Semakan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2024 / 2025

Pengenalan

Matrikulasi 2024 : Program Matrikulasi KPM bertujuan untuk mengembangkan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti. Program ini mempersiapkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi, baik di dalam mahupun di luar negara. Fokus utama program ini adalah dalam bidang sains, teknologi, dan profesion, memastikan pelajar menerima pendidikan yang holistik dan relevan dengan keperluan industri dan masyarakat.

Lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM, yang sejak tahun 2017 telah diiktiraf oleh Perkhidmatan Awam. Pengiktirafan ini membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada graduan, bukan sahaja dalam sektor swasta tetapi juga dalam sektor awam. Dengan sijil ini, pelajar mempunyai asas yang kukuh untuk melanjutkan pelajaran dan membina kerjaya yang cemerlang dalam pelbagai bidang profesional.

Permohonan Matrikulasi 2024 / 2025

Permohonan Fasa 2 untuk pelajar lepasan SPM 2023 telah dibuka mulai 27 Mei hingga 31 Mei 2024, selama lima hari.

Keputusan permohonan ini akan diumumkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui laman web rasmi pada 20 Jun 2024.

Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara percuma melalui pautan dalam talian yang disediakan.

Di bawah ini, dikongsikan maklumat lanjut mengenai cara menyemak keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM, kelebihannya, serta cara membuat permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya.

Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia ini mempunyai 4 pilihan jurusan iaitu ;-

  1. Jurusan Sains
  2. Jurusan Kejuruteraan
  3. Jurusan Perakaunan
  4. Jurusan Perakaunan Profesional

Syarat Dan Kelayakan Ke Matrikulasi

Jurusan Sains

Aliran

  • Sains hayat
  • Sains Fizikal
  • Sains Komputer

Syarat AM

  • Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • SPM – Calon tahun semasa

Syarat Minimum SPM

  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – C
  • Matematik – B
  • Sejarah – Lulus
  • Matematik Tambahan – C
  • Fizik / Biologi – C
  • Kimia – C

Jurusan Kejuruteraan

Aliran

  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Awam
  • Asas Kejuruteraan

Syarat AM

  • Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • SPM – Calon tahun semasa

Syarat Minimum SPM

  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – C
  • Matematik – B
  • Sejarah – Lulus
  • Matematik Tambahan – C
  • Fizik – C
  • Kimia – Lulus
  • Bagi mana – mana mata pelajaran – C, (Biologi,Sains Tambahan,Asas Kelestarian,Pertanian,Sains Rumah Tangga,Reka Cipta,Sains Komputer,Sains Sukan,Lukisan Kejuruteraan,Grafik Komunikasi Teknikal,Prinsip Perakaunan,Ekonomi,Perniagaan,Pengajian Kejuruteraan Awam,Pengajian Kejuruteraan Mekanikal,Kimia,Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik)

Jurusan Perakaunan

Syarat AM

  • Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • SPM – Calon tahun semasa

Syarat Minimum SPM

  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – C
  • Matematik – C
  • Sejarah – Lulus
  • Bagi Mana-Mana 3 mata pelajaran – C, (Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik)

Jurusan Perakaunan Profesional

Syarat AM

  • Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • SPM – Calon tahun semasa

Syarat Minimum SPM

  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – A-
  • Matematik – A
  • Sejarah – Lulus
  • Matematik Tambahan – C
  • Bagi Mana-Mana 3 mata pelajaran – A (Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik)

Kelebihan Dan Risiko Matrikulasi 2024 KPM

Secara umumnya, terdapat pelbagai laluan yang boleh diambil oleh pelajar untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM, seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma, atau Program Matrikulasi.

Kelebihan Program Matrikulasi KPM:

  • Mendapat elaun kerajaan
  • Menyesuaikan diri dengan suasana universiti
  • Tempoh pengajian yang singkat
  • Mengembangkan kemahiran insaniah

Risiko Program Matrikulasi KPM:

  • Pembelajaran yang cepat dengan silibus yang padat
  • Sijil matrikulasi hanya boleh digunakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sahaja
  • Perlu mengambil MUET
  • Persaingan sengit dengan pelajar Asasi dan Tingkatan Enam

Kesimpulan Kelebihan Dan Risiko

Program Matrikulasi menawarkan beberapa kelebihan yang signifikan, termasuk pemberian elaun oleh kerajaan, yang membantu meringankan beban kewangan pelajar. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran universiti lebih awal, kerana tempoh pembelajarannya yang singkat. Di samping itu, program ini juga menekankan penerapan kemahiran insaniah atau soft skills, yang amat berguna dalam dunia pekerjaan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa risiko yang perlu diambil kira. Proses pembelajaran di Program Matrikulasi adalah sangat cepat dengan silibus yang mantap dan padu. Selain itu, sijil matrikulasi hanya boleh digunakan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sahaja. Pelajar juga wajib mengambil Malaysian University English Test (MUET) dan perlu bersaing dengan pelajar dari Program Asasi dan Tingkatan Enam, yang mungkin menambahkan lagi tekanan.

