Grab Scholar : Dana Biasiswa Dan Dermasiswa

Pengenalan

Grab Scholar – Pendidikan adalah kunci untuk membuka pintu peluang dan meningkatkan taraf hidup seseorang.

Dalam usaha untuk menyokong dan memajukan pendidikan, Grab telah melancarkan program Grab Scholar di bawah inisiatif Dana GrabForGood.

Program ini bertujuan untuk mengubah kehidupan melalui pendidikan, dengan memberi peluang biasiswa dan dermasiswa kepada mereka yang memerlukan.

Fokus utama Grab Scholar adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi rakan-rakan Grab, masyarakat umum, dan komuniti-komunitinya. Buat masa ini, program ini hanya tersedia di Malaysia, Indonesia, dan Filipina sahaja. Ia mencerminkan komitmen Grab dalam memperkukuh sokongan pendidikan di rantau ini.

Program Grab Scholar ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Akan tetapi juga berperanan penting dalam membangunkan potensi individu untuk menjadi pemimpin masa depan.

Dengan memberikan akses kepada pendidikan berkualiti, Grab berharap dapat melahirkan generasi yang lebih berpendidikan dan berkemahiran. Yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara masing-masing. Melalui sokongan pendidikan ini, Grab juga berusaha untuk mengurangkan jurang sosioekonomi yang wujud di kalangan masyarakat. Seterusnya membina komuniti yang lebih inklusif dan progresif.

Apa itu Grab Scholar

Grab Scholar adalah sebuah program yang diwujudkan oleh Grab dengan tujuan utama untuk memberikan sokongan pendidikan melalui pemberian biasiswa dan dermasiswa. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Dana GrabForGood, yang bertujuan untuk mencipta impak positif dalam kehidupan individu dan komuniti melalui pendidikan.

Dengan menawarkan bantuan kewangan untuk pendidikan, Program ini membantu para penerima untuk mencapai impian pendidikan mereka tanpa perlu bimbang tentang halangan kewangan. Program ini jgua berfungsi sebagai platform untuk membina masa depan yang lebih cerah bagi individu dan komuniti, sekaligus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi yang lebih baik.

Ianya tidak hanya terhad kepada pemberian biasiswa, tetapi juga merangkumi pelbagai bentuk sokongan lain seperti bimbingan akademik dan peluang latihan industri. Ini bertujuan untuk memastikan para pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan. Program ini juga menekankan kepentingan nilai-nilai murni seperti kejujuran, integriti, dan tanggungjawab sosial.

Dengan cara ini, Grab berharap dapat membina generasi muda yang bukan sahaja berjaya dalam pendidikan, tetapi juga mempunyai kesedaran sosial yang tinggi dan bersedia untuk menyumbang kepada masyarakat.

Grab Scholar Dermasiswa

Dermasiswa adalah satu bentuk bantuan kewangan yang disediakan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dalam bentuk sekali bayar. Tujuannya adalah untuk meringankan beban kewangan keluarga pelajar yang kurang berkemampuan. Ianya sekaligus memastikan mereka mempunyai akses kepada barangan keperluan asas untuk pembelajaran.

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli buku teks, buku rujukan, alat tulis, pakaian seragam sekolah, dan peralatan sekolah. Dengan adanya dermasiswa ini, para pelajar dapat belajar dengan lebih fokus, tanpa kekangan kewangan yang menghalang.

Syarat Kelayakan Dermasiswa

GrabScholar Bursary adalah satu inisiatif yang memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang memerlukan. Untuk layak memohon sebagai penerima dermasiswa ini, beberapa kriteria perlu dipenuhi:

  1. Warganegara Malaysia:
    Pemohon mesti merupakan warganegara Malaysia yang sah. Ini memastikan bahawa bantuan ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang benar-benar memerlukan.
  2. Mempunyai Anak atau Adik yang Bersekolah di Sekolah Rendah atau Menengah:
    Pemohon mestilah mempunyai anak atau adik yang sedang bersekolah di peringkat sekolah rendah atau menengah. Ini bertujuan untuk memastikan bantuan sampai kepada keluarga yang mempunyai tanggungan pendidikan.
  3. Pendapatan Isi Rumah RM4,500 dan ke Bawah:
    Kriteria pendapatan isi rumah adalah penting untuk memastikan dermasiswa diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Pemohon mestilah datang dari keluarga dengan pendapatan isi rumah RM4,500 sebulan atau kurang. Ini termasuk semua sumber pendapatan dalam satu keluarga.
  4. Terbuka kepada Orang Awam, Rakan Kongsi Grab, dan Ahli Keluarga Terdekat (Anak, Adik-beradik, atau Pasangan) Rakan Kongsi Grab:
    Dermasiswa ini terbuka kepada umum, termasuklah rakan kongsi Grab dan ahli keluarga terdekat mereka seperti anak, adik-beradik, atau pasangan. Ini menunjukkan komitmen Grab untuk membantu komuniti mereka sendiri, di samping membantu masyarakat umum.

