i-Citra KWSP Pengeluaran RM5000

Utama \ info \ i-Citra KWSP Pengeluaran RM5000

Perdana Menteri malaysia hari ini telah mengumumkan beberapa bantuan berbentuk kewangan kepada mereka yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara salah satu bentuk bantuan dari Kerajaan adalah pengumuman untuk mengeluarkan duit simpanan ahli KWSP berjumlah RM5000.

Namun katanya, bantuan ini tidak akan diberi secara terus berjumlah RM5000, tetapi pengeluaran ini akan dikawal oleh pihak KWSP di mana mereka akan mengkreditkan tunai secara berkala ke dalam akaun ahli.

i citra

RM1000 akan dikreditkan ke akaun ahli setiap bulan selama 5 bulan. Ini seakan sama dengan pelan pengeluaran i-Lestari yang telah dilancarkan sebelum ini.

Kerajaan Malaysia hari ini komited dalam melaksanakan segala bentuk bantuan bagi memerangi wabak pandemik yang melanda dunia. Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, Kerajaan Malaysia merupakan negara terawal yang memperkenalkan bantuan inisiatif sebegini dengan memberi bantuan secara tunai bagi membantu aliran wang tunai dalam negara.

Menurutnya lagi, sekurang-kurangnya Kerajaan menganggarkan pengeluaran sebanyak RM30bilion akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Ahli KWSP yang berminat untuk memohon i-citra ini boleh melayari laman sesawang rasmi KWSP. Anda boleh mengikuti perkembangan dan info yang akan diberitahu oleh pihak KWSP kelak.

KWSP dijangka akan mula membuka permohonan ini bermula pada 15 julai 2021 nanti dan permohonan melalui online akan mula dibuka bermula pada tarikh tersebut di halaman icitra.kwsp.gov.my

Siapa yang layak memohon i-Citra?

Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra

Berapa baki akaun yang layak memohon i-Citra?

Ahli yang layak memohon sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2. Jika baki akaun 2 tidak mencukupi maka akaun 1 akan digunapakai.

Bagaimana memohon pengeluaran i-Citra?

Layari icitra.kwsp.gov.my.

Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.