Iltizam Selangor Sihat : Syarat, Benefits, Login, Semakan

Pengenalan

Iltizam Selangor Sihat – Kesejahteraan dan kesihatan rakyat adalah keutamaan yang tidak boleh diabaikan oleh mana-mana kerajaan.

Dalam usaha memastikan semua lapisan masyarakat di negeri Selangor mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Oleh dari itu kerajaan negeri Selangor telah melancarkan sebuah program yang dinamakan sebagai Iltizam Selangor Sihat.

Program ini sebelumnya dikenali sebagai Skim Peduli Sihat dan telah dijenamakan semula serta ditambahbaik kepada program Iltizam Selangor Sihat. Dengan pembaharuan ini Kerajaan menyasarkan 100,000 rakyat Selangor bakal menikmati kemudahan ini.

Inisiatif ini direka khusus untuk menyediakan rawatan perubatan percuma atau pada kos yang sangat rendah kepada penduduk Selangor. Ia terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan (B40).

Dengan kerjasama klinik-klinik terpilih, program ini memastikan penjawat awam selangor dan rakyat biasa boleh mendapatkan rawatan dengan mudah.

Artikel ini akan mengupas dengan lebih mendalam tentang apa itu Iltizam Selangor Sihat, syarat-syarat kelayakan, faedah (benefits) yang ditawarkan. Juga cara-cara untuk login dan membuat semakan dalam program ini.

Anda juga akan dipandu tentang proses permohonan secara online, bagaimana mengisi borang permohonan, dan langkah-langkah untuk menyemak status permohonan anda. Dengan pemahaman yang lebih jelas mengenai program ini, diharapkan lebih ramai rakyat Selangor mendapat manfaat. Dari itu beroleh peluang kesihatan yang lebih baik dengan bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Apa itu Iltizam Selangor Sihat?

Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin terhadap kesihatan rakyat Selangor. Oleh itu, pada tahun 2022, pihak Kerajaan Negeri telah melancarkan penambahbaikan terhadap Program Skim Insurans Peduli Sihat, yang kini dikenali sebagai Program Iltizam Selangor Sihat.

Inisiatif ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri melalui dana yang disalurkan khusus untuk program ini. Program Iltizam Selangor Sihat mensasarkan seramai 100,000 pemohon dan keluarga berdaftar, terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah (B40), agar mereka dapat memanfaatkan rawatan asas dan manfaat perlindungan yang disediakan.

Program Iltizam Selangor Sihat ini menawarkan pelbagai manfaat yang merangkumi rawatan asas di klinik-klinik berdaftar, termasuk vaksinasi terpilih. Selain itu, ia juga menyediakan manfaat perlindungan tambahan yang boleh dituntut oleh ahli aktif atau waris mereka. Dengan adanya program ini, kerajaan negeri Selangor berharap dapat meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan memastikan kesejahteraan rakyat, terutama golongan yang kurang berkemampuan.

Secara khususnya, program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat Selangor dalam mendapatkan rawatan kesihatan. Dengan rawatan asas percuma atau kos yang sangat rendah di klinik-klinik yang terlibat, rakyat tidak perlu lagi risau tentang kos perubatan yang tinggi. Vaksinasi terpilih juga disediakan untuk memastikan rakyat mendapat perlindungan dari penyakit-penyakit yang boleh dicegah.

Manfaat perlindungan tambahan yang ditawarkan oleh program ini termasuk pampasan kewangan bagi ahli aktif atau waris mereka dalam kes kecemasan atau penyakit kritikal. Ini bertujuan untuk memberikan ketenangan fikiran kepada rakyat Selangor bahawa mereka dilindungi dalam situasi yang tidak dijangka.

Untuk memohon program ini, rakyat Selangor perlu memenuhi syarat-syarat tertentu seperti menjadi warganegara Malaysia, menetap di Selangor, dan tergolong dalam kategori pendapatan B40. Proses permohonan boleh dilakukan secara online dengan mengisi borang permohonan dan menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan. Selepas permohonan diterima, status permohonan boleh disemak melalui portal rasmi program.

