Kilauan Emas merupakan program realiti yang unik di Malaysia, Di tahun 2024 peserta yang dipilih untuk bersaing adalah mereka berusia 45 tahun ke atas. Dengan fokus pada golongan veteran, rancangan ini memaparkan peserta yang sudah matang dalam pengalaman hidup namun berjiwa muda dalam bakat nyanyian mereka, menjadikan setiap musim penuh emosi dan inspirasi.
Selama enam musim, program ini telah dikenali dengan tagline popular “Otai Masih Berbisa,” dan bagi musim terbaru iaitu musim 7, Kilauan Emas tampil dengan tagline baru, “Otai Kembali Berbisa.” Walaupun dengan perubahan ini, matlamat utama rancangan tetap sama – menonjolkan bakat-bakat lama yang tidak kurang hebatnya berbanding bakat baharu.
Sejak ditayangkan pada 2011, Kilauan Emas telah menghasilkan juara-juara yang datang dari pelbagai latar belakang, mencerminkan kepelbagaian bakat Malaysia. Antara juara terdahulu termasuk Ali Norpiah (Musim 1), Fuad (Musim 2), Meor Yazid (Musim 3), Arip (Musim 4), dan Wak Mustar (Musim 5), dengan musim keenam, Kilauan Emas Otai, menyaksikan Wak Mustar kembali mengungguli pertandingan dengan mengalahkan para juara sebelumnya.
Menggunakan format pertandingan nyanyian, Kilauan Emas 2024 memfokuskan kepada keunikan dan kematangan vokal peserta berusia veteran.
Setiap minggu, peserta berentap melalui pelbagai pusingan nyanyian bertemakan lagu-lagu yang sesuai dengan pengalaman dan gaya mereka. Program ini berterusan selama lapan minggu, dengan pemenang utama membawa pulang hadiah lumayan beserta trofi kemenangan.
Syarat Menyertai Kilauan Emas 2024
Berikut adalah senarai syarat penyertaan dengan penerangan:
Warganegara Malaysia berumur 45 tahun ke atas Program Kilauan Emas disasarkan khusus untuk warga emas Malaysia yang berumur 45 tahun ke atas. Fokusnya adalah kepada mereka yang berjiwa seni dan berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi jarang mendapat peluang untuk menonjolkan bakat mereka di peringkat nasional.
Peserta tidak pernah merakamkan sebarang album muzik Salah satu syarat utama adalah bahawa peserta tidak pernah mengeluarkan album komersial yang diterbitkan secara rasmi. Ini memastikan bahawa hanya bakat baru yang belum ditemui dan belum mempunyai nama besar dalam industri yang layak menyertai. Kriteria ini memberikan peluang kepada peserta untuk menunjukkan potensi sebenar mereka tanpa pengaruh kejayaan komersial terdahulu.
Tidak terikat dengan mana-mana kontrak rakaman Peserta yang ingin menyertai tidak boleh berada di bawah kontrak syarikat rakaman. Ini bagi memastikan kesemua peserta mempunyai peluang yang adil untuk beraksi di pentas Kilauan Emas tanpa terikat kepada mana-mana syarikat atau pengurus. Peserta yang memenuhi syarat ini dapat menikmati pengalaman dalam program dengan sepenuh komitmen dan kebebasan.
Membawa salinan Kad Pengenalan Salinan Kad Pengenalan perlu diserahkan bagi tujuan pengesahan identiti semasa sesi uji bakat. Langkah ini diambil untuk mengelakkan sebarang isu pengenalan dan memastikan hanya individu yang memenuhi kriteria umur serta kewarganegaraan dibenarkan.
Gambar berukuran 3R (dari kepala hingga paras pinggang) Peserta juga dikehendaki membawa gambar berukuran 3R yang menunjukkan wajah mereka secara jelas, dari kepala hingga ke paras pinggang. Gambar ini digunakan untuk tujuan dokumentasi, pengenalan, dan memudahkan pihak produksi dalam mengenal pasti peserta sepanjang proses uji bakat dan pertandingan.
