Cara Check Status Rayuan Bayaran BPR 2021

Utama \ info \ Cara Check Status Rayuan Bayaran BPR 2021

Kepada para pemohon BPR 2021 (Bantuan Prihatin Rakyat) yang baru sahaja menghantar permohonan semestinya anda tidak sabar hendak melihat keputusan bantuan BPR ini.

Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh memperoleh keputusan ini.

Jika anda masih tidak berdaftar, anda juga boleh mendaftar secara terus sekiranya tiada data bagi nombor MyKad anda dengan hanya beberapa langkah mudah sahaja.

Cara Daftar Sistem BPR 2021

    1. Layari laman web di – https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
    2. Masukkan Nombor MyKAD anda
    3. Klik Semak
    4. Nombor MyKAD anda belum berdaftar jadi sistem akan meminta anda untuk mendaftarkan akaun BPR seperti gambar di bawah.BPR 2021 Daftar
    5. Klik Daftar Akaun dan masukkan butiran yang diperlukan sehingga selesai.

Cara Menghantar Rayuan BPR 2021

    1. Log masuk ke web BPR 2021  https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
    2. Masukkan Nombor MyKAD anda dan klik butang semak
    3. Pastikan kata kunci keselamatan anda betul, dan masukkan kata laluan anda
    4. Paparan di bawah akan kelihatan dan sila tekan ‘Peti Mel’
    5. Lihat di bahagian atas terdapat 3 tab, Peringatan > Makluman > Surat. Sila klik pada tab ‘Surat’.
    6. Tekan pada Permohonan BPR 2021
    7. Satu pemberitahuan permohonan berjaya akan dipaparkan dan anda telah selesai.

Anda hanya perlu menunggu pengumuman semula dari pihak kerajaan mengenai semakan dan kelulusan permohonan BPR 2021 yang dijangkakan akan mula diumumkan pada hujung februari 2021.

Cara Semak Kelulusan BPR

  1. Layari laman web rasmi BPR – https://bpr.hasil.gov.my
  2. Masukkan nombor MyKAD anda dan tekan semak
  3. Sahkan kata kunci keselamatan dan masukkan kata laluan anda
  4. Klik pada semakan status seperti paparan di bawah.
  5. Disini, kelulusan bantuan BPR 2021 ini akan dipaparkan samaada anda layak atau tidak mendapat bantuan ini.
  6. Jika anda tidak layak, anda boleh melihat sebab dan alasan mengapa anda tidak layak dengan menekan -> Alasan Tidak Lulus, klik ‘Alasan’.
  7. Sebab tidak lulus akan dipaparkan bersama kod dan keterangan.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang lebih lagi, anda boleh menghubungi talian rasmi BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

1-800-88-2747

Nombor talian rasmi BPR di Kementerian Kewangan Malaysia

03-8882 4565

03-8882 4566

Nombor talian rasmi Hasil Care Line (HCL)

03- 89111000