Pengenalan
E-Prasekolah KPM – Pendidikan prasekolah adalah langkah pertama dalam perjalanan pembelajaran seorang kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang ingin memastikan anak mereka mendapat permulaan yang terbaik. Adalah penting untuk memilih tadika yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sistem e-Prasekolah yang diperkenalkan oleh KPM memudahkan ibu bapa untuk mendaftar dan menyemak status tadika yang berdaftar di seluruh negara.
Dengan sistem aplikasi e-Prasekolah ini, ibu bapa boleh memastikan tadika pilihan mereka memenuhi standard pendidikan yang telah ditetapkan. Juga menjamin pengalaman pembelajaran yang berkualiti untuk anak-anak mereka.
Baca juga : Nombor Perdana: Pengenalan dan Contoh
Apa itu E-Prasekolah KPM
E-Prasekolah adalah sebuah sistem dalam talian yang diperkenalkan oleh KPM untuk memudahkan pendaftaran dan pemantauan tadika di seluruh negara.
Sistem ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua tadika yang beroperasi di Malaysia mematuhi standard pendidikan yang telah ditetapkan oleh KPM. Ianya sekaligus memberikan keyakinan kepada ibu bapa mengenai kualiti pendidikan yang akan diterima oleh anak-anak mereka.
Melalui e-Prasekolah, proses pendaftaran tadika menjadi lebih mudah dan teratur. Ianya membolehkan ibu bapa membuat pilihan yang tepat dan bermaklumat mengenai pendidikan prasekolah anak mereka.
Sistem ini juga menyediakan platform untuk ibu bapa menyemak senarai tadika yang telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada KPM. Ini memastikan bahawa tadika yang dipilih memenuhi keperluan kurikulum, keselamatan, dan fasiliti yang ditetapkan.
Selain itu, sistem ini membantu KPM dalam memantau dan mengawal selia tadika-tadika di seluruh negara. Seterunsya memastikan setiap institusi pendidikan prasekolah beroperasi mengikut peraturan dan standard yang ditetapkan.
Dengan e-Prasekolah, ibu bapa tidak lagi perlu risau tentang status tadika yang tidak berdaftar atau tidak diiktiraf. Dan menjadikan proses pemilihan tadika lebih telus dan dipercayai.
Daftar E-Prasekolah Akaun Ibu Bapa
Untuk menggunakan sistem online ini, para ibu bapa perlu mendaftarkan akaun pengguna terlebih dahulu. Layari portal E-Prasekolah ini di alamat berikut :
https://eprasekolah.moe.gov.my/index.php
Apa yang perlu di isi adalah seperti gambar di bawah.
Isikan kesemua maklumat yang diperlukan dan anda boleh mencetak kesemua info yang anda masukkan selepas sahaja klik simpan bagi kegunaan di masa depan.
Sebaik sahaja anda menekan butang ‘Simpan’, anda sudah berjaya mendaftar sebagai pengguna di sistem ini dan boleh terus log masuk. Untuk log masuk kembali semula ke alamat yang dinyatakan di atas.
Semakan Tadika Berdaftar KPM Menggunakan E-Prasekolah
Semakan tadika berdaftar KPM melalui e-Prasekolah ini bertujuan bagi memudahkan ibu bapa memastikan tadika pilihan mereka telah mendapat pengiktirafan rasmi. Sistem ini memastikan tadika tersebut memenuhi standard pendidikan yang ditetapkan oleh KPM.
Untuk menyemak Tadika yang anda mahu sila ikuti langkah di bawah.
1. Log masuk ke portal E-Prasekolah. Paparan utama adalah seperti di bawah, dan klik pada bahagian Carian Institusi – Carian maklumat institusi berdaftar dengan KPM seperti gambar di bawah.
Selepas itu pilihan seperti di bawah akan dipaparkan. Sila isi maklumat yang diminta (Negeri dan PPD adalah wajib)
Selepas sahaja anda klik pada butang Carian anda perlu menunggu kesemua data berjaya dipanggil. Kesemua senarai Tadika yang anda pilih akan dipaparkan bersama maklumat terperinci Tadika tersebut, Contoh seperti di bawah.
Jika anda mahu melihat lagi kesemua info mengenai Tadika tersebut dengan lebih terperinci, sila klik pada nama Tadika tersebut dan paparan seperti di bawah akan muncul.
Jadi, sangat mudah kan untuk ibu bapa mencari dan mengenal pasti Tadika yang terpilih untuk menghantar anak-anak anda.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda memerlukan bantuan atau pertanyaan mengenai sistem ini dengan lebih mendalam, anda boleh mendapatkan bantuan melalui alamat E-mel yang tersedia. Bantuan ini ada di setiap negeri yang telah ditetapkan oleh KPM.
Ini merupakan senarai E-mel yang boleh anda hubungi untuk bantuan.