Manfaat Program Iltizam Selangor Sihat (Skim Peduli Sihat)

1. Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam (ISSPA)

Skim Peduli Sihat Penjawat Awam (PSPA) kini dikenali sebagai Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam (ISSPA). Skim ini diperkenalkan untuk memberi manfaat kepada penjawat awam kerajaan negeri Selangor, terutamanya mereka yang berada dalam Gred 44 dan ke bawah. Melalui skim ini, penjawat awam tersebut layak menerima rawatan kesihatan dan perubatan daripada hospital dan klinik swasta dengan kos yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Manfaat dan Kelebihan ISSPA:

  • Pembiayaan Rawatan Kesihatan: Kos rawatan kesihatan dan perubatan dibiayai sehingga RM10,000 setahun seorang.
  • Rawatan Pesakit Luar: Individu boleh memperoleh kos rawatan pesakit luar sehingga RM250.00 setahun.
  • Pengecualian Polisi:
  • Pre-existing Condition: Pengecualian polisi untuk keadaan kesihatan sedia ada.
  • Specified Illnesses: Pengecualian polisi untuk penyakit yang telah ditetapkan.
  • Waiting Period: Pengecualian polisi tempoh menunggu.
  • Co-payment: Pengecualian polisi pembayaran bersama.

Kriteria Kelayakan:

  • Gred Penjawat Awam: Terbuka kepada penjawat awam kerajaan negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah.
  • Usia: Penjawat awam berusia 60 tahun ke bawah.

Program ini telah mula dijalankan pada tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM1 juta, memberi manfaat kepada 10,000 penjawat awam kerajaan negeri Selangor.

2. Skim Rawatan Jantung

Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40) mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Skim ini telah dimulakan pada tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta setahun yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pengendalian dan Kerjasama:

  • Pengendalian: Program ini dikendalikan oleh anak syarikat PKNS, SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE), melalui anak syarikatnya Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE).
  • Kerjasama dengan Hospital Panel:
  • Institut Jantung Negara (IJN)
  • Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL)
  • UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh

Bantuan yang diberikan adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Dengan program-program seperti ISSPA dan Skim Rawatan Jantung, Kerajaan Negeri Selangor berusaha memastikan rakyat negeri ini mendapat akses kepada rawatan kesihatan yang berkualiti, sekaligus meningkatkan kesejahteraan mereka. Kedua-dua skim ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat, terutama golongan yang kurang berkemampuan dan penjawat awam yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negeri.

Syarat Permohonan Iltizam Sihat Selangor 2024

Terdapat dua kategori yang telah ditetapkan dalam Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor, iaitu Kategori A dan Kategori B.

Kategori A

Ahli Iltizam Selangor Sihat (dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).

Kategori B

Bukan Ahli Iltizam Selangor Sihat (dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat) dengan pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan.

Syarat dan KelayakanKategori AKategori B
Ahli ProgramAhli Iltizam Selangor Sihat (dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat)Bukan Ahli Iltizam Selangor Sihat (dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat)
Warganegara dan Taraf PemastautinWarganegara Malaysia; lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun dan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
Pendapatan Isi RumahBawah RM3,000 sebulanBawah RM8,000 sebulan
Mekanisme Rujukan PesakitKlinik Panel Iltizam Selangor Sihat/SELCARE atau Hospital KerajaanKelulusan khas oleh EXCO (Kesihatan), Kerajaan Negeri Selangor
Had Pembiayaan1. Saringan Jantung
2. Prosedur Rawatan Pembedahan
3. Rawatan Susulan (maksimum 2 kali)
*Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja
1. Prosedur Rawatan Pembedahan
*Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja
Syarat Permohonan Iltizam Sihat Selangor 2024

Cara Permohonan Iltizam Sihat Selangor 2024

Berikut merupakan cara membuat permohonan bagi kedua kategori yang dinyatakan di atas.

