iBita : Bantuan Pendaftaran IPT Pulau Pinang 2024

Pengenalan

Kepada para pelajar yang sedang dan akan melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT bagi tahun 2024, ada berita baik untuk anda. Permohonan bantuan iBita kini telah dibuka bermula 1 Julai 2024 dan akan ditutup pada 31 Julai 2024.

Pemohon yang menerima surat tawaran bermula dari bulan Januari hingga Julai boleh mengisi permohonan untuk sesi JULAI mengikut tahun semasa. Bagi pemohon yang menerima surat tawaran pada bulan ogos hingga disember pula perlu membuat permohonan pada sesi Julai tahun berikutnya.

Adakah anda ingin tahu bagaimana cara untuk memohon bantuan iBita ini? Baca artikel ini untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai iBita. Ianya termasuk syarat-syarat kelayakan, langkah-langkah untuk memohon, dan jumlah bantuan kewangan yang boleh anda peroleh.

Arikel ini akan membimbing anda melalui proses permohonan supaya anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan yang berharga ini.

Apa Itu iBita?

iBita merupakan satu inisiatif bantuan kewangan yang khusus disediakan bagi membantu pelajar-pelajar yang ingin mendaftar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan yang seringkali menjadi halangan utama bagi ramai pelajar dalam meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. iBita bukan sekadar bantuan biasa, tetapi ia adalah satu komitmen dari pihak kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memastikan bahawa setiap rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengorak langkah yang proaktif dengan memperkenalkan bantuan ini bagi menyokong warga negeri tersebut. Melalui iBita, pelajar-pelajar dari Pulau Pinang yang memenuhi syarat-syarat kelayakan akan menerima bantuan kewangan yang dapat digunakan untuk tujuan pendaftaran ke IPT. Ini termasuklah yuran pendaftaran, pembelian buku dan peralatan pembelajaran, serta kos-kos lain yang berkaitan dengan permulaan pengajian.

Bantuan ini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan kesungguhan mereka dalam memastikan tiada pelajar yang tercicir akibat kekangan kewangan. Dengan adanya iBita, diharapkan lebih ramai pelajar dari Pulau Pinang akan dapat melanjutkan pengajian mereka dengan lebih tenang dan fokus, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara di masa hadapan. Program ini adalah manifestasi kepada keprihatinan dan tanggungjawab sosial kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap kesejahteraan rakyatnya.

Kadar Bantuan iBita Pulau Pinang

Bantuan iBita ini adlah satu bentuk bantuan tunai secara one-off sahaja. Berapa nilai bantuan iBita ianya bergantung kepada pendaftaran IPT, sama ada Universiti, Politeknik dan tempat pendaftaran pengajian.

Berikut adalah kadar bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini.

Lokasi IPTJumlah Bantuan
Universiti Semenanjung MalaysiaRM1000
Universiti Sabah Dan SarawakRM1200
Politeknik MalaysiaRM300

Syarat Kelayakan iBita Pulau Pinang

Berikut merupakan syarat dan kelayakan bagi memohon bantuan iBita ini yang telah ditetapkan.

  1. Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian (ONLINE) di laman web http://lbita.penang.gov.my/ .
  2. Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00. (Gaji Pokok Sahaja).
  3. Pemohon merupakan anak kelahiran Pulau Pinang ATAU Ibu / Bapa / Penjaga / Pemohon (salah seorang ) merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang
  4. Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja.
  5. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
  6. Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA, baca di Senarai Salinan Dokumen Memohon iBita.
  7. Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran akan ditolak
  8. Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia sahaja yang layak memohon. Baca di Senarai IPTA, IPTS Dan Politeknik Yang Layak iBita.

Senarai Salinan Dokumen Memohon iBita

  1. Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang dicetak melalui laman sesawang iBITA (http://lbita.penang.gov.my/)
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik. Tarikh Pendaftaran/Kemasukan Pelajar – (Pra Pendaftaran atau Orientasi tidak diambil kira)
  3. Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran
  4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar (yang jelas)
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga (yang jelas)
  6. Salinan Semakan Daftar Pemilih (https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih)
  7. Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Pesara Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga
  8. Salinan Penyata Bank.Pemohon perlu mengemukakan salinan Penyata Bank (PELAJAR)
  9. Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin.
  10. Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap WAJIB mengemukakan Akuan Bersumpah ATAU Penyata Saraan Daripada Penggajian (Borang EA) atau Borang Nyata Individu (Borang BE).
  11. Bagi pemohon yang berstatus anak yatim atau tinggal bersama Penjaga wajib mengemukakan Akuan Bersumpah / Sijil Kematian / Sijil Cerai/ Sijil Anak Angkat.

* Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) atau Penghulu sahaja.

