Pengenalan
Pengarah terkenal Ahmad Idham kembali memeriahkan industri filem dengan karya komedi seram terbaharu arahannya, Saka Perawan.
Filem ini dijadualkan untuk menemui penonton di pawagam mulai 27 Jun 2024. Menggabungkan elemen seram dan komedi. Saka Perawan membawa penonton mengembara dalam kisah pencarian pewaris saka yang penuh dengan misteri, kejutan, dan gelak tawa. Filem ini menjanjikan pengalaman sinematik yang menghiburkan dan mendebarkan.
Baca juga artikel lain di Kategori Filem.
Info Filem Saka Perawan
Tajuk | Saka Perawan |
Genre | Komedi, Seram |
Tarikh Tayangan | 27 Jun 2024 |
Penulis Skrip | Panel Skrip GBSSB |
Pengarah | Dr. Ahmad Idham |
Produksi | Grand Brilliance Studio & Primeworks Studios |
IMDB | https://www.imdb.com/title/tt32252593/ |
Youtube Disebalik Tabir | https://www.youtube.com/watch?v=JIdHaE9ljAg |
Pelakon Dan Watak
Sophia Albarakbah | Putri Shahora |
Isyariana | Putri Emilia |
Nelissa Nizam | Putri Rizwana |
Fauziah Nawi | Nek Aminah |
Azlee Senario | Pak Budin |
Anne Abdullah | Lin Gebu |
Man Raja Lawak | Toh Damak |
Wilma Muhammad | Rusila |
Mamak Puteh | Alang |
Hamdan Ramli | Tok Abah |
Afieq Shazwan | Ustad Danial |
Zalif Sidek | Bomoh Pantai Timur |
Yassin Yahya | Pak Man Warung |
Eizlan Yusof | Imam Jalal |
Atu Zero | Marlehan |
Sinopsis Filem Saka Perawan
Filem Saka Perawan mengisahkan tentang seorang nenek berusia 80 tahun yang mengalami penyakit misteri, membuatkan anak-anaknya bingung. Setiap kali selepas Maghrib, keadaan nenek akan merosot teruk dan seakan-akan nazak. Namun selepas pukul 5 pagi, beliau kembali pulih walaupun tetap terbaring di atas katil. Sudah hampir sebulan nenek mengalami sakit yang aneh ini. Kesemua doktor juga tidak dapat memberikan jawapan kepada punca penyakit tersebut.
Di sebalik penyakit nenek, terdapat kisah lampau yang penuh misteri. Nenek yang berada di ambang kematian sebenarnya terikat dengan saka yang telah dimilikinya sejak dahulu. Saka tersebut kini perlu diturunkan kepada pewaris yang sesuai sebelum nenek meninggal dunia. Pewaris yang dicari adalah cucu perempuannya yang masih perawan.
Selama tempoh sakitnya, pelbagai usaha dilakukan oleh keluarganya untuk mencari penawar dan punca sebenar penyakit nenek. Mereka akhirnya menyedari bahawa penyakit nenek berkait rapat dengan perbuatan lampau nenek yang memiliki saka. Dengan masa yang semakin suntuk, keluarga tersebut berusaha mencari cucu perempuan yang masih perawan. Ianya untuk menerima saka tersebut agar nyawa nenek dapat diselamatkan.
Namun, proses menjejak pewaris saka ini tidaklah mudah dan penuh dengan cabaran serta dugaan. Pengakhiran cerita Saka Perawan ini membawa kepada penemuan cucu perempuan yang sanggup menerima saka tersebut. Dia terpaksa melakukan demi menyelamatkan nyawa neneknya dan menamatkan penderitaan keluarga mereka.