebus baucar pada fasa pertama.

      Bagaimana jika jumlah pembelian melebihi nilai baucar RM100?
      Untuk pembelian yang melebihi nilai baucar RM100, pelajar boleh membuat pembayaran tambahan menggunakan pilihan pembayaran yang tersedia, termasuk FPX dan e-dompet (seperti Touch n Go dan lain-lain).

      Apakah tempoh sah baucar ini?
      Tempoh penebusan baucar ini adalah sehingga 31 Disember 2024.

      • Penebusan baucar bermula pada 10:00 pagi, 30 Oktober 2024 (di platform portal https://mysiswaplace.my/);
      • Baucar mesti digunakan/ditebus sebelum 11:50 malam pada 31 Disember 2024 (di platform portal https://mysiswaplace.my/);
      • Selepas tarikh tamat tempoh, baucar akan luput secara automatik.

      Adakah pelajar yang menarik diri sebelum 31 Mac 2024 layak menerima baucar ini?
      Tidak. Hanya pelajar dengan status aktif pada 31 Mac 2024 yang layak menerima baucar ini.

      Bahagian 3

      Adakah pelajar yang menjalani latihan industri dan pembelajaran berasaskan kerja layak menerima bantuan ini?
      Ya, pelajar tersebut juga layak menerima bantuan ini.

      Adakah pelajar yang telah menamatkan pengajian sebelum 31 Mac 2024 tetapi belum menghadiri konvokesyen layak menerima baucar ini?
      Tidak, kerana pelajar tersebut tidak lagi berstatus aktif pada 31 Mac 2024 di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

      Jika terdapat soalan atau kebimbangan mengenai baucar ini, siapakah yang boleh dihubungi?
      Anda disarankan untuk menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di institusi masing-masing.

      Jika saya layak tetapi tidak dapat menebus baucar, siapa yang boleh dihubungi?

      • Anda boleh menyemak secara on-demand dalam sistem (log masuk diperlukan).
      • Jika masih tidak berjaya, anda boleh menghubungi helpdesk MySiswaPlace untuk pengesahan rekod.
      • Jika nama anda tidak tersenarai dalam kalangan penerima yang layak, hubungi HEP di institusi anda.
      • Rekod yang dikemas kini oleh setiap HEP memerlukan tujuh hari bekerja.

      Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program MySiswaPlace?
      Daftar minat anda dalam bahagian Newsletter di bahagian bawah halaman ini, dan kami akan menghantar kemas kini berkala mengenai program-program terkini. Selain itu, anda juga boleh melayari portal ini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program yang tersedia.

      Maklumat Lanjut

      Jika anda memerlukan sebarang bantuan bagi permasalahan anda di portal MySiswaPlace, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan mereka menerusi ruangan ‘Chat’ bersama mereka.

      Anda perlu skrol sehingga ke bawah dan anda akan menemui ikon Chat. Tekan dan paparam berikut akan dipaparkan.

      Talian Bantuan bersama MySiswaPlace

      Kongsi artikel kami ini ke :