Senarai IPTA, IPTS Dan Politeknik Yang Layak iBita

Senarai IPTA

  1. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
  2. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
  3. UNIVERSITI MALAYA (UM)
  4. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
  5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)
  6. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
  7. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
  8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
  9. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
  11. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
  12. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  13. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
  14. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  15. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
  16. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
  17. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  18. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
  19. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
  20. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Senarai IPTS

  1. UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
  2. UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
  3. ASIAN INSTITUTE OF MEDICINE, SCIENCE AND TECHNOLOGY (AIMST)
  4. UNIVERSITI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI TUNKU ABDUL RAHMAN (TAR UMT)
  5. KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
  6. MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY COLLEGE (MSU) PULAU PINANG

Senarai Politeknik

  1. POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
  2. POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)
  3. POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB)
  4. POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS)
  5. POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG)
  6. POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
  7. POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
  8. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
  9. POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
  10. POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)
  11. POLITEKNIK BESUT (PBT)
  12. POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
  13. POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
  14. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
  15. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
  16. POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
  17. POLITEKNIK MELAKA (PMK)
  18. POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)
  19. POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
  20. POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
  21. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
  22. POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
  23. POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
  24. POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
  25. POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
  26. POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)
  27. POLITEKNIK JELI (PJK)
  28. POLITEKNIK NILAI (PNS)
  29. POLITEKNIK BANTING (PBS)
  30. POLITEKNIK MERSING (PMJ)
  31. POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)
  32. POLITEKNIK TAWAU (PTS)
  33. POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
  34. POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)
  35. POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)
  36. POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)

Cara Memohon Bantuan iBita 2024

Daftar Dan Login Laman WEB iBita

Untuk memohon bantuan ini, terlebih dahulu anda perlu mendaftar sebagai pengguna di laman web MyGOV.

1. Sila layari web rasmi iBita di alamat https://lbita.penang.gov.my

1. Paparan laman web adalah seperti di bawah. Pada bahagian banner / iklan permohonan iBita, sila klik pada POHON.

2. Anda akan di bawa kepada halaman pendaftaran ID anda di halaman MyGOV. Isikan kesemua maklumat diri anda dan daftar sebagai pengguna.

3. Sila semak E-Mel yang telah anda daftarkan untuk tujuan pengesahan alamat E-Mel. Aktifkan akaun anda dengan klik pada url yang telah di hantar ke E-Mel anda.

4. Setelah anda klik pada url yang dihantar ke E-Mel anda, Anda akan di bawa ke halaman cipta kata laluan. Masukkan kata laluan pilihan anda dan teks pengesahan seperti gambar di bawah. Setelah selesai anda boleh tekan Hantar.

5. Sekiranya berjaya mendaftar, anda akan di bawa ke halaman log masuk (login) di portal MyGOV ini. Sila log masuk menggunakan akaun yang telah anda daftar sebentar tadi dan tunggu sebentar. Anda akan di bawa kepada halaman iBita semula dan terus kepada akaun pengguna anda.

Menghantar Permohonan iBita

Setelah anda berjaya mendaftar dan login ke portal MyGOV, paparan di bawah akan dipaparkan.

Menghantar Permohonan iBita
* Gambar diambil dari portal iBita
Menghantar Permohonan iBita
  1. Klik dan tandakan pada ‘Adakah Anda Pelajar Sepenuh Masa?’
    Ini kerana hanya pelajar sepenuh masa sahaja yang layak memohon bantuan ini.
  2. Lengkapkan maklumat diri anda pada form yang disediakan di ruangan permohonan.
    Isi semua maklumat Pelajar, Maklumat Pengajian, Maklumat Ibu Bapa dan maklumat Bank. Klik sahkan permohonan jika borang anda telah siap di isi dan hantar permohonan.
  3. Hantar borang permohonan dan dokumen anda ke Pejabat Daerah
    Ibu bapa atau pemohon boleh menghantar borang yang dicetak bersama dokumen sokongan (sila baca di Senarai Salinan Dokumen Memohon iBita) kepada Pejabat Daerah terdekat yang telah dinyatakan.

Semakan Permohonan iBita

Semakan permohonan biasanya akan dikeluarkan selepas 1 bulan dari tarikh permohonan ditutup.

Pemohon boleh membuat semakan menggunakan laman web rasmi iBita ini. Log masuk dan klik pada Semakan Status. Kesemua maklumat permohonan anda akan dipaparkan dan keputusan permohonan juga akan dipaparkan disitu.

Muat Turun Manual Pengguna

Muat turun Manual Permohonan Pengguna – Muat Turun

Muat turun Manual Pendaftaran Pemohon – Muat Turun

Muat turun Manual Semakan Status – Muat Turun

Muat turun Manual Reset Emel – Muat Turun

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai program iBita ini, anda boleh menghubungi talian tetap yang telah disediakan.

Anda hanya boleh menghubungi talian ini pada jam berkerja sahaja iaitu pada :

  1. 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
  2. 2.30 petang – 4.30 petang

Anda boleh menghubungi mereka di talian ini mengikut daerah anda.

Maklumat Lanjut iBita
Kongsi artikel kami ini ke :