Cara Memohon Dermasiswa

  1. Isikan Borang Permohonan dengan Tepat:
    Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat dan lengkap dalam borang permohonan. Kesalahan atau maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak. Borang permohonan perlu dihantar sebelum tarikh akhir pada 31 Julai 2024.
    Isi borang di sini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeLAWVYRrXalS2F2r8a06OeKaeZtL3bo_rMYejkcXiaqnqsBA/viewform
  2. Semakan Latar Belakang:
    GoBarakah dan Grab akan menjalankan semakan latar belakang bagi mengesahkan maklumat yang diberikan dalam permohonan. Ini adalah untuk memastikan kesahihan dan ketepatan maklumat sebelum keputusan dibuat.
  3. Pemilihan Pemohon:
    Hanya pemohon yang telah dipilih sahaja yang akan dihubungi. Jika anda dipilih, anda akan menerima makluman pada 14 Ogos 2024. Ini bermakna, hanya mereka yang memenuhi semua kriteria dan telah melalui proses semakan dengan jayanya akan dihubungi.
  4. Pembayaran Dermasiswa:
    Pembayaran dermasiswa akan dibuat melalui e-baucar pada 16 September 2024. E-baucar ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan sekolah yang diperlukan oleh pelajar.

Grab Scholar Biasiswa Penuh

Biasiswa penuh universiti adalah satu bentuk sokongan komprehensif yang diberikan kepada pelajar sepanjang perjalanan akademik mereka. Biasiswa ini merangkumi pelbagai manfaat yang dirancang untuk memastikan pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran mereka tanpa dibebani oleh masalah kewangan. Antara manfaat utama yang ditawarkan adalah:

  1. Tanggungan Penuh Yuran Pengajian: Semua yuran pengajian yang diperlukan untuk kursus akademik akan ditanggung sepenuhnya oleh biasiswa ini. Ini termasuk yuran pendaftaran, yuran kursus, dan sebarang yuran tambahan yang mungkin dikenakan oleh universiti.
  2. Elaun Sara Hidup: Pelajar akan menerima elaun bulanan untuk menampung kos sara hidup mereka. Elaun ini boleh digunakan untuk membayar sewa tempat tinggal, makanan, pengangkutan, dan keperluan harian lain, memastikan pelajar dapat hidup selesa tanpa perlu risau tentang perbelanjaan harian.
  3. Program Pembelajaran dan Pembangunan: Biasiswa ini juga menyediakan akses kepada pelbagai program pembelajaran dan pembangunan yang direka untuk meningkatkan kemahiran akademik dan profesional pelajar. Program ini mungkin termasuk bengkel, seminar, dan kursus tambahan yang membantu pelajar berkembang dalam bidang pengajian mereka.
  4. Peluang Latihan Amali: Pelajar akan diberikan peluang untuk menjalani latihan amali atau praktikum di organisasi atau syarikat terkemuka. Latihan ini bukan sahaja memberikan pengalaman kerja yang berharga tetapi juga meningkatkan kebolehpasaran pelajar selepas tamat pengajian.

Syarat Kelayakan Biasiswa Penuh

GrabScholar dengan kerjasama Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan syarat berikut.

  1. Warganegara Malaysia:
    Biasiswa ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pelajar Tahun Pertama Ijazah Sarjana Muda:
    Calon mestilah sedang menjalani tahun pertama program ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan di Malaysia.
  3. Tawaran Bersyarat untuk Pemohon Pra-Universiti:
    Pemohon yang baru sahaja menamatkan program pra-universiti akan diberikan tawaran bersyarat, tertakluk pada penerimaan tawaran pengajian dari universiti awam tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  4. Kursus Pengajian:
    Kursus pengajian yang layak untuk biasiswa ini hendaklah berkaitan dengan bidang Perniagaan, STEM (bukan perubatan), atau Kelestarian.
  5. Kriteria Akademik:
    Tiada kriteria akademik yang spesifik untuk memohon program biasiswa ini. Walau bagaimanapun, calon dikehendaki untuk mengekalkan PNGK (CGPA) 3.0 sepanjang tempoh program biasiswa.
  6. Keterbukaan kepada Pelbagai Golongan:
    Biasiswa ini terbuka kepada masyarakat umum, rakan-rakan Grab, dan ahli-ahli keluarga terdekat rakan Grab.

Dengan memenuhi kriteria-kriteria di atas, calon berpeluang untuk memohon dan dipertimbangkan bagi menerima biasiswa penuh universiti yang menyediakan pelbagai manfaat untuk menyokong perjalanan akademik mereka. Pastikan semua syarat dipenuhi dan dokumen disediakan dengan lengkap untuk mempertingkatkan peluang anda.

Sebelum calon membuat permohonan, sila sediakan salinan digital:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil keputusan pra-universiti DAN keputusan semester terkini pengajian ijazah Sarjana Muda (jika ada).
  • Surat Tawaran Kemasukan Universiti (jika berkenaan).
  • Bukti pendapatan seperti penyata pendapatan ATAU slip cukai pendapatan ATAU slip gaji ibubapa atau penjaga (3 bulan) ATAU penyata akaun bank.
  • Surat Sokongan / Letter of Recommendation dari pendidik ataupun majikan calon (tidak wajib tetapi digalakkan).

