Pengenalan
Matrix Perkeso 2024 merupakan sebuah sistem komprehensif yang dibangunkan untuk mempermudah urusan majikan dan pekerja.
Sistem ini akan membantu dalam pengurusan caruman, tuntutan, dan faedah di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Sistem ini juga direka untuk memastikan proses-proses yang berkaitan dengan keselamatan sosial lebih mudah, cepat, dan efisien bagi semua pengguna.
Dalam artikel ini, kami akan meneroka pelbagai aspek penting tentang Matrix Perkeso 2024.
Ini termasuk cara untuk menggunakan sistem ini dan berkongsi pelbagai manfaat yang boleh dinikmati oleh pekerja.
Maklumat yang disediakan ini boleh membantu anda memahami sepenuhnya sistem ini untuk memastikan kebajikan dan keselamatan sosial anda sentiasa terjaga.
Baca juga : Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tahun 2024, Semakan Dan Permohonan
Apa itu Matrix Perkeso
MATRIX merupakan sebuah projek inovatif yang dikendalikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Projek ini direka khusus untuk memudahkan pekerja sendiri dalam menguruskan pendaftaran dan status caruman mereka.
Dengan adanya MATRIX, pekerja sendiri kini boleh mendaftar, menyemak status caruman, serta membuat caruman dan pembayaran secara dalam talian dengan lebih mudah dan efisien.
Faedah Matrix Perkeso – Matrix Perkeso Benefit
Portal bersepadu PERKESO ini menawarkan pandangan menyeluruh kepada semua pencarum untuk melihat, mengemaskini, dan membuat caruman.
MATRIX direka untuk memenuhi keperluan pencarum yang bekerja sendiri, memberikan mereka akses yang mudah dan cepat kepada maklumat penting mengenai caruman mereka.
Dengan sistem yang user-friendly ini, semua urusan berkaitan caruman dapat dilakukan tanpa perlu menghadapi kesulitan birokrasi yang biasanya ada dalam proses manual.
Dalam usaha untuk mempermudah transaksi caruman, MATRIX membolehkan pekerja sendiri melakukan pendaftaran dan pembayaran secara dalam talian.
Ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga memastikan proses yang lebih lancar dan teratur. Melalui MATRIX, PERKESO berharap dapat memberikan sokongan yang lebih baik kepada pekerja sendiri, memastikan mereka mempunyai akses yang mudah kepada perlindungan keselamatan sosial yang disediakan.
Dengan ini, pekerja sendiri dapat menjalankan urusan mereka dengan lebih teratur dan efisien, sambil menikmati perlindungan yang diberikan oleh PERKESO.
Cara Daftar Matrix Perkeso 2024
Jika anda masih belum pernah menggunakan sistem aplikasi Matrix ini, anda perlu berdaftar terlebih dahulu. Untuk mendaftar, sila layari :
https://matrixperkeso.gov.my/mypass/signup
Paparan berikut akan dipaparkan.
Isi maklumat diri anda dan pastikan semua maklumat diri adalah betul untuk mengelakkan kesusahan hari. Pastikan alamat E-mel dan nombor telefon yang anda isikan adalah betul. Ini penting kerana OTP akan di hantar selepas sahaja anda mendaftar.
Contoh Maklumat Diri
Berikut merupakan contoh pendaftaran akaun Matrix Perkeso 2024, pastikan anda mengikut format nombor telefon yang telah dinyatakan dan tanda ketiga ‘checkbox’ Terma Dan Syarat, Penafian dan PDPA yang dipaparkan seperti di dalam gambar di bawah.
Untuk tarikh lahir, bagi mempercepatkan pilihan tarikh lahir anda, klik pada tahun di atas pilihan tarikh seperti gambar di bawah ini atau anda juga boleh menaip tarikh lahir anda dengan format hari-bulan-tahun, contohnya 03-04-1988.
Hanya klik pada June 2024 dan pilih bulan kelahiran anda. Atau klik sekali lagi jika anda mahu memilih tahun sahaja (bukan bulan).
Selepas siap mengisi kesemua maklumat dan ‘catpcha’ yang betul, anda boleh klik pada ‘Seterusnya‘.
Terima SMS OTP
Anda akan menerima SMS OTP dari sistem ke nombor telefon yang telah anda daftarkan sebentar tadi. Masukkan OTP tersebut seperti gambar di bawah ini.
Klik pada butang ‘Seterusnya‘ dan skrin akan memaparkan pendaftaran anda sudah berjaya dan satu pautan akan dihantar ke alamat E-mel yang telah anda daftarkan tadi.