Kategori A

Saringan
1. Pesakit perlu menjalani pemeriksaan dan mendapatkan surat rujukan dari Klinik Rangkaian SELCARE atau Klinik/Hospital Kerajaan (KKM).
2. Hantar surat rujukan tersebut bersama dengan salinan kad pengenalan melalui emel ke gl[@]selcare.com. Pastikan tajuk emel adalah “PERMOHONAN SARINGAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A“.
3. Status permohonan (sama ada Lulus atau Tidak Lulus) akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel atau panggilan telefon. Bagi permohonan yang lulus, surat jaminan akan dikeluarkan.
Cara Permohonan Bagi Kategori A untuk Saringan Kesihatan
Prosedur Pembedahan
1. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan dari laman sesawang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor di
Borang Permohonan Skim Rawatan Jantung Kat_A 2023.pdf
Lengkapkan borang tersebut dan lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan, kemudian hantarkan melalui emel ke gl[@]selcare.com.
Status permohonan (sama ada Lulus atau Tidak Lulus) akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel atau panggilan telefon. Bagi permohonan yang lulus, surat jaminan akan dikeluarkan.
*Pemohon yang lulus layak mendapat 2 kali rawatan susulan (tertakluk kepada terma dan syarat).
Cara Permohonan Bagi Kategori A untuk Prosedur Pembedahan

Kategori B

Prosedur Pembedahan
Berikut adalah huraian semula bagi proses permohonan prosedur pembedahan dalam Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor:
Pemohon perlu memuat turun borang permohonan dari laman sesawang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor di
Borang Permohonan Skim Rawatan Jantung Kat B 2023.pdf
Lengkapkan borang tersebut dan lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan, kemudian hantarkan melalui emel ke gl[@]selcare.com
Status permohonan (sama ada Lulus atau Tidak Lulus) akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel atau panggilan telefon. Jika permohonan lulus, surat jaminan akan dikeluarkan.
*Setiap permohonan yang lulus hanya layak untuk prosedur dan pembedahan sahaja (tertakluk kepada terma dan syarat).
Cara Permohonan Bagi Kategori B untuk Prosedur Pembedahan

Borang permohonan dan dokumen sokongan lengkap perlu dihantar melalui emel ke gl[@]selcare.com.

Permohonan mengambil masa 14 hari bekerja.

Pengambilan ubat, rawatan susulan, konsultasi, atau rawatan ulangan tidak dibenarkan kecuali bagi pemohon yang lulus pembedahan, yang layak mendapat 2 kali rawatan susulan.

Senarai Diagnosis Yang Dilindungi Iltizam Selangor Sihat

Senarai Diagnosis Yang Dilindungi Dalam Skim Rawatan Jantung
i. Acute Coronary Syndrome
ii. ST-elevation myocardial infarction
iii. Non-ST elevation myocardial infarction
iv. Unstable angina
v. Atherosclerotic Heart Disease
vi. Heart Disease
vii. Ischemic Heart Disease
viii. Dilated Cardiomyopathy
ix. Ischemic Cardiomyopathy
x. Atrial Fibrillation
xi. Non-st Elevation (Nstemi) Myocardial Infarction
xii. Heart Failure
xiii. Sick Sinus Syndrome
xiv. AV Heart Block
xv. Tachyarrhythmia
xvi. Chest Pain for evaluation
xvii. Syncope for evaluation
Senarai Diagnosis Yang Dilindungi Dalam Skim Rawatan Jantung

Senarai Diagnosis Yang Tidak Dilindungi Iltizam Selangor Sihat

Senarai Diagnosis Yang TIDAK Dilindungi Dalam Skim Rawatan Jantung
i. Congenital Heart Disease
ii. Atrial Septal Defect
iii. Valvular Heart Disease
iv. Arrhythmia
v. Cardiac Genetic Disorder
vi. Cardiac Tumor
Senarai Diagnosis Yang TIDAK Dilindungi Dalam Skim Rawatan Jantung

Faedah Iltizam Selangor Sihat

1. Faedah Asas

Rawatan Asas & Vaksinasi

  • Termasuk rawatan gigi di klinik gigi panel Iltizam Selangor Sihat (ISS).
  • Peruntukan: RM500/setahun (Kategori Keluarga) atau RM250/setahun (Kategori Individu).

