Curang Tanpa Niat Drama Astro

Pengenalan

Drama bersiri Curang Tanpa Niat (The Office Wife), hasil terbitan iFabulous Art Media & Event Sdn Bhd (iFAME) dengan arahan Eyra Rahman, bakal menemui penonton mulai 23 Disember 2024. Ia akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di Astro Ria, serta boleh distrim menerusi Astro Go dan sooka. Barisan pelakon utama drama ini termasuklah Shukri Yahaya, Mira Filzah, dan Sharifah Sakinah.

Info Drama Curang Tanpa Niat

TAJUKCurang Tanpa Niat
JUMLAH EPISOD34 Episod
SALURANAstro Ria / Astro GO / Sooka
SLOTMegaDrama
TARIKH MULA TAYANGAN23 Disember 2024
WAKTU SIARANIsnin – Khamis, 10 PM
SKRIPOka Aurora
ARAHANEyra Rahman
TERBITANiFabulous Art Media & Event Sdn Bhd
PARA PELAKONShukri Yahaya, Mira Filzah, Sharifah Sakinah, Fadlan Hazim, Evertts Gomes, Hasnul Rahmat, Azqa Aziz, Zarina Anjoulie, Nafiez Zaidi, Arabella, Zaidi Omar, Sheila Mambo, Watie Sadali, Kazar Saisi, Raisya Felisya, Atira Karma, Jihaa Sham.

Pelakon Dan Watak

PelakonWatak
Shukri YahayaEshaal
Mira FilzahElina
Sharifah SakinahAstrid
Fadlan HazimAshraff
Evertts GomesAryan
Hasnul RahmatOmar
Azqa AzizAmara
Zarina AnjoulieAbil
Nafiez ZaidiAdnan
ArabellaCila
Zaidi Omar
Sheila Mambo
Watie Sadali
Kazar Saisi
Raisya Felisya
Atira Karma
Jihaa Sham

Sinopsis Drama Curang Tanpa Niat

Drama bersiri Curang Tanpa Niat (The Office Wife) mengisahkan pergolakan rumah tangga yang dialami oleh Elina (Mira Filzah) akibat kecurangan suaminya, Eshaal (Shukri Yahaya), dengan rakan sekerja mereka, Astrid (Sharifah Sakinah). Elina, yang dahulunya seorang wanita berkerjaya, memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa demi menjaga suami dan dua anak mereka. Beliau menaruh sepenuh kepercayaan kepada Eshaal, namun tidak menyedari bahawa suaminya terjerat dalam hubungan gelap di pejabat.

Segalanya bermula dengan interaksi kecil di tempat kerja antara Eshaal dan Astrid, yang akhirnya berkembang menjadi hubungan sulit. Astrid melihat Eshaal sebagai ‘suami pejabatnya’, dan tanpa disedari, mereka melangkaui batas profesionalisme. Di pejabat, rakan sekerja mula berbisik mengenai hubungan mereka, sementara di rumah, Elina mula merasakan perubahan dalam perkahwinannya. Naluri Elina mengesyaki sesuatu, namun beliau berharap ia hanyalah perasaan semata-mata sehingga kebenaran terbongkar.

Apabila Elina akhirnya mengetahui kecurangan Eshaal, dunia rumah tangganya runtuh. Bukan sahaja emosinya terluka, malah beliau turut menjadi mangsa keganasan apabila Eshaal hilang kawalan dan memukulnya. Elina kini berdepan dilema sama ada untuk mempertahankan perkahwinannya atau melepaskan lelaki yang pernah dicintainya sepenuh hati. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Astrid enggan mengundur diri dan berkeras mahu terus bersama Eshaal, selagi Eshaal tidak menceraikan Elina.

Drama ini membawa penonton menyelami makna kesetiaan dan batas pergaulan di tempat kerja, serta bagaimana istilah seperti ‘isteri pejabat’ mampu menghancurkan kebahagiaan rumah tangga. Ia menggambarkan bahawa kecurangan sering bermula tanpa niat, tetapi kerana adanya ruang dan peluang. ‘Curang Tanpa Niat’ membuka dimensi baharu dalam melihat hubungan di tempat kerja, sekaligus memberi pengajaran tentang pentingnya menjaga adab dan batas agar kepercayaan yang dibina dalam perkahwinan tidak musnah begitu sahaja.

Drama ini turut menampilkan pelakon seperti Fadlan Hazim sebagai Ashraff, Evertts Gomes sebagai Aryan, Azqa Aziz sebagai Amara, Nafiez Zaidi sebagai Adnan, dan Atira Karma sebagai Naura. ‘Curang Tanpa Niat’ disiarkan dalam slot Megadrama di Astro Ria bermula 23 Disember 2024, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam, dan boleh distrim melalui Astro Go dan sooka.

Kongsi artikel kami ini ke :