Yuran Pendaftaran Kemasukan Pelajar

Perincian yuran pendaftaran bagi Kolej Matrikulasi adalah seperti berikut :

Yuran Pendaftaran Matrikulasi

Bayaran tambahan RM0.60 dikenakan oleh pihak BSN.

Bayaran tambahan untuk JPPro :

  • Semester I RM600.00 untuk pembelian buku
  • Semester II RM1,690.00 untuk yuran peperiksaan ACCA

* Yuran pendaftaran bagi Kolej MARA adalah tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh pihak MARA dan perincian yuran akan dimaklumkan di dalam surat tawaran.

Elaun Sara Hidup Pelajar Matrikulasi

Kesemua pelajar yang mengikuti program Matrikulasi adalah diwajibkan untuk menginap di Asrama yang telah disediakan secara percuma.

Bagi pelajar yang layak, pihak Matrikulasi akan memberi elaun bantuan sara hidup kepada para pelajar. Pembayaran akan dibuat mengikut semester, iaitu RM250 sebulan.

Bantuan sara hidup ini akan dibayar secara terus ke akaun pelajar pada tarikh yang telah ditetapkan.

Bagi pelajar dari Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, jika ditempatkan di semenanjung Malaysia, Pelajar ini layak untuk membuat tuntutan tiket penerbangan pergi dan balik sebanyak sekali dalam setahun. Pelajar perlu membeli terlebih tiket terlebih dahulu dan kemudian membuat tuntutan kepada kolej masing-masing.

Senarai Matrikulasi KPM Di Malaysia

Institusi / AlamatTelefon / FaksE-mel / Laman Web
Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel:06-3832000
Faks:06-3847190
 E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel:06-4841825
Faks:06-4841821
E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tel:04-5756090
Faks:04-5757389
E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
02600 Arau, Perlis.
Tel:04-9868613, 04-9868614,
04-9868615, 04-9868616
Faks:04-9868542, 04-9868543
E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan OKK Daud, Merinding, 
Peti Surat 81735, 
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel:087-465311, 087-465314
Faks:087-466500
E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan Payamas, 
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
Tel:06-9781613
Faks:06-9781595
E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
31600 Gopeng, Perak.
Tel:05-3594449, 05-3594600
Faks:05-3594412, 05-3594413
E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
06010 Changlun, Kedah.
Tel:04-9286100
Faks:04-9242186
E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26300 Gambang, Pahang.
Tel:09-5495000
Faks:09-5499612, 09-5498996
E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel:04-4682508
Faks:04-4682281
E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel:09-4677103
Faks:09-4677102
Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
KM 5, Jalan Kukup, 
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Tel:07-6881629, 07-6881630
Faks:07-6881631, 07-6882720
E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Kathong Mukim Jugra, 
42700 Banting, Selangor.
Tel:03-31201410
Faks:03-31201372
E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Beg Berkunci No. 3, 
16810 Selising, Kelantan.
Tel:09-7808000
Faks:09-7808080
E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Lot 216, Fasa II, 
Taman Perindustrian Sejingkat, 
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
Tel:082-439100
Faks:082-433108
E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my
Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong, 
09000 Kulim, Kedah.
Tel:04-4906422
Faks:04-4906426
E-mel:info[@]kmkulim.edu.my
Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap, 
06300 Kuala Nerang, Kedah.
Tel:04-7867250, 04-7867255
Faks:04-7867254
E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my
Laman Web:http://www.kmkn.edu.my
Senarai Matrikulasi KPM Malaysia

Semakan Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2024

Keputusan permohonan matrikulasi sesi 2024 / 2025 akan mula dibuka bermula 20 jun 2024 jam 10 pagi.

matrikulasi 2024

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila emel kepada mohon.matrik[@]moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4035.

Anda juga boleh mengikuti Telegram Channel: Jom Masuk Matriks untuk maklumat lanjut.

Calon yang layak boleh mengemukakan permohonan melalui pautan berikut: https://matrikulasi.moe.gov.my.

Pengumuman Pihak KPM

Hebahan keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi akan diumumkan bermula 20 Jun 2024 jam 10.00 pagi. Calon boleh membuat rayuan kemasukan secara dalam talian pada 20-30 Jun 2024 dan rayuan pertukaran pada 20-22 Jun 2024 (keputusan 26 Jun 2024). Semak contoh paparan: https://bit.ly/SemakPMKPM

Ikuti media sosial Program Matrikulasi KPM untuk hebahan dan maklumat terkini. FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM, IG/TikTok – matrikulasikpm #matrikpilihanpertama #matrikulasidihatiku

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks

Kongsi artikel kami ini ke :