Pengenalan
Hari Raya Aidiladha 2025 dijangka disambut pada Sabtu, 7 Jun 2025, bersamaan 10 Zulhijjah 1446H. Perayaan ini amat bermakna dalam Islam kerana memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Di Malaysia, sambutannya turut melibatkan ibadah korban, solat sunat dan pelbagai aktiviti keagamaan.
Dalam artikel ini, kami kongsikan tarikh rasmi Hari Raya Haji, status cuti sekolah KPM serta senarai negeri yang mendapat cuti tambahan. Juga disertakan panduan penting untuk mereka yang merancang balik kampung dan ibadah korban tahun ini.
Baca juga : Awal Muharam 2024 / 1446H : Tarikh Cuti Umum Malaysia
Tarikh Hari Raya Aidiladha 2025 di Malaysia
Menurut kalendar Hijrah dan jangkaan JAKIM, Hari Raya Aidiladha 2025 dijangka jatuh pada Sabtu, 7 Jun 2025. Tarikh rasmi akan disahkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas cerapan anak bulan Zulhijjah dilakukan.

Cuti Sekolah Sempena Aidiladha 2025
Walaupun Hari Raya Aidiladha adalah cuti umum di seluruh Malaysia, Namun pada 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menetapkan cuti tambahan persekolahan secara automatik untuk semua negeri. Cuti tambahan bergantung kepada keputusan sekolah dan negeri masing-masing.

Senarai Negeri Yang Cuti Satu & Dua Hari
Negeri | Cuti Hari Raya Haji |
---|---|
Seluruh Malaysia | Sabtu, 7 Jun 2025 |
Kedah, Perlis | Sabtu & Ahad, 7–8 Jun 2025 |
Status Cuti Tambahan KPM
Setakat ini, KPM belum mengumumkan cuti tambahan rasmi kerana Hari Raya Aidiladha 2025 jatuh pada hari Sabtu. Untuk sekolah Kumpulan A (Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor), Sabtu adalah hari cuti mingguan. Maka, tiada cuti gantian diberikan kecuali diumumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
Perancangan Awal Balik Kampung
- Tempah tiket awal jika guna pengangkutan awam
- Semak tarikh ujian atau peperiksaan sekolah
- Rancang jadual aktiviti keluarga ikut cuti sekolah dan negeri
Kenapa Hari Raya Haji Penting?
Aidiladha memperingati peristiwa agung Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail demi perintah Allah. Ibadah korban adalah lambang ketaatan dan pengorbanan, serta bertujuan membantu golongan kurang mampu.
Solat Sunat Aidiladha & Perbezaannya Dengan Aidilfitri
Solat Aidiladha dilaksanakan lebih awal dari Aidilfitri bagi memberi ruang kepada ibadah korban. Umat Islam juga disarankan tidak makan sebelum solat, supaya daging korban menjadi hidangan pertama pada hari tersebut.
Amalan Sunat & Adab Hari Raya Haji
- Mandi sunat sebelum solat
- Pakai pakaian bersih dan cantik
- Bertakbir dari malam raya hingga hari Tashrik
- Hadir awal ke masjid
- Laksanakan ibadah korban (jika mampu)
Info Penting Dari JAKIM
Pengumuman rasmi mengenai tarikh Aidiladha akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Maklumat rasmi boleh disemak di portal JAKIM dan e-solat:
Soalan Lazim: Cuti Sekolah & Aidiladha 2025
Kebanyakan negeri cuti 1 hari, cuma Kedah dan Perlis umumkan 2 hari.
Cuti bermula pada Sabtu, 7 Jun 2025 untuk semua negeri.
Tiada cuti gantian diumumkan setakat ini.