2. Faedah Hospitalisasi

  • Had sebanyak RM10,000 sahaja (Pemohon utama sahaja).

Polisi Faedah Hospitalisasi Iltizam Selangor Sihat:

  • Had Tahunan: RM10,000 (Ahli prinsipal sahaja).
  • Perlindungan serta-merta.
  • Had Umur: 80 tahun ke bawah.
  • Dokumen Pra-Rawatan dan Surat Rujukan:
  • Klinik Selcare / The KL Clinic.
  • Telemedicine Selcare melalui aplikasi Selangkah.
  • Klinik Kesihatan / Hospital Kerajaan.
  • Rawatan Kecemasan: Di Hospital Kerajaan sahaja.
  • Kemasukan Wad (Hospitalisasi): Di hospital panel Selcare. Rujuk panel di https://www.iltizamselangorsihat.com/manfaathospitalisasi.php
  • Terma dan Syarat: Pengecualian standard hospitalisasi adalah terpakai (kes-kes tidak ditanggung).

3. Faedah Tambahan Perlindungan

Faedah PerlindunganJumlah (RM)
Kematian Semulajadi (Pemohon Utama)RM5,000 sekali tuntutan sahaja
Penyakit Kritikal (Pemohon Utama)RM5,000 sekali tuntutan sahaja (tidak meliputi penyakit sedia ada)
Penyakit Kritikal (Keluarga Berdaftar)RM2,000 sekali tuntutan sahaja (tidak meliputi penyakit sedia ada)
Faedah Tambahan Perlindungan

*Tertakluk pada terma dan syarat

Butiran Had Tahunan

ButiranJumlah (RM)
Had Tahunan Plan Kategori KeluargaRM500/Setahun
Had Tahunan Plan IndividuRM250/Setahun
Had Gunaan Setiap Kali RawatanRM70/Rawatan
Had Gunaan Suntikan VaksinasiJenis Vaksin dan Had Harga
PneumococcalRM180
MeningcoccalRM180
TyphoidRM80
InfluenzaRM80
Hepatitis BRM55
Butiran Had Tahunan

Soalan Lazim

Bahagian 1

1. Adakah saya layak untuk menerima faedah Iltizam Sihat Selangor – Pesakit Dalam?

Kelayakan menggunakan faedah kemasukan wad Iltizam Sihat Selangor adalah secara automatik jika anda seorang ahli utama Iltizam Sihat Selangor yang aktif. Walaubagaimanapun, permohonan kemasukan ke hospital perlu memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

2. Apakah kriteria-kriteria untuk menggunakan faedah Iltizam Sihat Selangor – Pesakit Dalam?

Kriteria-kriteria:

  1. Ahli utama Iltizam Sihat Selangor sahaja.
  2. Berumur 80 tahun dan ke bawah.

3. Apakah faedah manfaat hospitalisasi yang diberikan?

Faedah hospitalisasi yang diberikan adalah:

  • RM 10,000 secara tahunan.
  • Perlindungan serta merta (tiada tempoh menunggu bagi penyakit sedia ada).
  • Rawatan di panel hospital swasta bagi kes-kes bukan kecemasan.
  • Rawatan di panel hospital kerajaan bagi kes-kes kecemasan.

4. Dimana saya boleh mendaftar untuk mendapatkan faedah ini?

  1. Tiada pendaftaran dibuka.
  2. Kelayakan adalah secara automatik jika anda seorang pemegang keahlian Iltizam Sihat Selangor.

5. Adakah saya perlu mendapatkan surat rujukan sebelum menggunakan manfaat hospitalisasi ini?

Tidak. Kelayakan hanyalah kepada ahli utama (principal) sahaja.

6. Dimana saya boleh mendaftar untuk mendapatkan faedah ini?

Ya, ahli perlu mendapatkan surat rujukan bagi kemasukan ke hospital swasta dari senarai di bawah:

  • Cawangan Klinik Selcare atau,
  • Melalui perundingan dalam talian (telemedicine) atau,
  • Surat rujukan daripada hospital kerajaan.

