Budi Agri Komoditi Bantuan Tunai RM200 Pekebun Kecil

Pengenalan

Inisiatif Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) untuk BUDI Agri-Komoditi merupakan usaha Kerajaan Malaysia untuk menyokong pekebun kecil sektor Agrikomoditi dengan sumbangan tunai.

Program ini khusus untuk pekebun kecil di sektor Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf yang terdaftar di Semenanjung Malaysia melalui agensi-agensi yang berada di bawah naungan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Usaha ini dilaksanakan sebagai pengganti kepada program penyesaran semula subsidi diesel yang sebelumnya ditujukan kepada kumpulan yang sama.

Apa Itu Budi Agri Komoditi

Budi Agri Komoditi

Budi Agri Komoditi merupakan sebuah lagi inisiatif dan bantuan Tunai Subsidi Diesel Sektor Agrikomoditi di bawah program Subsidi MADANI (BUDI MADANI) bagi kategori Agri-Komoditi.

Penyediaan bantuan tunai RM200 secara bulanan kepada pekebun kecil sektor Agrikomoditi yang memenuhi syarat ditetapkan.

Tarikh buka permohonan adalah bermula 28 Mei 2024.

Syarat Permohonan Budi Agri Komoditi

Budi Agri Komoditi

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi memohon inisiatif kerajaan Malaysia ini.

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) seperti MPOB, LGM, LKM, MPB dan LKTN;
  3. Keluasan tanah dimiliki dan diusahakan mengikut agrikomoditi/tanaman adalah seperti berikut:
  4. Pekebun kecil sawit persendirian: 4.5 hektar ke bawah
  5. Pekebun kecil getah persendirian: 4.5 hektar ke bawah
  6. Pekebun kecil koko, lada dan kenaf: 2.5 hektar ke bawah
  7. Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Pekebun kecil yang aktif mengusahakan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000;
  8. Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengemaskini maklumat kriteria kelayakan termasuk nilai jualan tahunan.

Maklumat Lanjut

Hubungi Maklumat Budi Agri Komoditi

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan inisiatif bantuan ini, anda boleh menghubungi talian Hotline Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Talian Hotline ini beroperasi dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja.

No Telefon : 03 – 88803426 / 3431 / 3432 / 3433 / 03 – 88878321 / 8342

Email : budiagrikomoditi[a]kpk.gov.my

Kakitangan yang bertugas di talian ini bersedia untuk membantu anda dengan segala pertanyaan yang anda mungkin ada berkaitan syarat-syarat permohonan, proses pendaftaran, serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan permohonan anda berjaya.

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi talian ini untuk mendapatkan penjelasan dan bantuan yang diperlukan.

Selain Itu, Anda juga boleh melayari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia bagi soalan lazim mengenai inisiatif bantuan pekebun kecil dan petani ini di halaman https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/soalan-lazim/budi-agri-komoditi-petani-kecil-dan-pekebun-kecil

Kongsi artikel kami ini ke :