Cara Daftar Dan Aktif Prabayar Celcom (Self Registration)

Utama \ info \ Cara Daftar Dan Aktif Prabayar Celcom (Self Registration)

Sekiranya anda membeli kad sim baru dari mana-mana pasaraya atau kedai kecil berdekatan, anda boleh mengaktifkan sendiri kad prabayar anda menggunakan laman web atau aplikasi yang disediakan.

Ini adalah cara dan langkah bagi mendaftar dan mengaktifkan kad prabayar celcom menerusi aplikasi Celcom Life yang boleh dimuat turun menerusi Play Store atau App Store.

Kelebihan mendaftar secara sendiri :-

  1. Boleh mengelakkan maklumat diri anda dari diketahui atau bocor kepada pihak ketiga.
  2. Pendaftaran ini secara terus ke pihak Celcom.
  3. Boleh dilakukan secara cepat tanpa menunggu pihak ketiga melakukannya untuk anda.

Perkara / alatan yang anda perlu ada:-

  1. Internet (WiFi di rumah atau mobile data yang sudah diaktifkan)
  2. Kad pengenalan atau identiti kad yang lain (akan dinyatakan di bawah)
  3. Pack sim yang anda beli (kotak sim kad yang dibeli)
  4. Pastikan pemilik kad sim ada semasa melakukan proses ini.
  5. Pastikan persekitaran mempunyai sudut cahaya yang terang (proses mengambil foto lebih mudah)

Sila Muat turun Aplikasi Celcom Life sekarang.

Play store Android ~ Celcom Life

App Store IOS ~ Celcom Life

CARA DAFTAR DAN AKTIF PRABAYAR CELCOM

Selepas selesai memasang aplikasi ini di telefon pintar anda, anda boleh membuka aplikasi dan paparan ini akan kelihatan.

* Imej dibawah merupakan paparan dari telefon pintar versi Android. Ia mungkin berlainan dengan paparan pada telefon pintar versi IOS.

cara daftar prabayar celcom

Sekarang lihat pada ruangan ‘Do More With Celcom Life‘.

Anda perlu ‘slide’ pada bahagian tersebut dari kanan ke kiri untuk mendapatkan ‘menu’ seperti di bawah.

Celcom daftar sendiri pilih menu

Selepas itu, anda boleh klik pada bahagian ini iaitu ‘Prepaid Self-Registration’ dan paparan di bawah akan kelihatan.

Pilih jenis identiti yang mahu disahkan sebagai pendaftaran kad
Pilih jenis identiti yang mahu disahkan sebagai pendaftaran kad

Sekiranya tiada jenis identiti yang dipaparkan seperti yang ditunjukkan di imej atas, anda boleh klik pada ‘Other Identifications’ dan paparan selanjutnya akan memberi anda lebih banyak jenis-jenis identiti.

Selepas pilih, anda hanya perlu tekan ‘Next’ dan paparan di bawah akan dipaparkan. Di langkah ini, paparan akan memberitahu perkara yang anda perlu ada bagi mendaftar kad dan seterusnya mengaktifkan kad tersebut. Sila pastikan anda mempunyai kesemua perkara yang dinyatakan di bawah ini.

Tick pada bahagian box di bahagian bawah dan tekan ‘Next’ sahaja.

IMBAS KAD IDENTITI DIRI PEMILIK KAD SIM

Di langkah ini anda perlu menyediakan kad identiti anda yang dibenarkan sama ada Kad pengenalan, Passport, MyTentera, MyKas, MyPR atau IKad.

Klik ‘Scan’.

Kemudian, paparan kamera akan dilancarkan oleh aplikasi. Jika aplikasi meminta kebenaran untuk mengakses kamera sila beri kebenaran sahaja.

Paparan seperti di bawah akan dipaparkan dan halakan kamera ke arah kad identiti anda.

Di langkah ini, anda hanya perlu mengarahkan kamera ke kad identiti anda dan tidak perlu untuk berbuat apa-apa kerana ianya adalah proses secara automatik oleh aplikasi. Pastikan keseluruhan kad berada di dalam kotak kamera yang ditunjukkan seperti gambar di atas.

Selepas selesai, paparan maklumat diri anda akan dipaparkan. Sila pastikan kesemua maklumat yang dipaparkan adalah betul dan tepat seperti kad identiti anda.

Tekan butang ‘confirm’ jika maklumat yang di masukkan adalah betul.

Cara Daftar Dan Aktif Prabayar Celcom

Setelah disahkan, anda akan ke langkah seterusnya.

Sekarang anda memerlukan kotak kad sim yang dibeli. Disitu terdapat kod bar pada di muka depan kotak tersebut.

Sila tekan ‘Scan Now’ dan kamera akan dilancarkan. Halakan kamera ke arah kod bar yang ada pada kotak sim anda.

Setelah kamera berjaya mengimbas kod bar sim anda anda akan le langkah seterusnya iaitu ke proses pengecaman wajah.

Sila klik pada ‘Face Recognition dan kamera akan dilancarkan. Sila halakan kamera pada wajah pemilik kad sim tersebut.

Setelah selesai, aplikasi akan mula membandingkan purata kesamaan wajah pada identiti kad dengan wajah swafoto pemilik.

Jika disahkan sama dengan kad identiti, anda hanya perlu menekan butang ‘submit’. Setelah itu anda hanya perlu menunggu sahaja SMS pengesahan dari celcom yang menyatakan kad anda telah berjaya diaktifkan.

Jika anda sudah mendapat SMS pengesahan tersebut, Tahniah. Anda telah berjaya mengaktifkan kad prabayar celcom yang baru sahaja dibeli ini.