Semak E-mel anda dan klik pada pautan yang telah dihantar oleh sistem ini dalam peti masuk E-mel anda.
Semak Peti Masuk E-Mel Anda
Semak peti masuk E-mel yang anda telah daftarkan tadi. Matrix Perkeso akan memberikan anda satu pautan pengesahan bagi mengesahkan alamat E-mel dan seterusnya mendaftar akaun pengguna anda. Sila klik pautan tersebut, anda akan di bawah ke paparan seperti di bawah.
Pastikan kesemua maklumat yang anda isi sebelum ini adalah tepat dan masukkan ungkapan rahsia, kata laluan dan pengesahan kata laluan anda.
Klik pada butang ‘Seterusnya‘ dan satu popup pendaftaran berjaya akan dipaparkan dan anda akan di bawa ke log masuk.
Tahniah anda sudah berjaya mendaftarkan akaun Matrix Perkeso.
Matrix Perkeso Login (Matrix Perkeso 2024)
Setelah berjaya mendaftarkan akaun anda di Matrix Perkeso, anda boleh Log Masuk menggunakan nombor Mykad dan kata laluan yang telah ada daftarkan.
Layari web Matrix Perkeso login di alamat :
https://matrixperkeso.gov.my/mypass/login
Paparan log masuk seperti di bawah akan dipaparkan. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan butang ‘Seterusnya‘.
Selepas anda klik butang ‘Seterusnya, Pastikan Ungkapan Rahsia anda adalah betul seperti yang telah anda tetapkan semasa proses pendaftaran. Sekiranya bukan, sila kembali ke halaman sebelumnya, kemungkinan nombor kad pengenalan yang anda masukkan adalah salah dan milik orang lain.
Sekiranya Ungkapan Rahsia anda betul, masukkan kata laluan anda dan tekan butang Log Masuk. Anda telah berjaya log masuk ke web akaun Matrix Perkeso anda.
Matrix Perkeso Caruman Pembayaran
Sekiranya anda berkerja sendiri dan tiada majikan yang menguruskan pembayaran bulanan anda kepada pihak Perkeso, anda boleh mencarum dengan melakukan pembayaran menggunakan Matrix Perkeso ini.
Langkah Pembayaran Caruman
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk membuat pembayaran melalui akaun Matrix di PERKESO:
- Layari Laman Web
Buka laman web untuk pendaftaran akaun Matrix di pautan berikut: Matrix. - Log Masuk
Log masuk ke akaun anda dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan. - Pilih Jenis Akaun
Buat pilihan jenis akaun anda sama ada sebagai Saya Bekerja Sendiri, Saya Pekerja, atau Saya Majikan. Untuk panduan ini, pilih Saya Bekerja Sendiri. - Daftar dan Caruman
Klik pada panel “Pendaftaran & Caruman” dan pilih butang “Daftar”. - Pilih Sektor
Pada halaman pendaftaran, pilih sektor yang berkaitan dengan anda dari senarai yang disediakan.
Klik “Hantar” selepas membuat pilihan. Jika anda telah berdaftar dalam sektor yang sama sebelum ini, anda tidak perlu mendaftar semula. - Isi Maklumat
Isikan semua maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi. - Pilih Pelan Caruman
Pilih pelan caruman dan tempoh perlindungan yang anda inginkan di ruang “Bulan Caruman”. - Terma dan Syarat
Pastikan anda telah membaca dan memahami Terma dan Syarat yang disediakan. Klik untuk mengesahkan penerimaan anda. - Hantar dan Bayar
Klik butang “Hantar & Bayar”. Maklumat yang dihantar adalah muktamad dan sebarang pindaan hanya boleh dilakukan oleh pihak PERKESO. - Pembayaran FPX
Klik “Bayar dengan FPX”. Pilih bank anda, kemudian log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan untuk membuat pembayaran atau transaksi. - Maklumat Bayaran
Selepas transaksi selesai, anda akan dibawa ke halaman “Maklumat Bayaran”. Di sini, semua maklumat berkaitan transaksi akan dipaparkan. - Muat Turun Resit
Anda mempunyai pilihan untuk memuat turun resit pembayaran. E-resit akan dikeluarkan sebagai bukti pembayaran yang berjaya dan perlindungan akan bermula segera selepas itu.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat memastikan proses pembayaran melalui akaun Matrix berjalan lancar dan efisien.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan permasalahan, anda boleh menghubungi pihak Perkeso di alamat dan E-mel berikut :
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
E-Mel : perkeso[@]perkeso.gov.my
Nombor Hotline : 1-300-22-8000