
Peminat drama bersiri tanah air kini boleh bersedia untuk satu lagi tontonan wajib apabila slot MegaDrama Astro Ria membawakan Bulan Henti Bicara, sebuah produksi yang diadaptasi daripada novel popular karya Rissa Ahdiya. Drama ini dijadualkan mula disiarkan pada 27 Julai 2026, disiarkan setiap Isnin sehingga Khamis jam 10 malam. Ia merupakan hasil kerjasama rumah produksi Treputree Sdn Bhd di bawah arahan Eyra Rahman, dengan barisan pelakon yang diketuai oleh Ezzanie Jasny, Ali Reza, Azhan Rani dan Azar Azmi.
Info Drama Bulan Henti Bicara
| TAJUK | Bulan Henti Bicara |
| JUMLAH EPISOD | 28 Episod |
| SALURAN | Astro RIA / Astro GO / Sooka |
| SLOT | MegaDrama |
| TARIKH MULA TAYANGAN | 27 Julai 2026 |
| WAKTU SIARAN | Isnin – Khamis, 10 PM |
| SKRIP | Baizura Kahar, Bainun Waheeda, Farzana Farisyah, Mike Alias |
| ARAHAN | Eyra Rahman |
| TERBITAN | Treputree Sdn Bhd |
| PARA PELAKON | Ezzanie Jasny,Ali Reza,Azhan Rani,Azar Azmi,Farah Ahmad,Hushairi Hussain,Qireen Din,Myra Afrina,Qaseh Izwandy,Qaiyum Aiesha,Nik Ramly,Qistina Rania,Rafique Iskandar,Kartina Aziz |
Senarai Pelakon Dan Watak
Drama ini Bulan Henti Bicara menghimpunkan ramai nama popular yang bakal menghidupkan setiap watak dengan penuh emosi. Antara pelakon utama dan watak yang dibawakan:
- Ezzanie Jasny membawakan watak Zulfa
- Ali Reza berlakon sebagai Afghan
- Azhan Rani berperanan sebagai Jamali
- Azar Azmi membawakan watak Faziah
- Farah Ahmad sebagai Zainah
- Hushairi Hussain sebagai Pak Karman
- Qireen Din sebagai Nazif
- Myra Afrina sebagai Dinah
- Qaseh Izwandy sebagai Odah
- Qaiyum Aiesha sebagai Mael
- Nik Ramly sebagai Pak Meli
- Qistina Rania sebagai Amira
- Rafique Iskandar sebagai Alif
- Kartina Aziz sebagai Mak Piah
Lagu Tema (OST) Bulan Henti Bicara
Lagu tema rasmi drama Bulan Henti Bicara ini bertajuk “Cuba Jadi Aku”, dinyanyikan oleh penyanyi Nadeera. Lagu ini digubah dan dicipta liriknya hasil kolaborasi antara Hael Husaini, Iqie Hugh dan Nadeera Zaini sendiri.
Sinopsis Bulan Henti Bicara
Kisah bermula dengan Zulfa (Ezzanie Jasny), seorang anak dara dari keluarga nelayan yang terpaksa mengetepikan cintanya terhadap Afghan (Ali Reza) demi menunaikan kehendak ayahnya untuk berkahwin dengan Jamali (Azhan Rani). Jamali digambarkan sebagai peniaga berada yang dipercayai mampu memberi kehidupan lebih selesa buat Zulfa.
Sangkaan bahawa perkahwinan itu akan membawa kebahagiaan ternyata meleset sama sekali. Sebalik penampilan alim dan dihormati di mata masyarakat, Jamali rupa-rupanya menyimpan niat tersembunyi. Selepas majlis pernikahan, Zulfa mula merasai kepahitan sebenar apabila dirinya menjadi mangsa manipulasi dan penderaan emosi, sekali gus terpaksa berdepan hakikat pahit hidup sebagai isteri kedua.
Keadaan semakin sukar apabila Zulfa perlu tinggal serumah dengan isteri pertama Jamali, iaitu Faziah (Azar Azmi), yang sentiasa memandangnya dengan penuh syak wasangka dan sikap bermusuhan. Ditambah pula dengan kehadiran Nazif (Qireen Din) yang gemar melemparkan tuduhan serong terhadap Zulfa, menjadikan bebanan yang ditanggungnya semakin berat. Tanpa sesiapa untuk berkongsi rasa, Zulfa hanya mampu memendam kesedihannya seorang diri, dan bulan menjadi satu-satunya “pendengar” bagi segala rintihan hatinya.
Situasi bertambah rumit apabila Afghan muncul kembali dalam hidup Zulfa, membuka semula babak lama yang masih belum berkesudahan. Kepulangannya turut mencetuskan pelbagai salah faham dan prasangka baharu yang membebankan Zulfa. Ditarik antara cinta, ikatan keluarga dan harga diri, timbul persoalan besar: mampukah Zulfa menemui jalan keluar daripada belenggu Jamali dan Faziah? Adakah dia akhirnya berpeluang meraih kebahagiaan bersama Afghan? Dan mampukah dia bersinar seperti bulan yang menerangi malam, walau setelah melalui pelbagai derita?
Jangan lepaskan peluang mengikuti kisah Bulan Henti Bicara yang penuh emosi ini bermula 27 Julai 2026, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria, atau tonton melalui Astro GO dan sooka.