Don’t Breathe 2 : Ulasan Dan Sinopsis Filem

Don’t Breathe 2 merupakan sebuah kisah sekuel dari filem sebelumnya Don’t Breathe (2016) yang memaparkan kisah kehidupan seorang bekas tentera yang buta tetapi ganas.

Garis masa filem kedua ini adalah sekurangnya lapan tahun dari filem pertama, Iaitu selepas 8 tahun beliau melakukan pembunuhan.

INFO FILEM

IMDB Rating : 6.1/10

IMDB URL : https://www.imdb.com/title/tt6246322/

PERSONAL RATING : 7/10

PLOT DAN SINOPSIS FILEM DON’T BREATHE 2

Plot filem kali ini membawakan kisah kehidupan Norman Nordstrom (Stephen Lang) bersama seorang anak angkatnya yang bernama Phoenix (Madelyn Grace) yang berumur dalam lingkungan 11 tahun.

Phoenix dijumpai oleh Norman semasa kebakaran sebuah rumah. Norman membesarkan Phoenix dengan penuh kasih sayang dan mengajarkan Phoenix segala bentuk perlindungan diri yang diketahui.

Mereka hidup dalam keadaan sunyi tanpa mempunyai kejiranan kecuali seorang rakan yang dipercayainya iaitu, Hernandez.

Dont Breathe 2

Semasa Hernandez membawa Phoenix bersiar-siar di pekan berdekatan, Phoenix telah berjumpa dengan seorang lelaki dewasa yang tertarik dengannya. Tidak habis disitu lelaki tersebut mula mengekori Phoenix sehingga tiba di kawasan tempat tinggal mereka.

Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai ayah kepada Phoenix dan telah menculik Phoenix dari tangan Norman.

Norman tidak dapat menerima keadaan tersebut dan mula menjejak lelaki tersebut bagi menyelamatkan Phoenix. Baginya Phoenix kini dalam keadaan yang sangat bahaya.

Setelah ‘diculik’, Phoenix telah dipertemukan dengan ibunya yang kini hidup dalam keadaan tidak sihat akibat dari kebakaran yang berlaku 8 tahun yang lalu. Ibunya memerlukan penderma hati bagi menyembuhkan semula badannya yang telah rosak akibat dari kebakaran kimia yang berlaku.

Namun penderma hati tidak boleh dari kalangan orang biasa, hati tersebut hanya boleh diterima jika ianya dari kerabat mereka sahaja.

Tidak lain dan tidak bukan ianya adalah hati Phoenix.

ULASAN FILEM

Filem Don’t Breathe 2 ini cukup mendebarkan jantung para penonton. Tidak seperti genre horror, konsep thriller yang diketengahkan adalah berlainan sama sekali. Keganasan melampau yang ditunjukkan dan keadaan cemas amat mengganggu emosi penonton.

Filem ini juga pandai bermain dengan perasaan penonton di mana anda akan merasa serba salah, anda akan merasa tersepit untuk menyokong watak. Kebiasaannya penonton akan memilih watak yang mana protagonis atau antagonis, Namun kekeliruan akan berlaku di pertengahan filem.

Ianya dintara orang luar seorang buta yang mahu menjaga atau seorang ayah yang mahu menyelamatkan anaknya, sehinggalah anda tiba di hujung filem nanti.

Selamat menonton.

Kongsi artikel kami ini ke :