Kandungan
Pengenalan
Matrikulasi Sesi 2025 / 2026 – Calon yang telah memohon untuk kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sesi akademik 2025/2026 boleh membuat semakan keputusan mulai 21 Mei 2025 (Rabu) bermula jam 10.00 pagi. Semakan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal rasmi https://matrikulasi.moe.gov.my.
Info Penting Permohonan Fasa 2
Permohonan Fasa 2 dibuka dari 24 April hingga 28 April 2025. Calon yang belum memohon dan yang ingin mengemas kini maklumat atau pilihan jurusan layak mengemukakan permohonan dalam tempoh ini. Permohonan adalah percuma dan boleh dilakukan secara atas talian.
Mengenai Program Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi Sesi 2025 / 2026 bertujuan memberi laluan pendidikan prauniversiti berkualiti kepada pelajar bumiputera sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di IPT dalam dan luar negara. Sijil Matrikulasi KPM turut diiktiraf oleh Perkhidmatan Awam sejak tahun 2017.
Jurusan Ditawarkan
Terdapat 5 jurusan utama yang ditawarkan:
- Jurusan Sains
- Jurusan Kejuruteraan
- Jurusan Perakaunan
- Jurusan Perakaunan Profesional
- Jurusan Sains Komputer (baru ditawarkan mulai sesi 2025/2026)
Khas Untuk Pelajar Tahfiz
Bagi calon SPM 2024 daripada aliran tahfiz, mata pelajaran Hifz al-Quran telah diperkenalkan dalam silibus mulai sesi ini.
Kelebihan Program Matrikulasi
Antara manfaat utama menyertai program ini:
- Menerima elaun kerajaan
- Persekitaran akademik mirip universiti
- Tempoh pengajian singkat
- Penekanan terhadap soft skills
Namun, program ini juga menuntut:
- Kekuatan akademik kerana silibus padat
- MUET wajib
- Hanya layak untuk sambung ke ijazah
- Persaingan tinggi dari pelajar Asasi dan STPM
Yuran & Bantuan Sara Hidup
Pelajar daripada kategori B40 dan M40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 akan menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) sebanyak RM1,250 setiap semester. Bayaran dibuat terus ke akaun pelajar dalam tempoh 43 hari selepas dokumen lengkap diterima.
Cara Buat Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara percuma melalui laman web rasmi:
👉 http://matrikulasi.moe.gov.my
Manual permohonan dan soalan lazim boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan di laman web berkenaan.
Senarai Kolej Matrikulasi Seluruh Malaysia
Antara kolej yang boleh dipohon termasuk:
- Kolej Matrikulasi Melaka
- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
- Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
- Kolej Matrikulasi Perlis
- Kolej Matrikulasi Labuan
- Kolej Matrikulasi Johor
- Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
- Kolej MARA Kulim, dan banyak lagi.
Tarikh Penting Lain
- Permohonan UPUOnline Fasa 1: 10 Feb – 14 Mac 2025
- Fasa 2: 14 April – 16 Mei 2025
- Pembelian No. Unik ID BSN: 9 Feb – 15 Mei 2025
Pemilihan calon akan berdasarkan sistem merit: 90% akademik + 10% kokurikulum.
Maklumat & Bantuan
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan lanjut:
- Emel: mohon.matrik@moe.gov.my
- Telefon: 03-8884 4083 / 4042 / 4098
- Telegram: Jom Masuk Matrikulasi KPM
Ikuti juga media sosial rasmi Matrikulasi KPM untuk info terkini.