7. Bagaimana cara untuk saya memohon surat jaminan (Guarantee Letter) bagi kemasukan ke hospital swasta?

Ahli hanya perlu ke hospital dan kakitangan hospital akan mendapatkan pra kebenaran dari pihak Selcare bagi pembiayaan kemasukan ke hospital. Semua prosedur untuk mendapatkan Surat Jaminan (GL) akan dilakukan oleh kakitangan hospital panel yang berurusan terus dengan pihak Selcare.

8. Bolehkah saya membuat permohonan surat jaminan melalui panggilan telefon?

Tidak boleh. Tiada permohonan diterima melalui panggilan telefon.

Bahagian 2

9. Bagaimana proses pra kebenaran dilakukan?

Proses pra kebenaran dilakukan sebelum kemasukan ke hospital:

  • Borang Pra Kemasukan (Pre admission form (PAF)) akan diisi oleh doktor yang merawat.
  • Melalui borang PAF, info-info seperti sebab kemasukan ke hospital dan keadaan kesihatan anda akan dinyatakan.
  • Anda dikehendaki untuk menandatangani borang PAF tersebut sebagai tanda persetujuan. Borang akan dihantar oleh pihak hospital kepada Selcare untuk pengeluaran surat jaminan.
  • Jika kemasukan ke hospital memenuhi terma dan syarat, Selcare akan mengeluarkan surat jaminan bagi rawatan tersebut.
  • Ahli akan dimaklumkan oleh pihak hospital setelah GL dikeluarkan, dan selepas itu kemasukan hospital akan diuruskan dengan lancar.

10. Berapa lama tempoh proses pengeluaran Surat Jaminan?

20 Minit-30 minit

11. Bagaimana untuk saya mengetahui bahawa permohonan Surat Jaminan saya telah dikeluarkan?

Surat Jaminan yang telah dikeluarkan, boleh disemak melalui:

  1. Hospital
  2. Hubungi talian khidmat pelanggan Selcare (1 800 22 6600)
  3. Atau melalui aplikasi Selangkah.

12. Adakah sebarang kemungkinan perbelanjaan saya sewaktu kemasukan ke hospital swasta tidak ditanggung?

Perbelanjaan bagi kemasukan ke hospital swasta tidak akan ditanggung sekiranya:

  • Jumlah kos perbelanjaan kemasukan ke hospital melebihi RM10,000.
  • Penggunaan item-item seperti di perenggan nombor 14.

Anda perlu membayar sebarang perbelanjaan yang tidak dilindungi kepada hospital sebelum meninggalkan hospital.

Bahagian 3

13. Dalam keadaan apakah saya tidak diberikan Surat Jaminan?

Surat Jaminan tidak dapat dikeluarkan bagi kemasukan wad yang berpunca daripada sebab berikut:

  1. Punca kemasukan wad disebabkan pesakit di bawah pengaruh dadah atau alkohol serta komplikasinya.
  2. Punca kemasukan wad disebabkan kes-kes cubaan membunuh diri serta komplikasinya.
  3. Punca kemasukan wad disebabkan kehamilan, bersalin atau keguguran serta komplikasinya.
  4. Punca kemasukan wad disebabkan penyakit kelamin cth HIV/AIDS serta komplikasinya.
  5. Punca kemasukan wad disebabkan rawatan pergigian serta komplikasinya, kecuali kemalangan.
  6. Punca kemasukan wad disebabkan rawatan kosmetik seperti pembedahan plastik & sebagainya serta komplikasinya.
  7. Punca kemasukan wad disebabkan penyakit mental serta komplikasinya.
  8. Punca kemasukan wad disebabkan kecederaan akibat penglibatan aktiviti bersukan yang bahaya serta komplikasinya.
  9. Punca kemasukan wad disebabkan pembetulan penglihatan (rabun jarak jauh dan dekat) serta komplikasinya.
  10. Punca kemasukan ke wad disebabkan oleh peperangan atau sebarang tindakan perang diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, tugas aktif dalam angkatan tentera secara langsung serta penyertaan dalam mogok, rusuhan dan pemberontakan serta komplikasinya.
  11. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ badan oleh orang yang dilindungi dan kos pemerolehan organ tersebut termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma semasa pemindahan organ dan komplikasinya.
  12. Kemasukan ke hospital disebabkan oleh rawatan yang boleh diberikan sebagai pesakit luar dan tidak memerlukan kemasukan hospital.
  13. Kemasukan ke hospital disebabkan oleh senarai 36 Penyakit Kritikal.

