Love Elsa MegaDrama Astro RIA

Utama \ hiburan \ Love Elsa MegaDrama Astro RIA

Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri terbaru drama berjudul Love Elsa yang menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad. Drama hasil adaptasi dari karya novelis Acik Lana ini akan mula ditayangkan bermula pada 15 jun ini di saluran Astro RIA 104.

Drama ini merupakan sebuah lagi hasil sentuhan dari pengarah popular, Michael Ang yang sering mencetuskan fenomena dari hasil drama yang dihasilkan sebelum ini.

Siri drama 24 episod ini diterbitkan oleh produksi Juita Viden Sdn Bhd. Jadi jangan lupa untuk menonton siri ini menerusi saluran Astro RIA setiap hari isnin hingga khamis, di jam 10 malam.

TAJUK

LOVE ELSA

EPISOD : 24 Episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 15 JUN 2021 / 10 PM
SLOT : MegaDrama
SALURAN : Astro RIA 104
SKRIP : Nadia Khan, Mamu Vies
NOVELIS : Acik Lana
ARAHAN : Michael Ang
TERBITAN / PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PARA PELAKON : Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Riz Amin, Ramona Zamzam, Zeera Azizi, Mona Allen, Badrul Muhayat, Ku Faridah, Azhar Amir, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari, Mustapha Kamal, Fahmy Reza, Anwar Rusdini

Sinopsis Drama Love Elsa

Ammara, seorang gadis yang mempunyai penyakit misteri dan dilarang menyentuh sesiapa sahaja di dunia ini. Ammara alahan terhadap sentuhan manusia, setiap kali dia bersentuhan dengan kulit manusia lain, dia akan melihat masa lalu seseorang itu.

Alahannya menjadi seperti musibah bagi Ammara, penyakit itu tidak ada penawar atau ubat. Ammar membesar menjadi seorang gadis yang mengalami masalah kemurungan. Keluarganya tidak dapat menerima keadaannya dan membiarkannya bersendirian untuk menghadapi dunia.

Ketika Ridza muncul, hidupnya mula berubah. Dia mula bercakap dengan orang dan merasa gembira buat pertama kalinya dalam hidupnya. Ridza adalah satu-satunya rakan yang pernah dia ada. Ketidaksempurnaannya menjadi kekuatannya ketika dia menggunakan kelebihannya untuk menolong Ridza dalam menyelesaikan kes pembunuhan ayahnya. Satu demi satu misteri dapat diselesaikan olehnya.

Sinopsis Novel Love Elsa

Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total.

Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?

Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!

Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.

Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.

“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara

“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim

Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.

Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.

Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?

Tonton Drama Love Elsa

Episod 1 ~ https://www.youtube.com/watch?v=eT-4rF8t8kQ

Episod 2 ~ https://www.youtube.com/watch?v=9F1hazxR42c

Episod 3 ~ https://www.youtube.com/watch?v=diO0AHXjryw