Sesi Uji Bakat Kilauan Emas 2024
Uji bakat Kilauan Emas 2024 telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 3 dan 4 Ogos 2024, bertempat di pusat beli-belah SACC Mall, Shah Alam. Berbeza dengan musim-musim terdahulu yang lazimnya mengadakan uji bakat di beberapa lokasi, kali ini, pihak produksi memilih untuk mengadakan sesi pemilihan di satu lokasi sahaja. Ini dilihat sebagai satu usaha untuk menumpukan perhatian dalam proses pemilihan, memastikan kualiti dan ketelitian yang lebih tinggi dalam penilaian peserta.
Selepas sesi saringan yang ketat, hanya 20 peserta yang benar-benar menyerlah dalam bakat dan personaliti berjaya terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya. Keputusan ini dibuat berdasarkan kriteria penilaian yang menitikberatkan aspek vokal, persembahan, dan karisma yang ditampilkan semasa uji bakat. Penglibatan seramai 20 peserta ini membawa pelbagai latar belakang yang akan memeriahkan pentas Kilauan Emas, dan setiap daripada mereka mewakili kepelbagaian bakat veteran di Malaysia.
Kesemua peserta yang terpilih telah dijemput untuk berentap di pentas TOP 20 pada 5 Ogos 2024, yang menandakan permulaan perjalanan mereka dalam pertandingan ini. Pusingan TOP 20 ini memberi ruang kepada finalis untuk menyerlahkan kemampuan sebenar mereka di pentas yang lebih formal dan bersedia mencabar diri untuk mara ke peringkat seterusnya. Rancangan ini juga diharapkan dapat mencungkil lebih ramai bakat yang berbisa dalam kalangan masyarakat veteran tanah air
Hadiah Pemenang Kilauan Emas 2024
Hadiah bagi pemenang Kilauan Emas 2024 adalah sangat menarik, memberikan dorongan besar kepada peserta veteran untuk mencipta nama di dunia hiburan Malaysia. Juara utama akan membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi istimewa, sebuah penghargaan yang diharapkan dapat memberi peluang kepada mereka untuk terus berkarya dalam bidang nyanyian. Hadiah ini memberi nilai besar kepada peserta otai yang memperjuangkan impian mereka, dan ia juga membuktikan sokongan yang diberikan kepada golongan ini dalam industri muzik tempatan.
Di samping itu, peserta berpeluang meraih gelaran mingguan, “Emas Berkilau Of The Week,” yang diberikan kepada peserta dengan undian tertinggi daripada peminat. Setiap minggu, undian peminat akan menentukan pemenang gelaran ini, memberikan motivasi tambahan kepada peserta untuk meningkatkan prestasi mereka pada setiap konsert mingguan yang disiarkan secara langsung dari Royal Theater Shah Alam di Astro Prima.
Senarai Perserta Kilauan Emas 2024
Berikut merupakan senarai penuh bersama maklumat perserta kilauan emas pada tahun 2024 ini yang terpilih setelah mengharungi beberapa uji bakat.
MARIA
MARIA
Nama: Mariani Mustafa @ Mamat
Asal: Setiu, Terengganu
Pekerjaan: Busker
Biodata MARIA
WAN
WAN
Nama: Ridzuan Bin Yusof
Asal: Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Pekerjaan: Pegawai Imigresen
Biodata WAN
SUE
SUE
Nama: Sueneata Bt Hamzah
Asal: Ulu Kinta, Perak
Pekerjaan: Tukang Jahit
Biodata SUE
BALQIS
BALQIS
Nama: Bulqis Bt Sadak
Asal: Telipuk, Sabah
Pekerjaan: Peniaga Sambal
Biodata BALQIS
DINO
DINO
Nama: Shamsuddin Bin Md Ali
Asal: Kulim, Kedah
Pekerjaan: Pesara PDRM
Biodata DINO
GIE
GIE
Nama: Roziah Binti Abd. Hamid
Asal: Mersing, Johor
Pekerjaan: Suri Rumah
Biodata GIE
SIDI
SIDI
Nama: Marsidi Bin Mansor
Asal: Alor Setar, Kedah
Pekerjaan: Inspektor Penjara, Jabatan Penjara Malaysia