14. Apakah perbelanjaan yang lazimnya tidak dilindungi?

  1. Telefon, lodger, perkhidmatan dobi, kafeteria dan caj bukan perubatan lain.
  2. Ubat-ubatan yang tidak berkaitan dengan diagnosis.
  3. Sebarang ubat bawa pulang bagi tempoh yang melebihi satu bulan selepas pesakit discaj.
  4. Alternatif terapi seperti akupunktur, chiropractic, reflexology, bonesetting, urut, confinement, konsultasi dietitian dan lain-lain.
  5. Vitamin & makanan tambahan.
  6. Penjagaan diri seperti sabun, syampu, pencuci muka, sunblock, pelembap, hand lotion dan lain-lain.
  7. Caj yang berkaitan dengan rawatan pesakit luar, pemeriksaan kesihatan atau ujian rutin (ujian saringan).
  8. Caj bilik yang melebihi kelayakan yang telah ditetapkan.
  9. Lain-lain perkara tertakluk kepada polisi semasa.

Anda perlu membayar sebarang perbelanjaan yang tidak dilindungi kepada hospital sebelum meninggalkan hospital.

Bahagian 4

15. Bagaimanakah prosedur mendapatkan surat Jaminan bagi kemasukan ke hospital kerajaan untuk kes-kes kecemasan?

Jika pesakit memerlukan kemasukan ke wad bagi rawatan kecemasan, surat jaminan akan diberikan kepada pesakit atau waris pesakit selepas kemasukan ke wad atau selepas pesakit discaj dari hospital. Pesakit atau waris pesakit perlu mengemukakan ringkasan discaj (discharge summary) atau surat kemasukan ke hospital dari hospital kerajaan bagi mendapatkan surat jaminan dan setelah surat jaminan diperoleh, pesakit atau waris pesakit perlu mengemukakan surat jaminan tersebut kepada pihak hospital kerajaan sebagai bukti pembiayaan di bawah Program ISS.

16. Untuk mendapatkan senarai Hospital Panel Selcare, anda boleh:

  • Melayari laman web Selcare
  • Menggunakan “Panel Locator” di aplikasi Selangkah -> Member portal
  • Menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1-800-22-6600

17. Apakah yang perlu saya bawa sekiranya ingin mendapatkan rawatan di klinik (outpatient)?

Anda hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja untuk mendapatkan rawatan di klinik.

18. Bagaimanakah cara saya boleh memohon untuk manfaat tambahan ISS?

  1. Anda perlu mendapatkan surat permohonan dari pihak DUN atau muat naik daripada laman sesawang ISS di https://iltizamselangorsihat.com/.
  2. Anda perlu mengemukakan dokumen yang berkenaan seperti sijil kematian dan mendapatkan pengesahan daripada pihak DUN.
  3. Pihak DUN perlu mengemelkan segala borang permohonan kepada pihak Selcare dan pihak Selcare akan memproses semua permohonan.
  4. Tuntutan ini mengambil masa 30 hari bekerja untuk selesai.

19. Siapakah yang layak mendapat manfaat tambahan ISS?

  1. Bagi manfaat khairat kematian, hanya pemegang kad (principal) sahaja yang layak menerima manfaat ini.
  2. Bagi manfaat penyakit kritikal, pemegang kad (principal) dan keluarga berdaftar layak menerima manfaat ini.

20. Adakah saya perlu memperbaharui keahlian setiap tahun?

Ahli perlu memperbaharui keahlian setiap 2 tahun. Hal ini adalah untuk memastikan setiap ahli yang menerima manfaat ini menepati syarat kelayakan semasa.

Kongsi artikel kami ini ke :