    Cara Memohon Biasiswa Penuh

    Bagi memohon Biasiswa Penuh GrabScholar ini, anda perlu mengisi maklumat yang diminta di dalam borang ini.

    https://www.tfaforms.com/5134508

    Pastikan anda membaca borang ini dengan teliti dan mengisi dengan betul bagi mengelakkan kesalahan semasa mengisi borang. Kesalahan mengisi borang akan menyukarkan anda berjaya dalam permohonan ini.

    Soalan Lazim

    Dermasiswa

    1. Siapakah yang boleh memohon Dermasiswa GrabScholar?
      • Warganegara Malaysia.
      • Memiliki anak atau adik-beradik yang bersekolah rendah atau menengah.
      • Mempunyai pendapatan isi rumah RM4,500 ke bawah.
      • Terbuka kepada masyarakat umum, rakan-rakan Grab, dan ahli-ahli keluarga terdekat rakan Grab.
    2. Apakah yang ditanggung oleh dermasiswa?
      • Elaun sekali bayar bernilai RM220 yang akan disedikan kepada penerima melalui e-baucar untuk pembelian peralatan, buku, seragam sekolah atau apa-apa sahaja barangan yang digunakan bagi tujuan pendidikan.
    3. Apakah proses permohonan dermasiswa?
      • Isikan borang permohonan dengan tepat bersama semua maklumat sebelum 31 Julai 2024
      • GoBarakah dan Grab akan membuat semakan latar belakang bagi mengesahkan maklumat anda
      • Hanya pemohon yang telah dipilih yang akan dihubungi pada 14 Ogos 2024
      • Pembayaran dermasiswa melalui e-baucar akan dibuat pada 16 September 2024
    4. Bilakah tarikh akhir permohonan?
      • 31 July 2024 (Wednesday), 11.59 PM
    5. Di manakah saya boleh memohon?
      • Mohon dermasiswa di sini

    Biasiswa Penuh

    1. Siapakah yang boleh memohon Biasiswa Penuh GrabScholar?
      • Warganegara Malaysia
      • Sedang menjalani tahun pertama program ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan di Malaysia.Pemohon yang baru sahaja menamatkan program pra-universiti akan diberikan tawaran bersyarat, tertakluk pada penerimaan tawaran pengajian dari universiti awam tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
      • Kursus pengajian hendaklah berkaitan dengan Perniagaan, STEM (bukan perubatan), atau Kelestarian.
      • Tiada kriteria akademik yang spesifik untuk memohon program biasiswa ini, walau bagaimanapun, calon dikehendaki untuk mengekalkan PNGK (CGPA) 3.0 sepanjang program biasiswa.
      • Terbuka kepada masyarakat umum, rakan-rakan Grab, dan ahli-ahli keluarga terdekat rakan Grab
    2. Apakah yang ditanggung oleh biasiswa penuh?
      • Yuran Universiti
        Tajaan penuh yuran pengajian di mana-mana universiti awam di Malaysia yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
      • Elaun Bulanan
        Elaun sara hidup akan disediakan setiap bulan sepanjang biasiswa.
      • Elaun Tahunan
        Elaun pembangunan profesional untuk kemajuan diri pemegang biasiswa. Dana ini juga boleh digunakan untuk projek-projek komuniti. Elaun alat tulis dan buku juga turut disediakan.
      • Elaun Sekali Bayar
        Untuk menampung pelbagai bentuk perbelanjaan seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi atau penerbangan (bagi penerbangan antara Semenanjung dan Sabah Sarawak sahaja).
      • Program Pembangunan Kepimpinan
        Program Pembangunan Kepimpinan selama 2 tahun yang terdiri daripada persidangan kepimpinan, bengkel, projek komuniti, dan bimbingan bagi melengkapkan pemegang biasiswa dengan kemahiran, pemikiran, dan nilai yang melahirkan para pemimpin muda.
    3. Apakah proses permohonan biasiswa?
      • Isikan borang permohonan dengan tepat bersama semua maklumat sebelum 22 Julai 2024.
      • Yayasan Tunku Abdul Rahman dan Grab akan membuat semakan latar belakang bagi mengesahkan maklumat anda.
      • Hanya pemohon yang telah dipilih yang akan dihubungi pada 30 Julai 2024.
      • Cendekiawan terpilih akan dimaklumkan pada atau sebelum 16 September 2024.
    4. Bilakah tarikh akhir permohonan?
      • 22 Julai 2024 (Isnin), 11.59 PM.
    5. Di manakah saya boleh memohon?
      • Mohon biasiswa di sini

    Maklumat Lanjut

    Jika anda mempunyai sebarang soalan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai program biasiswa dan dermasiswa, sila hantarkan e-mel kepada GrabScholar di alamat E-mel berikut:

    • Untuk Biasiswa: contactus[@]yayasantar.org.my
    • Untuk Dermasiswa: help[@]gobarakah.com

    Mereka sedia membantu anda dengan sebarang pertanyaan yang mungkin anda ada.

    Kongsi artikel kami ini ke :